GENG LENSA HIDUP

10 July 2010

HANG TUAH TU PEREMPUAN



salam
harap kawan-kawan semua sihat

pernah dengar tak orang cakap Hang Tuah tu perempuan?
dulu cikgu sejarah aku name dia Halim... dia penah wat satu statement Hang Tuah tu perempuan... then... dia suh tunggu jawapannya nape dia cakap Hang Tuah tu pempuan... sampai la dia pindah sekolah... aku masih tak dapat jawapan yang tepat....

ade la dua, tiga buah buku aku baca.... 

ni daripada petikan Hikayat Hang Tuah... yang aku copy bulat-bulat.... tanpa ubah huruf besar atau kecil....

Bersabit dengan ilmu yang di perturunkan oleh Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah, kehebatan Ilmu persilatannya tiada tandingan dari dulu hingga sekarang kerana ada satu rahsia ilmu yang mana Hang Tuah Tidak akan mewariskan kepada sesiapa pun selepas dirinya seperti dialog ini;

“Kata Sang Persanta Nala kepada Hang Tuah: `Ya anakku, ada suatu pesanku pada anakku : ada pun ilmu yang ku ajarkan kepada mu ini jangan kau ajarkan pada barang siapa, jikalau anakmu pun sekali jangan kau ajarkan. Jikalau diajarkan, nescaya datanglah kebinasan di atas diri mu`. Maka kata Laksamana, `Pada bicara hambamu yang ilmu dan sharat tuanku itu jangankan kepada anak cucu hambamu, jikalau Duli Yang Di-Pertuan sakali pun berkehendak akan ilmu tuanku itu kepada hamba mu, tiadalah hamba mu persembahkan. Jikalau dibuangkan oleh Duli Yang Di-Pertuan nyawa hamba mu pun redhalah`.” (Ms. 142-143) 

petikan hikayat Hang Tuah

mengikut buku 'Sulalatus Salatin' atau 'Pertuturan Segala Raja' karya Tun Sri Lanang yang bersandarkan 'Hikayat Melayu" dari Goa Sulawesi (atau pun juga Goa India)... Hang Tuah adalah anak raja Bajung, sebuah daerah di dalam kerajaan Goa di Sulawesi. nama asalnya ialah Daeng Mempawah dan di bawa ke Melaka oleh Seri Bija Pikrama sebagai 'hadiah' Raja Goa kepada Sultan Mansur Syah.. rakan-rakan beliau yang lain iaitu Hang Jebat & the gang memang telah sedia ada di Melaka... mungkin kerana nak mudah diterima masuk ke kumpulan 'Hang'maka Sultan telah menukar namanya kepada Hang Tuah....

cuma mengikut pendapat aku Hang Tuah tu lelaki... sebab pempuan dulu mana leh kawan rapat-rapat sangat ngan lelaki kan?.. kalau pun menyamar... takkan dia tak rasa sedikit janggal rapat-rapat dengan lelaki.... lagi satu body posture dia yang menunjukkan keperempuanan.. orang len tak nampak langsung ke?

buat masa ni aku belum jumpa apa-apa bahan yang sahih... ade sesiapa yang nak berkongsi?

p/s: kalau Hang Tuah tu pempuan bek sultan melaka tak yah ngurat PGL kan? kawen je ngan Hang Tuah huhuhu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...