GENG LENSA HIDUP

26 January 2011

TUNGGU!!! JANGAN TIDUR DULU....

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah janganlah engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslimin meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....


"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana dapat aku melaksanakan empat perkara dalam waktu yang singkat?"

Rasul tersenyum lalu berkata :

"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali ia seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Bacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Dan,

Perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.

Posted by mim at 11:52 AM

Monday, April 7, 2008
Tidur..

Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan atau stress dan akan mudah dijangkiti penyakit, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah.

(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function,1999)

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda:

"Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."


Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah

Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya telah menegurnya dengan berkata:

"Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya."

Ketika Rasullullah mendengar perkataan Salman, baginda berkata:

"Benarlah Salman."

(Hadis Bukhari)

Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:

"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."

(Hadis Bukhari Muslim)


Sunnah Tidur Tengahari

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi:

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata:

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur sebentar di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.

Sekian,untuk dikongsi.Wallahuallam.

p/s: tq untuk saufi di atas kiriman emel ni
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...