GENG LENSA HIDUP

26 February 2014

KENALI PERBEZAAN ANTARA BEIJING, NEW YORK CITY & KUALA LUMPUR

Assalammualaikum

Sebelum menyalahkan mana-mana pihak... kita kena pelajari dulu ilmu land law, urban planning dan fahami topografi tempat yang ingin dibandingkan...

Beijing; memang dibuka sebelum masihi.... tetapi disusun semula pada tahun 1100-an.... pada zaman Dinasti Song

New York City; memang terbina dengan design perancang bandar yang dikaji dahulu menggunakan model Homer Hoyt atau Iron Grid Pattern; mungkin mengambil faktor tolak bandaraya London atau York di England

KL; perkembangannya (urban sprawl) Atas dasar sejarah ekonomi dan tak dirancang pada awal lagi. Contoh bandaraya seperti KL... adalah London Tokyo, Madrid, Bangkok, Paris, Jakarta (kebanyakan bandaraya besar dunia)

Kesimpulannya KL sukar untuk disusun semula kerana beberapa isu... seperti pemilikan tanah, tepubina sedia ada (termasuk nilai sejarah bangunan lama), campur aduk penggunaan tanah dan hirerki jalan raya yang tak seragam... apa yang boleh dilakukan ialah peningkatan kualiti pengangkutan awam (diutamakan transport berel), pemindahan dan pembinaan CBD baru... dipinggir kota... atau penyekatan pembukaan kawasan komersil baru di CBD sedia ada... pembukaan taman bandar di kawasan kosong yang ada... bukan dengan pembinaan bangunan2 baru...

It's just my 10 cent opinion... sebelum anda menyalahkan kerajaan salah sebab buat begitu dan begini... =)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...