GENG LENSA HIDUP

03 July 2014

SPOT-SPOT TERBAIK SEMBUR PERFUMES


[SPOT-SPOT TERBAIK UNTUK SEMBUR PERFUMES ANDA]

Kami ingin share tips untuk spot semburan perfumes yang boleh menyerlahkan bauannya. Biar semerbak agar keyakinan diri dan aura diri bertambah.

Sebelum tu saya nak list kan rules pemakaian perfumes yang berkesan:



1. Cara yang PALING SALAH (ramai orang buat) adalah dengan sembur pada bahagian hujung lengan then gosok dengan menggeselkan kedua-dua hujung lengan. Dengan menggosok tu certains notes boleh hilang.



2. Sila sembur perfumes selepas mandi, apabila badan sudah dilap kering.



3. Jangan pakai ketika berpeluh-rejat terutamanya jika anda guna perfumes jenis 'fresh'.



4. Sembur dalam jarak 5-10 cm dari badan supaya spreadingnya akan optimum dan berkesan. 



5. Untuk lebih berkesan, digalakkan guna juga deodorant, losyen, after-shave yang dalam jenama yang sama. 



6. Paling terbaik untuk lelaki yang lasak dan kuat berpeluh dalam cuaca tropika adalah dari jenis spicy campuran woody. Contohnya: D&G The One Gentlemen, Versace Eros, Ralph Lauren Double Black, Hugo Boss Bottled



7. Sembur pada nadi badan. Untuk lebih baik, sebagai tambahan sembur sekali pada tapak tangan kemudian tepuk-tepuk lembut pada pakaian.



8. Pakai yang 100% Ori sahaja, yang lain sila say BYE BYE (perfume ori adalah yang terbaik)

SPOT-SPOT TERBAIK [RUJUK GAMBAR]
Untuk Golongan Berjimat : (1) (2) (3)
Untuk Rakyat Marhean : (1) (2) (3) (4) (5)
Untuk Eksekutif : (1) (2) (3) (4) (5) (8) (9)
Untuk Yang Kaya Berjaya: (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (8) (9)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...