GENG LENSA HIDUP

16 August 2014

SAH!!! IKAN PATIN DIBERI MAKAN BABI

IPOH: Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu.
Ahamad Sabki berkata, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai, selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai.
Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya tidak dapat mengesan pemilik kolam berkeluasan 0.4 hektar itu kerana dipercayai sudah melarikan diri.
Katanya, pemantauan turut mendapati ladang itu kering dan sudah ditinggalkan.
Berikutan kes itu, Jabatan Perikanan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan jabatan itu untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan.
sumber: BH online

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...