GENG LENSA HIDUP

05 January 2015

ANAK SELALU SAKIT APA PUNCANYA?

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera...

kerunsingan para ibu bapa adalah apabila anak sering sakit... tidak kira demam, batuk, selsema atau lain-lain alahan dan juga penyakit....

perhatikan anak anda....
sejak bayi anda lahir... adakah anda berikannya susu ibu atau terus diberikan susu formula? kelebihan susu ibu pada peringkat awal adalah mengandungi kolostrum.... di mana ia boleh meningkatkan imunisasi dalam badan kanak-kanak....

seterusnya... apabila mereka membesar... apakah corak pemakanan yang anda berikan kepada mereka?

terlalu banyak makan makanan segera? seperti pizza, KFC, McD dan lain-lain.... termasuk sosej, bebola dan pelbagai lagi... adakah anda kerap kali memberikan anak anda makanan ringan? seperti gula-gula? coklat? Rota, Twisties, dan lain-lain?

ini juga antara penyumbang kepada alahan dan menjadi faktor kemerosotan tahap kesihatan anak-anak...

sebaik-baiknya...
berikan mereka makanan yang mengandungi gizi seimbang.... di mana mengandungi... kabohidrat, protein, serat, vitamin dan lain-lain... mengikut piramid makanan seimbnag... yang menjadi dilema ibu bapa adalah dalam isu memberikan makanan yang tinggi kandungan vitamin seperti sayur dan buah...

untuk anak-anak biasanya... aku memang sangat jarang bagi mereka makan gula-gula atau apa-apa makanan ringan... dan aku lebih suka masak sendiri untuk anak-anak seperti kuih muih, lauk, mi, pasta dan lain-lain... dan aku akan usahakan untuk memberikan mereka makan sayur... jika usaha itu gagal... aku akan jadikan sayuran tu jus... dan berikan mereka makan buah-buahan segar...

selain amalan makanan sunnah... seperti madu, kismis dan kurma.... ini perlu dijadikan rutin setiap pagi... dan jika mereka mahu... tidak salah pemakanan sunnah ini dijadikan snek sihat untuk anak-anak... hanya tambahkan saja jenis kekacang yang kaya asid amino seperti badam dan gajus....

mudah kan?

hasilnya anda akan dapat lihat anak anda... tidak mudah sakit... Insha Allah... selain anda sentiasa doakan kesihatan anak anda =)

untuk tahun 2014 anak aku yang sulung Ahmad Al Mahdi (4 tahun) pecah rekod tak demam sepanjang tahun... dan sepanjang usia dia dari lahir hingga 3 tahun... dia pernah 4 kali demam... dan pertama kali demam ketika berusia 1 tahun 2 bulan... sekali sekala batuk dan selsema...

begitu juga dengan adiknya... Nur Iman Alisha (2 tahun) dan pada 2014 pernah mengalami demam hanya sekali sepanjang tahun... batuk dan selsema juga sekali sekala... tetapi adiknya ni... dah 3 kali demam jugak sepanjang usia dia lahir hingga kini mencecah 2 tahun...

apapun...
untuk mendapatkan kesihatan yang baik... pemakanan dan kualiti makanan yang dimakan sangat mempengaruhi... tahap kesihatan seseorang... 

selain doa seorang ibu yang memang Allah telah janjikan tiada hijabnya... =)





anda semak dan anda perbaiki pola pemakan anak anda... kerana ia akan mempengarusi pertumbuhan mental dan fizikal juga kualiti kesihatan mereka Insha Allah =)

sekian.... jumpa lagi dalam entri yang lain....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...