GENG LENSA HIDUP

07 February 2015

5 JENIS SAYURAN MAMPU DETOX BADAN!!!

Proses penyingkiran bahan-bahan tidak berguna daripada badan merupakan perkara yang penting untuk badan anda. Hal ini kerana, seringkali badan anda dibebankan dengan proses pencernaan bahan-bahan makanan yang berat dan tidak berkhasiat. Setiap individu harus melakukan detoksifikasi untuk kekal sihat dan cergas. Pengambilan toksin-toksin melalui makanan, air, produk kosmetik sebenarnya hanya memudaratkan kesihatan anda.  

Jangan risau, anda tidak perlu berbelanja banyak untuk membeli produk detok malah kaedah semulajadi di rumah sudah mencukupi. Berikut adalah 5 jenis makanan detoksifikasi yang perlu ditambah dalam diet harian anda. 

Kubis daun (Kale)
Kale merupakan sayuran hijau yang baik untuk mengeluarkan toksin badan anda. Ahli Ayurveda, perubatan tradisional India sering mencadangkan sayur kubis daun yang pahit ini untuk kecergasan tubuh badan. Jika anda tidak tahan dengan rasa pahitnya, anda boleh mengambil sayur ini dengan campuran salad-salad lain.

Articok
Articok  mengandungi cynarin yang membantu penyingkiran toksin dalam badan secara semulajadi. Articok bukan sahaja membersihkan badan, tetapi juga membantu sistem pencernaan yang baik. Malah, lemak badan anda juga dapat dikurangkan dengan pengambilan sayuran ini. 

Daun Ketumbar
Daun ketumbar ataupun Coriander juga antara makanan wajib bagi detoksifikasi badan anda. Hal ini kerana daun ketumbar dapat menyingkirkan toksin daripada badan dan kandungan pati minyak dalam ketumbar ini dapat merangsangkan sistem pencernaan dengan lebih baik.

Halia
Halia mengandungi bahan gingerol yang membantu merangsang penyingkiran toksin dan bahan tidak berguna dari badan serta membantu meningkatkan tahap metabolisma badan. 

Brokoli
Sayur brokoli memang berkhasiat untuk badan kita terutamanya bagi golongan wanita. Sayuran ini mengandungi sulforaphane, yang membantu badan anda untuk menghasilkan enzim yang bertanggungjawab menyingkirkan toksin dalam badan. 
Kredit Gambar: Renaissance Herbs/ Fine Dining/ Wanista/ Adda Pinch

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...