GENG LENSA HIDUP

08 June 2013

KENAPA ORANG DALAM PANTANG BERSERI-SERI?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat sentiasa...

Korang perasan tak? 
Biasanya orang dalam pantang ni... berseri-seri je muka dia... 
Bakpe jadi gitu?

Haaaaa kan mase bersalin dosa dosa da terhapus...

So that's why la berseri-seri...

Selain tu jugak...
Banyak makan sayur sayuran...
Banyak makan buah buahan...
Makan makanan seimbang...
Cukup rehat...
Tak de berpenat-penat...

So haruslah berseri-seri...

Ye tak?
Aku da abes pantang daaaaa... hooreyyyy!!!

06 June 2013

TIPS UNTUK TINGKATKAN HEMOGLOBIN

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga semuanya sihat sokmo...

Sesape yang ade masalah anemia semasa mengandung harus la agak stress bila ade masalah low hb... ohhh ye tak?

Nanti doktor akan soh makan ubat berkoyan koyan...

Hahaha... aku da pernah alaminya... really stress... 

So... aku pon berusaha la... bagai untuk naikkan hb...

Cuba macam macam la...

Last last yang berjaya... adalah dengan makan sayuran hijau setiap hari dengan jumlah yang banyak... mean... seikat sayur untuk lunch... disertai dengan minum air oren sunquick!

Dan dan dan jangan lupa banyakkan makan ikan kurangkan makan ayam... sebab ikan salah satu sumber protein yang baik... tak de cucuk cucuk punya...

Hb naik woooo
Di samping rajin mengunyah ikan bilis goreng dan makan buah pisang... tu sume aku jadikan snek...

Haaaa hb aku naik kawww

Daripada 9.8 to 12.9

Ha tuuuu dia...

Kulit pun cantik... sebab semua vitamin cukup
Hb pun naik...
Dan yang paling penting bebas bahan kimia dan ubat-ubatan : )

Bagi yang bermasalah tu... boleh la mencuba tips ni... 

P/s: elakkan pengambilan minuman berkafein seperti air bikarbonat, kopi dan teh

05 June 2013

JOM LANGGAN BROADBAND TANPA HAD DENGAN HARGA MURAH

Salam...

Entri pantas untuk perkongsian dengan korang semua... langganI broadband celcom dengan harga serendah rm28 untuk 14hari... dan layari internet sepuasnya...

Taip Broadband 2Weekly dan hantar ke 28882 kemudian ikuti arahan seterusnya...

Sekian..

Hanya untuk pengguna celcom sahaja

TIPS HASILKAN SUSU IBU YANG LEBIH BANYAK DENGAN KOS YANG RENDAH TANPA SUPPLEMENT TAMBAHAN

Salam dan selamat sejahtera semua...

Semoga sihat walafiat je selalu...

Zaman sekarang kesedaran pemberian susu ibu kepada bayi semakin tinggi
So... kadang kala kekurangan jumlah susu amat merunsingkan para ibu... kat sini ade beberapa tips yang ingin dikongsikan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti susu ibu...

Pertama sekali...
Banyakkan minum air putih... at least 8 gelas sehari.. 
Minum minuman tambahan seperti susu atau horlick.... 2 hingga 3 gelas sehari...
Kemudian banyakkan makan sayuran hijau... kerana kosnya lebih murah berbanding buah buahan... dengan itu... anak anda akan mendapat bekalan vitamin yang secukupnya... pengambilan protein dalam kuantiti yang mencukupi juga perlu... seperti ikan, daging, atau ayam... tu semua senang je nak dapatkan... 
Jangan lupa pengambilan karbohidrat seperti nasi atau roti juga sangat penting... dengan amalan pemakanan dan pengambilan cecair yang teratur.... in sha Allah... anda akan dapat menghasilkan susu ibu yang banyak dan berkualiti... tanpa sebarang supplement... anak anda juga in sha Allah akan bam bam...

Tips ni aku da lama praktikkan... untuk kedua-dua anak... kesannya anak tidak mudah sakit... anak sulung aku dah 1thn 10bln dan baru 3 kali mengalami demam dan tak pernah lagi kena sakit seperti batuk, atau selsema... in sha Allah

P/s: biasanya susu yang dihasilkan memancut mancut... he3 


04 June 2013

ORANG JAHAT BIASANYA LEBIH KREATIF?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu...

Orang jahat biasanya lebih kreatif... betul ke?

Situasi...

Orang baik... tengok mesin atm... mereka akan fikir untuk keluarkan duit menggunakan kad atm...

Manakala orang jahat bukan setakat berfikir untuk gunakan kad atm je... nak kuarkan duit... mereka akan fikrkan pelbagai cara yang lebih mendatangkan keuntungan yang besar... seperti mencabut mesi atm... atau kopak mesin atm... dan akan mempraktikkannya juga... untuk dapatkan hasil yang lebih banyak...

Daripada kenyataan aku ni... tak bermaksud pulak orang yang kreatif tu... semestinya jahat...

Fikir-fikir nanananana





BILAKAH ANAK-ANAK MULA BELAJAR MENIPU?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sihat selalu....

Ramai ibu bapa yang sering katakan... 

"Aku tak pernah ajar anak aku menipu"

TapI sedarkah kita... secara tidak langsung kita telah mengajar anak menipu...

Situasinya...

Ibu bapa keluar rumah dengan tujuan tertentu... kadang kala terpaksa meninggalkan anak di rumah....

Kebiasaannya anak akan menangis kerana ditinggalkan...
Itu adalah salah satu cara untuk mempamerkan kesedihan jika ditinggalkan...
Dengan cara menangis...

Anak-anak menganggap berada di sisi ibu bapa adalah lebih selamat dan menyeronokan...

Lama kelamaan jika sering ditinggalkan...
Anak anak akan mula kawal diri daripada menangis... kerana jika jika menangis mereka tetap tak dapat ikut jugak...

Biarpun jauh dilubuk hati mereka... mahu pergi bersama sama ibu dan bapa... tapi kesedihan tu sudah tak dipamerkan dengan air mata...

Saat itulah anak anak sudah belajar menipu diri mereka... dengan cara melindungi kesedihan dihati mereka...

Seeloknya... terangkan kepada anak anak dengan sebaik baik nya... supaya mereka faham mengapa mereka tak boleh pergi bersama sama ibu bapa mereka...

Dan banyak lagi situasi... yang sering terjadi... kita sering menipu dan menakut  nakutkan anak anak...

Seperti...

"Pegi la sane... nanti ade hantu tangkap"

"Nakal nakal nanti misi cucuk"

Dan pelbagai lagi dialong yang sering kita dengar... menakutkan anak anak supaya mereka mendengar kata...

Berkatalah benar biarpun pada seorang kanak kanak

03 June 2013

ANTARA BOLA SEPAK DAN BOLA RAGBI

Salam dan selamat sejahtera
Semoga semuanya sihat selalu...

Saje nak berkongsi...
Sayangi isteri anda ibarat seperti bola ragbi...
Kerana pemegang bola ragbi akan bersungguh sungguh pertahankan bolanya...

Manakala bola sepak dengan mudah dan pantas ditendang ke sana ke mari
Bersungguh lah pertahankan isteri anda jika ada pelbagai uiian yang mendatang
Renung-renungkan...

Tq... to my hubby coz selalu melindungi isterinya walau di mana kami berada


27 May 2013

SUDAH-SUDAHLAH TU....

Salam dan selamat sejahtera

Lame dah kot berlalu PRU 13
Bagi pihak pakatan rakyat... mereka telah berusaha bersungguh sungguh...
Cuma belum ade rezeki nak menang 2/3...

Ape pun tahniah untuk pakatan...
Jika ade pihak yang menipu dalam PRU 13 tak dapat balasan kat dunia...
Kat akhirat tetap ade... janji Allah tu pasti...

So bolehlah berhenti bercerita keburukan orang lain...
Sama sama koreksi diri...

In sha Allah kemenangan ada suatu hari nanti...

KEMENANGAN YANG MASIH TERTANGGUH...
KERANA ALLAH MAHU LIHAT ISTIQAMAH YANG SUNGGUH-SUNGGUH...

26 May 2013

BILA ABANG KETAWA DAN ADIK MENJERIT

Salam dan selamat sejahtera

Semalam...

Si abang anak aku yang sulung dok berdua atas katil dengan adiknya yang baru je lepas pantang....
Si adik berselimut... si abang boleh pulak... tutup muka adik dengan selimut... lepas dia ketawa kuat-kuat sebab suka...

Dia ingat adik dia tu suka jugak...
Si adik pun menjerit la...

Aku mase tu ngah wat breakfast kat dapur...

Bila aku perasan si abang dok gelak gelak je...
Sepantas kilat aku g tengok...

Ohhhh nasib baik....

25 May 2013

KASIHI DAN SAYANGI ISTERI ANDA... CEWAHHH

Salam dan selamat sejahtera...

Entri yang agak poyo...
Tapi bukan menunjuk-nunjuk...

Cuma aku rasa touching je...

So aku nak abadikan kat dalam blog ni...
Nanti anak-anak aku da besar boleh la dia orang baca...
Dan tau yang ayah dia orang ni sangat caring...

Kalau mr.e terbaca post ni...
Haruslah beliau kembang bermangkuk-mangkuk

Banyak peristiwa yang buat aku touching...
Aku decide untuk ceritakan saat aku lepas bersalin...

Memandangkan aku dah ade anak sorang...
So husband aku tak dapat nak masuk kat bilik bersalin...
Aku tak kisah sangatlah...

Husband aku sabaf menunggu kat luar...
Sebab aku ni bersalin tak lame sangat...
Sejam dua menunggu aku da leh kuar...

Mase aku keluar  dan nurse tolak kerusi roda...
Husband aku dengan muka serius tengah tunggu kat luar...
Aku sempat lambai-lambai...

Sampai je kat katil...
Serta merta husband aku memicit kaki....
Tangan... pinggang... untuk melegakan lenguh-lenguh masa meneran nak bersalin...

Kemudian bagi aku minum milo.. sebab aku kelaparan...
Dan bersusah payah ambik cuti... seminggu... untuk jaga isteri dalam pantang...

Dialah yang memasak
Dialah yang mengemas
Dialah yang mengurut
Dialah yang menjaga anak
Dan macam-macam lagi....

So, aku harap anak anak aku nanti boleh la jadikan ayah diaorang ni sebagai contoh...
Dan kepada semua suami yang ada sayangi dan kasihilah isteri anda...

Banyak pahala wooooo in sha Allah...

Sekian

22 May 2013

LATIH ANAK GUNAKAN PINGGAN DAN CAWAN KACA

Salam dan selamat sejahtera

Ibu bapa mesti risau pinggan mangkuk pecah ye tak?

Nak nak bila digunakan oleh anak yang masih kecil...
Bimbang anak tercedera...
Bimbang juga pinggan mangkuk yang mahal mahal hancur berderai...

Hehehe

So anda boleh melatih anak anda untuk minum dan makan dalam pinggan atau cawan kaca...
Permulaan latih anak anda gunakan cawan dan pinggan plastik sahaja...
Dan asuh mereka supaya tidak perlu mencampakkan atau membuang pinggan atau cawan setelah habis makanan atau minuman...
Lama kelamaan anak anda memiliki rutin yang sihat dan sentiasa mengikut tatatertib ketika makan dan minum... dan ketika itu juga anda boleh lah tukarkan cawan plastik kepada cawan kaca dan pinggan plastik kepada pinggan kaca...

Hasilnya...
Tingkah anak anak anda seperti orang dewasa... yang penuh tatatertib ketika makan...
Aku dah praktikkan pada anak aku...
Pada usia satu tahun setengah... beliau dah mampu makan dan minum sendiri... menggunakan pinggan mangkuk kaca...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...