GENG LENSA HIDUP

03 May 2015

RESEPI KUAH ROJAK MUDAH DAN SEDAP




Bahan-bahan :
1/2 botol kecil kicap lemak masin (lebih kurang 200 ml)

300g gula apong/gula merah/gula melaka atau secukupnya
gula pasir secukupnya jika perlu
1 buku kecil belacan bakar(dihancurkan)
1/2 botol kecil sos cili
3/4 atau 1 cawan cili asli blended (pedas) / cili kering kisar / cili boh - 
bijan secukupnya (digoreng tanpa minyak)
125g tepung kanji/tepung ubi (tapioca starch) (dibancuh dengan air secukupnya)


Cara-cara :
Satukan semua bahan KECUALI bijan dan tepung di dalam periuk/kuali. Dengan api perlahan, masak dan kacau hingga larut dan mendidih. (sila rasa masin, manis dan pedasnya. Jika terkurang, bolehlah tambah apa yang perlu)
Masukkan sedikit demi sedikit tepung kanji sambil dikacau tanpa henti. (Pastikan sentiasa dikacau supaya ia tidak berketul-ketul). Masak hingga kuahnya sedikit pekat dan kelihatan licin. 
Akhir sekali barulah dimasukkan bijan yang sudah disangai tadi. Gaulkan rata-rata.
Tutupkan api. Biar ia sejuk.

Bolehlah dihidangkan bersama buah-buahan yang digemari. Jangan lupa, taburkan kacang tanah yang sudah dikisar atau perah sedikit limau kasturi bagi yang suka rasanya masam-masam sikit.
Selamat mencuba!

02 May 2015

LEE CHONG WEI: BUKAN ROSMAH BERI UBAT ITU



KUALA LUMPUR, (MLP) – Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menafikan isteri perdana menteri yang menyebabkan beliau digantung daripada beraksi.

Memetik laporan Malaysia Kini, Chong Wei mengeluarkan kenyataan berhubung ubatan herba yang dikatakan menyebabkannya gagal ujian doping.

“Ya, saya boleh sahkan bukan beliau,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, Ching Wei tidak dapat mendedahkan pihak yang memberikan pil itu kepadanya.

Beliau mahu melupakan perkara itu dan lebih berusaha membanggakan negara dengan pencapaiannya.

Menurut laporan Reuters, isteri seorang ‘lelaki amat berpengaruh’ dilaporkan memberi ubatan herba kepada Chong Wei yang menjadi punca beliau digantung lapan bulan.

Berdasarkan laporan Persekutuan Badminton Dunia (BMF), bahan dinamakan Cordyseps daripada sebuah kedai di Kuala Lumpur itu turut mempunyai dexamethasone yang dilarang.

Terdapat spekulasi bahawa Rosmah Mansor merupakan isteri orang kenamaan yang dimaksudkan lantaran terkenal sebagai penyokong kuat Chong Wei.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Malaysia Kini bahawa wanita yang memberikan pil itu adalah isteri kepada seorang bekas ahli politik terkenal BN. Namun wanita itu tidak mengetahui bahawa kandungannya boleh mengundang masalah kepada Ching Wei.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kelmarin berkata makanan semulajadi dan makanan tambahan herba itu diamal pengambilannya sejak 13 tahun kerana ia dipercayai bermanfaat untuk kesihatan.

Beliau berkata pakar pemakanan menasihatkan Chong Wei bahawa kapsul Cordyceps adalah selamat dan atas sebab itu ia perlu diuji selagi ia ‘cordyceps asli’.

Chong Wei digantung lapan bulan oleh BWF kerana kesalahan doping pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, Ogos tahun lepas.

Hukuman penggantungan berkuat kuasa 30 Ogos tahun lepas berakhir pada hari ini, 30 April.

Kredit gambar: theborneopost

01 May 2015

BIODATA AHMAD MASLAN


Biodata Ahmad Maslan. Ini bukti bagaimana kuasa boleh merosakkan seorang pelajar yang cemerlang suatu ketika dahulu.
Bapa beliau, Haji Maslan (arwah) dan ibunya, Hajah Aminah adalah penoreh getah yang miskin dan tinggal di kampung yang tiada kemudahan elektrik, bekalan air paip, tiada jalan raya, kemudahan telefon sehingga 1996.
Ahmad Maslan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Seri Bahagia, Lubuk Sipat (1973-1978) dan pernah menerima Anugerah Tokoh Murid.
Beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang (asrama penuh) pada 1979-1983 dan pernah menerima Anugerah Pelajar Terbaik Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan Pembahas Piala Perdana Menteri.
Beliau menyambung pelajaran ke luar negara di Rosehill College, Auckland, New Zealand dan Victoria University, New Zealand dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Ekonomi dan Sains Politik).
Ahmad Maslan menyambung pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan memperoleh Sarjanan Pentadbiran Perniagaan (MBA) dan menerima Anugerah Emas Siswa Terbaik daripada 177 pelajar.

ADIK TAK TAHU MA SUDAH MENINGGAL DUNIA



KUALA TERENGGANU – Hasrat seorang wanita untuk menziarahi kubur arwah ibu di Kampung Telipot, Kota Bharu, Kelantan tidak kesampaian apabila dia maut setelah kenderaan dinaiki bersama anak bongsunya merempuh sebuah bas ekspres di Kilometer 43.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Sungai Tong, Setiu, tengah hari kelmarin.

Anak ketiga mangsa, Tengku Azrina Tengku Mazlan (Ku Na), 34, berkata, ibunya, Zakiah Ismail, 63, yang ketika itu bersama adik, Tengku Mohd Shazwan, 24, sering ke Kota Bharu sekiranya berkelapangan untuk menziarahi kubur neneknya.

“Kalau ma (ibu) teringat kat tok (nenek), dia akan ajak adik-adik pergi ke Kota Bharu, tetapi akan balik semula ke rumah pada hari sama. Kebetulan Shazwan balik bercuti, ma ajak adik teman dan pandu kereta, tak sangka perkara ini berlaku.

“Sehari sebelum ma kemalangan, kami ada berjumpa sebab petang itu (Ahad) ma bawa anak-anak saya mandi kolam. Tiada sebarang perubahan dilihat pada ma ketika itu, tetapi sebelum ini ma jarang bawa anak-anak akak keluar macam tu.

“Mungkin dia hendak bersama cucu-cucu sebelum ‘pergi’ sebab anak-anak memang rapat dengan ma,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Atas Tol, pagi semalam.

Katanya, mereka empat beradik reda dengan apa yang berlaku, cuma Shazwan belum tahu ibunya sudah meninggal dunia dan mereka mengambil keputusan merahsiakannya sehingga dia betul-betul sembuh.

“Pagi tadi (semalam), akak melawat Shazwan, dia asyik bertanyakan ma, tetapi akak cuba mengelak supaya dia tidak bertanya lagi. Sehingga sekarang, dia belum tahu ma sudah meninggal.

“Doktor ada beritahu supaya kami terima apa sahaja kemungkinan yang berlaku pada Shazwan kerana keadaannya agak teruk akibat cedera parah.

“Kedua-dua tangannya patah, tulang rusuk pula tertusuk paru-paru dan masih mengalami pendarahan teruk. Tetapi tadi (semalam) dia sedar dan masih boleh bercakap dengan akak,” katanya.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang penumpang Proton Inspira maut selepas kenderaan dinaikinya merempuh sebuah bas ekspres dalam kemalangan di Kilometer 43.5 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Sungai Tong, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa (Zakiah) cedera parah di bahagian kepala.

Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta dipandu anaknya (Shazwan) dikatakan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.

Zakiah, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Klinik Sungai Tong dan selamat dikebumikan di Tanah Kubur Atas Tol, lebih kurang jam 10.15 malam kelmarin.


SUMBER: Sinar Harian

HARGA PETROL KEKAL



KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta diesel bagi Mei 2015 akan kekal pada paras semasa, menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan kepada Bernama hari ini.

   
Harga tidak berubah bagi bulan ketiga berturut-turut, dengan petrol RON95 kekal pada RM1.95 seliter, RON97 pada RM2.25 seliter dan diesel pada RM1.95 seliter.
   
Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Mei. - Bernama

30 April 2015

JULIE DAHLAN MENINGGAL DUNIA


Sumber Harian Metro
KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2015: Produser filem ternama tanah air, Julie Dahlan telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat komplikasi pelbagai penyakit yang dihidapinya sejak beberapa tahun yang lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, Allahyarham Julie atau nama sebenarnya Junaidah Dahlan, 62, telah dikhabarkan meninggal dunia sekitar jam 7.30 malam dalam ambulans ketika dalam perjalanan ke Hospital Ampang.
Allahyarham sebelum ini dikatakan menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah buah pinggang.
Keadaan dia dikatakan semakin serius sejak setahun lalu hingga perlu melakukan rawatan dialisis tiga kali seminggu.
Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitannya seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995).
Takziah dari kami warga Murai kepada keluarga Julie Dahlan serta Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga dia ditempatkan di kalangan orang beriman.

29 April 2015

COMEL! SUAMI ISTERI BERGADUH DI LAMAN FACEBOOK ZALORA



Assalammualaikum

semoga semuanya sihat...

kegilaan membeli 'online' biasanya terjadi di kalangan wanita... bila dah ada suami mesti kadang kala suami jadi stress dengan tabiat isteri hihihi

bagus jugak ZALORA ni rajin melayan haha =P


kelakar kan?

BARANG YANG PERLU DIBAWA KE HOSPITAL SEMASA BERSALIN


Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

alhamdulillah... aku dah nak masuk 32 weeks... pastinya ramai juga yang sedang menanti saat kelahiran... aku ni dah masuk 3rd baby... so dah boleh agak apa yang lebih penting untuk dibeli... tak de lah sampai semua benda seolah-olah wajib dibeli...

tapi untuk anak ketiga ni banyak juga barang yang kena beli baru... macam set bantal baby, lapik getah, tuala mandi, tuala tangan, baju, stokin, sebab barang abang dan kakak ada yang dah rosak dan dah lama...

ni antara senarai semak yang perlu ada:

1. pakaian baby
2. tisu basah (baby wipes)
3. newborn diapers
4. booties
5. maternity pad atau night pad (untuk ibu)
6. stokin untuk ibu
7. persalinan pakaian ibu
8. tuala baby & ibu
9. minyak bayi
10. disposable panties / panties untuk ibu
11. tuala kecil
12. sedikit makanan kering (sebab lepas bersalin memang lapar gile weh)
13. minuman 3 in 1
14. kain bedung (option)

ini antara barang yang perlu dibawa ke hospital.... ada orang siap bawa surah yassin bagai... pada aku tu semua tak de tak pe yang penting zikrullah sebagai pendinding yang paling mudah... dan selebihnya yakinlah Allah Maha Pelindung =)

28 April 2015

7 RESEPI MENGGUNAKAN PERIUK NASI

Assalammualaikum
semoga semuanya sihat selalu... periuk nasi... bukan sekadar untuk masak nasi... anda boleh cuba pelbagai resepi lagi... untuk dimasak menggunakan periuk nasi....
jom kita tengok antara resepinya...
antara resepi yang anda boleh cuba di rumah, dengan menggunakan periuk nasi anda!

1. Macaroni cheese

38659_593
Bagi mereka yang sangat gemarkan masakan western, anda boleh cuba resepi Macaroni Cheese ini. Cara menyediakannya sangat mudah.
Bahan-bahan:
2 cawan ‘macaroni’
1 1/2 cawan stok ayam
1 sudu kecil garam
1 cawan susu
1 1/2 cawan keju yang telah dicincang halus

Cara menyediakan:
Masukkan ‘macaroni’, stok ayam dan garam ke dalam periuk nasi untuk dimasak selama 15 minit. Kemudian, masukkan susu dan keju, kacau sehingga sebati, tutup tudung periuk dan masak untuk 20-30 minit. Periksa Macaroni Cheese anda sekali sekala sehingga betul-betul masak.

2. Kek Pisang

banana-bread-600
Mesti ramai yang terkejut bila dapat tahu, periuk nasi boleh digunakan untuk membuat kek.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan gula putih
2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1 cawan pisang yang di lenyek
1/3 cawan mentega yang telah dilembutkan
1/4 cawan susu
1 biji telur
Minyak masak

Cara menyediakan:
Masukkan tepung, gula, serbuk penaik, soda penaik dan garam ke dalam mangkuk. Kacau sehingga sebati. Kemudian, masukkan pisang yang dilenyek, mentega, susu dan telur. Kacau sehingga adunan menjadi tebal dan berkrim. Anda juga boleh masukkan bahan pilihan anda seperti kacang atau buah-buahan kering.
Sebelum masukkan adunan ke dalam periuk nasi, sapukan minyak masak ke dalam periuk. Masukkan adunan ke dalam periuk nasi. Periksa adunan anda sehingga ia benar-benar masak.

3. Puding Pisang

banana-pudding-gallery0809
Jika anda inginkan pencuci mulut, anda boleh mencuba resepi puding pisang.
Bahan-bahan:
30g mentega yang dicairkan, tambah 60 g mentega yang diasingkan
2 sudu besar gula merah, tambah 1/2 cawan gula merah, diasingkan
1 biji pisang, dihiris halus, tambah 2 biji juga diasingkan dan dilenyek
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
2 sudu besar susu
1 cawan tepung penaik

Bahan-bahan untuk sos karamel:
300ml krim
1/2 cawan gula merah
80g mentega

Cara-cara menyediakan:
Ratakan kertas pembakar ke dasar periuk nasi dan tuangkan 30g mentega yang telah dicairkan ke atas kertas tersebut kemudian, taburkan 2 sudu besar gula merah dan ratakan. Susun pisang yang telah dihiris ke atas gula yang di tabur dan letakkan ke tepi.
Campurkan mentega yang telah dicairkan, gula merah yang telah diasingkan, telur, serbuk kayu manis, pisang yang dilenyek dan susu ke dalam mangkuk. Tapis tepung and campurkan ke dalam adunan pisang tersebut. Tuangkan adunan ke dalam periuk nasi yang telah diasingkan tadi.
Ratakan permukaan adunan. Masak untuk 5 minit. Apabila periuk nasi telah ke mod “warm”, rehatkan ia untuk 10 minit. Kemudian, masak puding untuk 10 minit lagi. Jangan angkat penutup. Ulang langkah ini untuk dua kali sehingga puding masak. Cucuk sedikit di tengah puding untuk pastikan ia masak iaitu apabila lidi yang anda cucuk tidak melekat puding dipermukaannya. Terbalikkan puding ke atas pinggan. Buang kertas pembakar.
Cara menyediakan sos karamel:
Bersihkan permukaan periuk nasi. Masukkan cream, gula merah dan mentega ke dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati. Masak sehingga mendidih. Masak dan kacau selama 5 minit sehingga gula hancur ke dalam adunan dan menjadi tebal. Masukkan sos yang di masak ke dalam jag kalis haba.
Apabila sedia untuk dihidang, potong puding pisang dan tuangkan sos karemel ke atas puding dan tambahkan ice cream atau “whipped cream”.

4. Bibimbap

enhanced-buzz-21256-1365021067-19
Bagi mereka yang meminati makanan Korea, anda boleh menghasilkan ‘bibimbap’ dengan cara yang mudah. Tapi, untuk masakan ini, anda perlukan nasi kerana tanpa nasi, ia akan hanya menjadi “bibim”, bukan?
Bahan-bahan: 
280g sayur bayam
Minyak bijan
Cuka beras
Garam dan lada hitam
225g salmon yang di potong setebal 1/4 inci
1 cawan beras, bersaiz serdahana yang telah dibasuh
1 lada hijau, dihiris halus
3 sudu besar kimchi yang telah dicincang
2 biji telur
Kochuj ang atau pes cili korea atau pes cili biasa
Bijan dan daun bawang yang dicincang untuk perhiasan

Cara menyediakan:
Gunakan fungsi stim, stimkan bayam di dalam periuk nasi kira-kira 8 minit sehingga lembut. Selepas itu, letakkan bayam ke atas tisu dapur untuk dikeringkan dan hiris nipis bayam tersebut dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Masukkan minyak bijan, cuka beras dan garam. Taburkan sedikit garam dan lada hitam ke atas salmon, dan stimkan salmon selama lebih kurang 15 minit. Potong salmon kepada kepingan.
Bersihkan periuk nasi dan masak nasi. Masukkan hirisan lada hijau dan kimchi, kemudian kacau nasi sehingga ke dasar periuk nasi. Tuang 2 sudu kecil minyak bijan ke atas nasi dan pecahkan 2 biji telur ke dua belah nasi dengan berhati-hati. Tutup penutup dan masak untuk masa 5 minit.
Setelah masak, susun salmon dan bayam di sebelah telur, tutup dan stim lagi sehingga telur masak. Letakkan pes cili di tengah-tengah nasi.
Apabila sedia untuk dihidang, gaulkan kesemuanya. Ceduk nasi yang telah digaulkan ke dalam pinggan dan taburkan bijan dan daun bawang di atas.

5. Oat Badam Vanilla

Vanilla-Almond-Granola-Vegan-Gluten-Free-7
Untuk sarapan, anda boleh cuba sarapan Oat Badam Vanilla yang menyelerakan ini!
Bahan-bahan:
1 cawan oat kasar
2 cawan susu soya tanpa gula
1 1/2 cawan air
2 sudu kecil esktrak vanilla
1/2 sudu kecil garam
Badam yang dicincang kasar
Gula merah
‘Maple syrup’
Cara menyediakan:
Masukkan oat, susu soya, air, ekstrak vanilla dan garam ke dalam periuk nasi. Masak menggunakan ‘setting’ bubur.
Hidangkan, taburkan ‘topping’ pilihan anda di atas.

6. Tofu bersama Asparagus

1319075109RiceCookerAsparagusTofu
Untuk mereka yang inginkan makanan sihat tetapi lazat, anda boleh mencuba resepi Tofu bersama Asparagus dengan menggunakan periuk nasi sahaja.
Bahan-bahan:
1/2 ikat asparagus, dipotong 1 1/2 inci
1/2 blok tofu goreng, dipotong bentuk kiub
1/2 lobak merah, kupas dan dihiris nipis
1 ulas bawang putih, dicincang
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos kicam manis
1 sudu kecil minyak sayuran
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil madu

Cara menyediakan:
Campurkan semua bahan dalam mangkuk. Masukkan bahan ke dalam pinggan kalis haba. Letakkan ke dalam periuk nasi. Masak untuk 15-20 minit.

7. Kek coklat

03-Rice-Cooker-Chocolate-Cake
Jangan terkejut sekiranya kek coklat boleh dihasilkan dengan menggunakan periuk nasi sahaja. Memang lepas ni ramai la yang cuba resepi mudah ini.
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-action’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan:
Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.
Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.
Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.
sumber: Facebook

27 April 2015

ADEGAN LUCU MENJELANG PILIHANRAYA

assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

nah aku sajikan gambar ni dulu...
okay bila menjelang pilihanraya kecil atau pilihanraya umum...
begini lah situasi yang kita sering jumpa...

yang paling untung rakyat...
tapi sat je lah biasanya... sebelum masa mengundi...

pasti...
akan datang gerombolan peluk erat-erat pakcik makcik
datang suapkan makan buat warga tua...
tumpang motor pusing-pusing kampung...
lepak-lepak makan nasi bungkus...
tolong bersihkan longkang...
datang belai-belai sambil potongkan kuku...

kalau bukan detik pilihanraya semakin hampir
jalan masuk kampung siap ada bodyguard...
orang kampung disuruh ke tepi sebab ada YB nak lalu
makan meja mesti asing... siap ada dome set...

barulah nampak beza YB dengan rakyat...

selamat mengundi =)




ASAL USUL ROKOK (TEMBAKAU)



R O K O K . Rasulullah SAW pernah bersabda
(maksudnya) : “Kelak akan datang kaum-kaum di akhir zaman, mereka suka menyedut asap tembakau dan mereka berkata: Kami adalah umat Muhammad padahal mereka bukan umat ku dan aku juga tidak menganggap mereka sebagai umat ku, bahkan mereka adalah orang yang celaka” Abu Hurairah R.A



yang mendengar sabda tersebut bertanya:
“Bagaimana sejarah tembakau itu tumbuh wahai Rasulullah?” Sabda Rasulullah SAW : Sesungguhnya setelah Allah menciptakan Adam dan memerintahkan para malaikat untuk sujud (tanda penghormatan) kepada Adam, seluruh malaikat kemudian sujud kepadanya kecuali iblis. Dia enggan, sombong dan termasuk Orang-orang yang kafir. Allah bertanya kepada iblis : Wahai iblis apa yang menyebabkan kamu tidak mahu sujud ketika Aku memerintahkan mu? Kata iblis : Aku lebih baik darinya, aku tercipta dari api sedangkan ia dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah engkau dari syurga, sesungguhnya engkau terkutuk dan engkau dilaknat hingga akhir. Iblis keluar dalam ketakutan hingga terkencing-kencing. Dari titisan kencing iblis itulah tumbuh sejenis tumbuhan yang dinamakan pokok tembakau.” Nabi bersabda lagi : “Allah memasukkan mereka ke dalam neraka dan sesungguhnya tembakau adalah tanaman yang keji” 

-Ustaz Azhar Idrus- 

sebenarnya aku pernah dengar daripada dua versi... versi lagi satu mengatakan benih tembakau berasal daripada najis iblis... wallahu'alam...

nota: yang penting rokk tak de manfaat ok =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...