GENG LENSA HIDUP

15 July 2010

BARANG NAIK, NASI LEMAK DAN KOPI 'O'


salam
apa khabar semua....
moga sihat sentiasa okay...

boleh senyum lagi?

perkhabaran terbaru harga petrol, diesel, gula, dan liquid petroleum gas (LPG) akan naik tepat 12 tengah malam ni... okay maca? hihihi... khabar ni dah pun diumumkan dalam BULUTIN UTAMA a.k.a BULETIN UTAMA... nak tengok senarai harga terbaru klik SINI

ni bukan entri provokasi... santai je kalau korang bace.... sambil ajak otak korang berfikir sejenak... apasal tajuk entri aku cam tu?

“Dan berikanlah kepada kaum keluargamu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membazir dengan pembaziran yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula sangat kufur kepada Tuhannya”.
(Surah al-Isra: 26-27).

lepas harga barang naik... atau pun sebelum-sebelum ni pun... memang kita dah lali dengan ceramah agama yang menyentuh isu pembaziaran... ye tak? Forum Perdana, Al-Kuliyyah dan macam-macam lagi rancangan yang ade kat dalam TV ... radio... 

maka ramailah ustazah dan ustaz yang dibayar untuk berceramah perihal jimat cermat... sangat selalu aku tengok dan dengar... korang selalu tak dengar? huhuhu... siapa yang selalu datang dan angguk-angguk bila dengar ceramah ni? makcik-makcik, pakcik-pakcik.... kita semua la.... golongan bawahan... ye tak? dalam ceramah tu pun ustazah atau ustaz akan sebut adik kakak... abang-abang... makcik pakcik... betol tak? "jangan la kita membazir... membazir tu amalan syaitan...." dan macam-macam lagi yang dikhabarkan kat kita semua... 

kenapa dalam ceramah tu ustaz dan ustazah tak sebut sekali YB-YB sekalian pun jangan membazir? pihak atasan.... jangan lah kamu semua membazir... kerana membazir tu amalan syaitan... kenapa tak sebut cam tu? kan kuar kat TV... asyik kabo kat makcik-makcik je... pakcik-pakcik je... yelah penceramah semestinya dah dibayar oleh penganjur... dan kalau menyentuh isu sensetif bimbang akan digam betul tak?

maka khusyuklah makcik dan pakcik mendengar tentang azab yang akan diterima dek kerana membazir... bermacam dalil yang dibacakan untuk kesedaran makcik-makcik dan pakcik-pakcik... cukup insaf makcik-makcik hinggakan teringat tentang tulang ikan yang masih belum habis telah dibuang begitu saja suatu masa dulu... itu juga termasuk dalam istilah membazir...

apa sangat yang boleh dijimatkan oleh orang-orang bawahan? yang memang hasilnya hanya cukup makan... mahu tanggung anak-anak yang perlu disusukan... disekolahkan... diberikan pelajaran... 

adakah dengan cara begini boleh menyelamatkan negara kita?
ya... begini caranya... dulunya makan nasi lemak sebungkus seorang kini dikongsi berdua... kopi 'o' yang dulunya hitam... kini dibancuh dengan warna hitam yang samar-samar... ohhhhhhh memang memberi kesan ceramah tu... jimat cermat..

persoalan:
apakah agama ini dihantar oleh Allah untuk menghukum manusia bawahan dan menghalalkan yang lain tidur dalam kekenyangan dan kemewahan? 

sebelum harga minyak naik,  telah sekian lama mereka yang berada diteratak usang tu berjimat makan dan pakai. saban hari mereka mengira belanja untuk membolehkan mereka terus hidup di kala kerajaan belum menaikan harga barang dan petrol lagi...

aku bukan nak sembang tentang perjalanan ekonomi antarabangsa. ramai dah yang bercerita. tapi aku nak bincang soal pembaziaran dan jimat cermat. ye... Islam memusuhi pembaziran... sebagaimana dalam ayat al-quran kat atas tu... 

macam tu la Allah persaudarakan pembazir dengan syaitan... kesan pembaziran sangat besar... tengok je la negara kita yang kaya dengan pelbagai hasil... sepaptutnya kita akan tetap kukuh dan setiap rakyat akan menikmati kekayaan ni dengan adil... namu disebabkan pembaziran... harta negara yang sepatutnya dapat dimakan puluhan tahun... boleh susut mendadak dalam beberapa tahun je...

barang keperluan bertukar menjadi mahal... bantuan yang sepatutnya sampai pada yang berhak tak dapat diagihkan dengan sempurna... persoalannya adakah setiap kali kita semua bercerita tentang pembaziaran kita terbayangkan orang-orang bawahan yang tinggal di kampung atau di bandar je? jika kita mahu berjimat cermat dan tidak mahu membazir... kenalah dimulakan dengan orang-orang atasan... bukan sekadar untuk mengenakan si miskin yang memang telah sekian lama berjimat... hingga tak tahu ape lagi yang nak dijimatkan... mengapa kita perlu terbayang rakyat yang tinggal di rumah persendirian dengan duit poket yang telah lelah?

sedangkan yang di atas leka bermain golf... menghadiri majlis keramain di luar negara... membeli belah dengan mewah... melakukan itu dan ini... rakyat yang membilang butir beras yang entah cukup ke tidak... disuruh jangan membazir...

rasanya cukuplah... renung-renungkan...

wallahualam...


info: esok tepat pukul 5:28 minit petang 16 julai 2010 matahari tepat di atas kaabah... so boleh lah setting balik arah kiblat yang sebenar korang ye... jangan lupe ambik kayu... check it out bebeh...  =)

ZIKIR FIKIR



salam
moga kalian semua sihat sejahtera...

aku cuma nak post sedikit renungan buat semua...
semestinya dalam hidup ni kita pernah berjumpa dengan saudara seakidah yang bijak menyusun kata-katanya... seakan-akan dia memang dilahirkan begitu.... betul tak??

"gifted" dalam istilah omputihnye.... sopan pekertinya... lunak suaranya(bukan menggoda ye) dan halus bicaranya mewaraskan kebenaran yang diucapkan... pendek kata ada hikmah dalam percakapannya...

sebenarnya sebab utama bukanlah akal yang sarat dengan ilmu semata-mata... tetapi yang lebih utama ialah kemurnian "raja" akal tersebut iaitu hati...

Hassan al-Basri pernah berkata,
"orang yang cerdas adalah yang berfikir setiap kali berzikir, dan berzikir setiap kali berfikir... dengan demikian... kalbu mereka menjadi bersih... sehingga semua ucapan yang keluar dari lidah pasti mengandungi hikmah"
[Ihya Ulumuddin]

pe yang dimaksudkan kat sini seandainya kita melihat atau merenung setiap kejadian Allah S.W.T lidah kita akan terus berzikir sambil berfikir... dan begitulah sebaliknya... aku cukup kagum dengan mereka yang miliki idea untuk menulis yang tak pernah putus-putus... huhuhu... =)


wallahualam...

comeynye jimart mase kecik =) - jangan bangga i letak pic u 

MAKHLUK YANG DICIPTA... SETELAH 'HIDUP' DIMATIKAN...



salam
moga semua sihat sejahtera hendaknya....
cite tentang hidup ngan mati la pulak ye... hehehe
boleh kan? kan? kan?

kematian terjadi apabila makhluk yang bernama 'hidup' itu di'mati'kan dan makhluk yang bernama 'mati' itu di'hidup'kan.... ringkas saja definisi ini... semua orang tidak tahu bila mungkin dia akan mati... atas nikmat 'tidak tahu' itulah... manusia diberi peluang untuk berusaha untuk pengakhiran hidup yang sempurna...


pengakhiran hidup yang sempurna~~


setiap hari kita tidak lupa berdoa agar diberi nikmat husnul-khatimah... dari saat nafas dihembus, jasad disemadi, perjalanan roh bertemu tuhan, hisab di padang mahsyar dan pengakhiran di syurga... kita doakan semoga urusan kita sentiasa dipermudahkan....

bukan kita je yang ingin mendiami syurga.... 
malah ahli keluarga dan rakan-rakan tercinta....

sekalipun begitu, apabila kembali melihat corak hidup kita di dunia... ia seolah dua dunia yang terpisah kadangkala.... apabila insaf... makhluk 'mati' menjelma-jelma di kotak fikiran... kemudian kembali bertaubat.

mati itu pasti. bagaimana kita akan mati? kat mana kita mati? siapa teman di kala kita mati? persoalan ni yang akan bermain di benak....

cukup.

tidak perlu kita fikirkan persoalan itu kerana Allah S.W.T telah berfirman..dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi amat meliputi pengetahuanNya.(Luqman:34)

bagaimana.. bagaimana..
lalu, apa yang perlu kita fikirkan tentang mati ni?

fikirkan je usaha kita menuju 'mati'... apabila makhluk 'mati' akan dicipta untuk menggantikan yang 'hidup'... terputuslah semua amal kita di dunia ini... hanya yang tinggal... ilmu yang bermanfaat yang kita ajarkan... sedekah jariah... dan doa dari anak-anak yang soleh... (au kama qal)

usaha menuju 'mati' ini yang akan dihitung sebagai penentuan 'kebahagiaan' atau 'kesengsaraan' makhluk di akhirat nanti... mari.. persiapkan diri kita sentiasa untuk menghadapi mati... bukan 'mati' itu yang kita takutkan... tapi natijah 'mati' itu yang kita gentar... hanya dengan 'mati'... kita bakal bertemu tuhan.. bakal menghuni syurganya atau sebaliknya (naudzubillah)... manusia yang mengingati mati itu adalah manusia yang bijak... aku pernah bace... cume aku tak ingat mafhumnya... hehehe... sori ye... nanti aku da jumpe balik... aku post...


wallahualam...

p/s: tak tau le apsal selalu letih skang ni... ohhhh minum nescafe pun tak bleh... ermmm

14 July 2010

INGINKAN POPULARITI? CUBALAH SENDIRI...


salam
moga semua sihat dan sentiasa dalam lindungannya....
mesti ramai yang nak blog korang femes kan?

huhuhu...
nak femes sebab entri best ke?
nak femes supaya dapat buffered earning ke?
tak kisah lah pape pun keinginan korang...
jom try add URL korang kat ketiga-tiga enjin carian ni...
google, yahoo dan bing...

bagi GOOGLE:
1. mula-mula pegi kat URL ni http://www.google.com/addurl
2. isikan URL blog/web korang di ruangan URL
3. isikan ruangan komen (disyorkan letak keyword blog/web korang)
4. klik button add URL

bagi YAHOO:
1. pergi ke  http://siteexplorer.search.yahoo.com/submit
2. klik submit site feed
3. masukkan URL site feed
4. klik button submit site feed (sign in account yahoo dulu)

bagi BING:
1. pergi ke  http://www.bing.com/webmaster/SubmitSitePage.aspx
2. masukkan URL web/blog ke ruangan URL
3. klik submit URL

mahukan populariti? cubalah sendiri =)

p/s: kurang sempat taip entri macam dulu-dulu... ade urusan lain =)

SEINDAH AWAL PERKAHWINAN




seindah awal perkahwinan

teruna: akhirnya inilah saat yang ku tunggu telah sekian lama...
dara: apakah kau rela kalau aku pergi?
teruna: tentu tidak! jangan sesekali kau berfikiran begitu!
dara: apakah kau mencintaiku?
teruna: tentu! selamanya akan tetap begitu!
dara: apakah kau pernah berlaku curang?
teruna: tidak! aku tidak akan melakukan perkara seburuk itu!
dara: mahukah kau menciumku?
teruna: ya!
dara: sayangku....!

sesudah 5 tahun perkahwinan korang bace dari bawah ke atas pulak... hahaha... faham tak? sila bace sampai faham.... =)

13 July 2010

CAHAYA KITA BAGAIMANA?

penjual gula-gula kapas di Aqabah








hebatnya ALLAH


sesekali mari kita renung langit
kadang damai ada disitu
gerakkan otak sikit....
lihat warnanya biru. putih. cantik
kalah kaler Luna yang selalu kita guna
mahupun Faber Castel yang boleh jadi watercolour 
hanya dengan tambah air


tenung dan renung lagi...
lihat pula pantai...
air sangat jernih
sangat
walau ke tengah lagi aku gerak
tetap ia jernih, bersih


lihat rumpai yang hidup
lihat batu-batu
lihat manusia
lihat matahari
lihat lagi...


bayangkan Allah tengok kita dari atas sana
besar mana agaknya?
atau langsung tiada apa-apa


walau cahaya iman kita?

cahaya kita bagaimana agaknya....


kita manusia...
mahu benih awan sudah gaduh
mahu cipta ulat?
bolehkah...

SINDIRAN ATAU INGATAN

Get this widget | Track details | eSnips Social DNA

salam
buat semua...
moga sihat selalu hendaknya...


Ada mata -- pandang
Ada telinga -- dengar
Ada mulut -- diam
Ada tangan -- garu
Ada kaki -- goyang
Ada otak -- pandai
Ada akal -- pakai
Ada bijak -- gadai
Ada mata -- pejam
Ada mulut -- kunyah
Yang remeh

Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah Buatlah Buatlah tak tahu
Buatlah Buatlah Buatlah tak tahu
Rela jadi tunggul
Rela jadi patung
Tunggu dilelong
Suruh angguk -- angguk
Suruh geleng -- geleng
Oh pujilah aku
Ampulah aku
Senang hidupmu
Ada tangan -- tadah
Ada maruah -- campak
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Biarkan Biarkan Biarkan berlaku
Biarkan Biarkan Biarkan berlaku
Ada mata -- pandang
Ada telinga -- dengar
Ada mulut -- diam
Ada tangan -- garu
Ada kaki -- goyang
Ada otak -- pandai
Ada akal -- pakai
Ada bijak -- gadai
Ada mata -- pejam
Ada mulut -- kunyah
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Yang remeh
Dan yang temeh
Berlegar di sekelilingmu
Buatlah Buatlah Buatlah tak tahu
Tepuklah Tepuklah Tepuklah tanganmu
Biarkan Biarkan Biarkan berlaku


lagu ni sangat popular masa zaman aku kecik-kecik dulu... tiba-tiba pada pagi sabtu 10 julai 2010 aku terdengar lagu ni mase dalam kereta nak pegi teman bapak aku gi kebun... (bapak aku nak panjat pokok manggis mase cuti sekolah) hehe... aku yang ngah bace buku kat belakang pun semangat nak dengar lagu ni... almaklum lame da tak dengar...

papa wi "apesal? tau pulak lagu orang tua-tua"
MissXYZ "lame tak dengar... kuatkan sket" 
aku menyelit kat tengah-tengah nak bagi dekat ngan radio...

lame tak dengar...
bila renung kembali kata-katanya... 
aku terasa sendiri derrrrrrrr....

setiap hari mata kita memandang... telinga kita mendengar... pasti ade perkara yang salah berlaku kat luar sana... tapi mulut terkunci bisu tanpa suara... tangan tak de tindakan... kaki buat perkara lain pulak... 

mungkin aku lupa agama Islam is a deen of action!!! bukan untuk membisu... bergoyang kaki tanpa ada usaha memperbaiki apa yang telah lari dari fitrah agama yang tercinta... 

kitakah itu?
yang buat tak tahu...

wallahualam...

p/s: sorry untuk majlis hari tu. aku memang suka kecoh-kecoh... bagi pendengar tak ngantuk.. tak de payment kan? xpe la... =)

12 July 2010

PEREMPUAN MENGGODA MENJADI SATU TREND


abang naik honda C70.... boleh tergoda tak?
(macam comel je kalau eman naik C70 waka waka eh eh) 
salam semua
harap sihat selalu...

aku tertarik dengan fenomena berkomunikasi secara lunak manja.... ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan.... bukan je sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri... kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna.... jarang aku rasa kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis seperti yang teritulis di atas.... betol tak??

mesti sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink suatu masa dulu... yang menampilkan dialog lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda... tapi yang mengada-ngada bukan la si jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki tu.... lucu dialognya “tadi kanda sekarang sayang…”, satu dialog ala pekak badak...

walaupun ia hanyalah sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi-jadi dalam iklan produk tempatan.... korang ingat tak iklan syampu ‘sunsilk’? model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk... menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka.... salah satu slot iklan syampu ni memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah... lalu bertentang mata.... tak tau pe kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.... 

sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya malaysia.. kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya... cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut... saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat... bila talian hotlink atau celcom atupun digi tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang... aduhai terasa dunia gelap... sunyi dan sepi.... ke mana kah akan di bawa hati nan lara? hahaha

SMS ON CINTA hantar ke 32728 (Dapat)! 
syarikat telekomunikasi juga yang untung..

paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan... saban hari ada ada je cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah... setiap hari ade je kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali... ade je kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda... 

dalam majalah wanita... akhbar tabloid... mahupun akhbar terkemuka... ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati... masalahnya hampir sama... seperti membaca novel, temanya tetap sama... bertemakan cinta terlara... cinta terlarang... kisah hati yang tak bahagia.... kebanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlarang ialah wanita.... bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlarang... tetapi mereka kurang menuliskannya....  untuk tatapan umum... ade seorang blogger lelaki siap delete blog lagi akibat frust bercinta... huhu... (contoh ye bro aku tak sebut name ko ye... dari lirik lagu aku tau ko cukup frust hehehe) mungkin untuk untuk menjaga status... ye ke?? huhuhu

sebagai manusia yang punya agama... aku lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? kenapa aku kata ianya cinta terlarang? apakah agama menghalang manusia bercinta ? tak... bukan tu maksud aku...

malah Islam adalah agama kasih sayang... Islam itu sendiri datang dari perkataan salam... iaitu kesejahteraan Kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih sayang sejagat... sayang sesama manusia,haiwan dan alam sekeliling... Allah s.w.t menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya.... kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad... wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan....

firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, “maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan.”

penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan menggoda... berdasarkan kepada permasalahan ni... seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya... sikap sederhana ni bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta... tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda... ye ke? u can ask urself bebeh...

sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang... malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam.... wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya... jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah s.wt maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan... wanita terpedaya lelaki pula tergoda... kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.... (ini suatu hakikat yang harus diterima) so mesti waspada...

wanita mesti ‘keras hati' untuk mentaati perintah Allah... hanya dengan cara tu je... bahagia yang hakiki akan dapat dirasa... permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari... saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan... bila dah kecundang dan jadi hamba cinta... masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat... masa tu la... kehormatan diri mudah jadi galang ganti... siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? jika kekasih hati mencela dihadapan keluarganya sendiri? mungkin menimbulkan kesedihan dihati snediri... tetapi pada DIA ruang taubat masih ada... pepatah melayu berkata “sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna” fikirkan...

sesal kemudian masih berguna... 
kerana ruang untuk bertaubat masih ade...
manusia ada yang terima...
tidak kurang juga mencela.... 
tetapi pada DIA pintu taubat masih terbuka hingga hujung nyawa...
selama mana matahari tidak terbit dari barat... =)

Wallahualam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...