GENG LENSA HIDUP

24 September 2015

SALAM AIDILADHA

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku wish... selamat hari raya aidiladha....

Musim haji kali ni banyak pulak berita dari tanah suci yang agak menyedihkan...

Apapun... takziah buat keluarga mangsa...
Semoga mereka semua di tempatkan di kalangab orang-orang yang beriman...

Dan ni gambar masa raya aidilfitri lepas ok... masa aku dalam pantang lagi... beraya sakan kau... lepas tu letih dan lenguh-lenguh... nasib ade mr.e haha

Bidan terjun kih3







17 September 2015

MUSLIM HOTEL: ADYA HOTEL LANGKAWI

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu...

kebanyakan hotel di Malaysia biasanya dimiliki oleh golongan non muslim....

di sini aku nak kongsikan satu lokasi... yang di mana Adya Hotel ini dimiliki oleh orang islam... siap ade sediakan sejadah okay dalam setiap bilik...

menggunakan tagline... islamic, friendly, hospitality...

hotel ini terletak di Kuah, Langkawi... sesiapa yang nak bercuti ke Langkawi... boleh la terjah hotel ni... hotel ni berstatus 4 bintang... memiliki 207 buah bilik... dengan mini fridge menghidangkan non-alchohol drink...

servis kolam renang yang diasingkan wanita dan lelaki... so tak perlu segan-segan nak mandi... masa penggunaan gym... yang berbeza untuk lelaki dan wanita... dan juga ada spa... untuk mereka yang nak merehatkan diri... ada Restoran Jelapang yang pasti menunya tidak akan mengecewakan anda... buat peminat steamboat... wallaaaa anda boleh cuba steamboat di sini... dengan gabungan dekorasi dan senibina moden dan Melayu.

tak mungkin anda kecewa dengan servis mereka... dan inilah masa untuk anda menyokong servis daripada muslim sendiri... servis terbaik tanpa bimbang dan ragu... halal dan toyyib!!!

* Deluxe Room bermula RM250 per night


premier suite

pandangan dari luar

pandangan sisi


waktu malam



kolam renang wanita

ADYA HOTEL LANGKAWI

No 1 PT, 4001, Persiaran Mutiara 2
Mukim Kuah 07000 Langkawi
Phone : +604-960 8000
Email : reservation@adyahotel.com
Facebook Page: Adya Hotel Langkawi

14 September 2015

CARA HINDARKAN STRESS

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat selalu..
dan tak mau stress okay... maklum la hari ni hari isnin...


Berikut tanda- tanda awal stress / tekanan:

  • Degupan jantung laju
  • Banyak berpeluh
  • Risau / bimbang
  • Loya
  • Nafas laju / cepat
  • Selalu rasa tidak sihat
  • Cirit-birit / rasa hendak buang air kecil
  • Sukar tidur
  • Rasa sejuk pada kaki dan tangan
  • Selera makan berubah
  • Selalu letih
  • Gangguan seksual
  • Kuat merokok
  • Sakit-sakit badan yang tidak jelas puncanya
  • Murung / perubahan sikap
  • Penyakit seperti lelah / sakit kepala / timbul ruam kulit

Kesan dari tekanan:

  • Tekanan darah tinggi
  • Lelah
  • Masalah kulit semakin teruk / jerawat
  • Hilang fungsi seksual & pembiakan
  • Strok
  • Masalah berat badan
  • Gangguan tidur
  • Cirit-birit / sembelit
  • Serangan migrain
  • Ulser perut
  • Sakit kepala
  • Kemurungan

Tanpa kita sedar, stress boleh membawa kesan pada sistem jantung, sistem penghadaman & rangka otot. Kenali tanda-tanda perubahan pada diri kita. Jangan takut berkongsi masalah atau ketidak selesaan kita pada orang yang kita boleh percayai. Berjumpalah dengan doktor & dapatkan rawatan awal sebelum stress terus menekan diri kita.

Selain zikir & doa, amalkan pemgambilan makan yang mengandungi Vitamin B ataupun amalkan B Complex.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...