GENG LENSA HIDUP

11 April 2015

6 FAKTA MENARIK TUNKU JALIL , TUNKU LAKSAMANA JOHOR

KUALA LUMPUR 9 APRIL 2014: Tunku Laksamana Johor Tunku Jalil merupakan anak ke-4 Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor.

Tunku Jalil bersifat berjiwa rakyat dan amat di senangi ramai orang ramai dek kerana keramahan, kemesraan dan senyuman yang terukir di wajahnya.
Berikut adalah fakta menarik mengenai Tunku yang boleh kita ketahui, jom kita intai.
1. Seorang pencinta haiwan antaranya ialah buaya dan juga tapir yang bernama Lucy
 

2. Pernah bekerja di Zoo di Singapura
 
3. Tunku pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama 9 bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011
 
4. Bersahabat baik dengan penyanyi no 1 negara Dato' Siti Nurhaliza dan Nomad
5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini

6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beranah mesra dan bertanya khabar
 

10 April 2015

MAHU JIMAT SELEPAS GST? JOM SHOPPING DI SABASUN


sebagai pengguna bijak anda perlulah peka dengan permainan harga di pasaraya sekitar anda...
anda bijak anda jimat =)

sabasun adalah sebuah pasaraya yang terletak di terengganu

berbekalkan slogan
'HARGA MUROH SOKMO'

antara pasaraya yang menawarkan harga lebih rendah berbanding pasaraya lain...



TIPS UNTUK MEMBUAT SUAMI GEMBIRA

haha baca jugak tips untuk membuat isteri gembira...

yup my hubby
pernah jadi macam-macam

chef
bidan
pemimpin
bapa
pendengar gosip
househusband
yang paling best jadi bank bergerak hu3 =P

tq abang =)

09 April 2015

7 SELEBRITI YANG MENJADIKAN DATO' SITI NURHALIZA SEBAGAI INSPIRASI



Dato’ Siti Nurhaliza merupakan salah satu penghibur tersohor di Malaysia. Kejayaan penyanyi nombor satu Malaysia ini bukan hanya sekadar di dalam negara malah penganugerahan yang diterimanya meliputi sejenak Asia.

Sejak bergiat aktif sebagai penyanyi bermula tahun 1995, Dato’ Siti Nurhaliza telah melebarkan sayapnya sebagai penulis lirik, penerbit, penyampai televisyen serta ahli perniagaan.

Penanda aras yang dikecapi Dato’ Siti Nurhaliza dilaporkan menjadi ilham dan inspirasi buat ramai anak seni sama ada di Malaysia atau di luar negara. Ketahui 7 selebriti yang memetik nama Dato’ Siti sebagai sumber inspirasi mereka.

Aizat Amdan


Penyanyi popular Aizat Amdan pernah mendedahkan bahawa dia pernah menolak hasrat beberapa seniman tanah air antaranya Dato’ Siti Nurhaliza yang ingin mendapatkan karyanya.

Menurut Aizat, dia masih belum yakin bahawa lagu ciptaannya sesuai dinyanyikan oleh Dato’ Siti yang jauh berpengalaman serta seorang individu yang dianggapnya sebagai idola.

Misha Omar


Nama Misha Omar sememangnya gah ketika zaman kegemilangannya pada era 2000an. Penyanyi yang berasal dari Kelantan ini pernah merangkul beberapa anugerah berprestij antaranya Anugerah Juara Lagu, Anugerah Industri Muzik, Festival Filem Malaysia, Anugerah Bintang Popular dan lain-lain.

Dalam sebuah bual bicara, Misha Omar pernah menamakan Dato’ Siti Nurhaliza sebagai salah seorang individu paling diminati selain meletakkan seniornya itu sebagai penanda aras kejayaan.

Nicholas Teo


Bekas juara program realiti Astro Talent Quest 2002 ini berjaya mengilap bakatnya di Taiwan sekaligus menembusi pasaran antarabangsa.

Meskipun berjaya menewaskan Dato’ Siti Nurhaliza untuk gelaran Artis Pilihan Malaysia di Anugerah MTV Asia 2008, anak kelahiran Sarawak ini melahirkan keterujaan kerana menyangkakan ia akan menjadi milik penyanyi pujaannya itu.

Soo Wincci


Bahasa bukanlah halangan bekas ratu cantik Malaysia 2008, Soo Wincci untuk merakamkan album mini berbahasa Melayu. Menyanyikan lagu-lagu ciptaan Ajai, komposer terkenal itu akan turut menjadi penerbit sekaligus membimbing Wincci.

Salah satu sebab mengapa Wincci mahu merakam album tersebut adalah kerana minatnya terhadap lagu melayu selain suka menyanyikannya. 

“Idola yang menjadi inspirasi kepada saya sudah tentu Dato’ Siti Nurhaliza,” ujar Wincci dalam satutemubual.

Maia Lee


Penyanyi dan personaliti televisyen dari Singapura ini menggelarkan dirinya sebagai peminat Siti Nurhaliza bukan berbangsa melayu nombor satu di dunia!

Finalis Singaporean Idol ini juga pernah menyertai satu pertandingan mengenai Dato’ Siti Nurhaliza pada tahun 2003. Dalam pertandingan tersebut Maia mengenakan baju kebaya sambil menyanyikan lagu popular Dato’ Siti Nurhaliza.

Sunu (Matta)


Masih ingatkan anda kepada lagu Ketahuan yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Matta beberapa tahun lalu? Tahukah anda bahawa penyanyi utama kumpulan Matta iaitu Sunu sangat meminati Dato’ Siti Nurhaliza?

Sunu juga pernah melahirkan keinginan untuk berkolaborasi bersama idolanya itu. Semasa acara persembahan Anugerah Planet Muzik 2008, Sunu tidak melepaskan peluang menghulurkan mikrofon kepada Dato’ Siti sebaik saja dia menyedari kehadiran penyanyi idolanya itu di barisan depan.

Judika


Penghibur terkenal Indonesia, Judika yang popular menerusi lagu Aku Yang Tersakiti dan Mama Papa Larang juga meminati kelantangan vokal yang ditampilkan Dato’ Siti Nurhaliza.

Semasa dalam rangka promosi di Malaysia sekitar 2013, Judika pernah menyuarakan keinginan untuk bergandingan bersama penyanyi tersohor Malaysia itu.

Kredit gambar: Wikipedia, hyebro, ohbulan, mixrad, merdeka-online, johannahfimj, okezone, kapanlagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...