GENG LENSA HIDUP

17 March 2010

BOLEH BLAH SEKARANG!!!

salam
nantikan entri yang sangat banyak
sudah tersedia untuk auto publish
sebelum aku berehat


rehat
diam
tanpa suara
tiada kata-kata

mahu kerehatan yang panjang
rasakan suatu yang paling dalam
terima kasih

ALAHAI...

salam
alahai
alahai
mengeluh la pulak
hehehe...

masih sanggup bace entri auto publish?
aku dah setting akan tetap di publish jugak

baru-baru ni
tak lah baru sangat
tapi baru lah jugak

keadaan agak kurang okay
malam tu bapak aku terpaksa wat emergency call
apehal?
ni ha...
ade budak yang mau jatuh
huyung hayang
mahu tumbang

ceh!!!
alamak...
kena pegi klinik la...
cukup aku tak suka

sungguh aku sakit
sampai je klinik aku kena baring kat katil
aku tak cakap pape dah
diam

doktor pun datang
pasang BT SET kat tangan aku
keluarkan 1 pack air
jarum

alahai...
mata aku dah makin kabur
lemah betul doktor main cucuk-cucuk
doktor tanya
sakit tak?

aku cakap dalam ati
(ade ke cucuk yang sedap?)

okay siap...
budak ni name ape?
doktor tanye kat ma aku
mate aku dah tutup

i/c mane?

okay tak FADHILLAH?

aku cakap dalam ati
(mane ade okay, kalau okay lame dah aku lari)

makin pening ade lah...

air pun siap dimasukkan
saya bagi ubat nanti awak makan

bapak aku jawabkan
budak ni tak leh makan ubat pil
ye ke?
ha ah...

okay saya cucuk ubat ye...
alahai...
cucuk lagi...
saya cucuk kat bahu ye...

ikut suke lah doktor
aku tak leh nak lawan

saya tak tanggal jarum kat tangan ni..
nanti senang nak masuk wad kalau tak sembuh lagi
tidur jangan ganas-ganas...

membebel pulak dah...
esok wat URIN FEME & BLOOD TEST
lepas tu masuk bilik saya

oh!!!
esok kena cucuk lagi
persis seorang penagih dadah sudah
cucuk sana sini

kena wat check up yang lebih...
oh... 
penat sudah
ada siapa yang faham???
kenapa tak faham-faham...

tak larat sudah....
anyway tq kepada doktor & nurse
yang wat keje sangat hati-hati supaya aku tak sakit
huh hencek doktor mesti singgah blog aku!!!

p/s: teringat abang buatkan air nesvita 2 mug & masukkan ubat dalam tu...
ingat sayang tak tau ke... terima kasih sebab sentiasa ingat sayang tak leh makan ubat pil...

16 March 2010

KAIS PAGI MAKAN PETANG

salam 
lagi dan lagi entri auto publish
aku harap semua sentiasa sejahtera

kamu mahu kais pagi makan petang?
kamu mahu kais pagi makan pagi?
atau kamu tidak mahu kais?

yakin selagi kamu hidup dan bernafas
rezeki tetap ada
DIA sudah tentukan

oh...
kalau begitu tak perlu kais ye?

hoi!!!
usaha kamu mana?
bagaiman TUHAN mahu berikan rezeki yang lebih?

kehidupan makin sesak
kehidupan makin sempit

hutang sana
hutang sini

mahu marah?
mahu nangis?

pemerintah kamu letak kami di mana?
janji kamu tabur
undi kami berikan

lihat kami mula kesempitan
bila harga barangan kamu naikkan
inflasi semakin kelihatan
minda kami kamu tutupkan
piket kami kamu hentikan

mana pergi laungan DEMOKRASI
mana pergi laungan REFORMASI

kamu laung sajakah?

kamu lihat sajakah SANG PEMERINTAH?

pelabur asing mahu pergi
menarik semula segala pelaburan mereka
atau kamu sudah rancang strategi
mahu hambat KAMI lagi....

 ~ sekadar renungan ~

BUKAN MATEMATIK LAH SAYANG...

salam
teruskan membaca
entri baru dari aku
dengan keupayaan auto publish
aku mahu berehat

sekadar renungan buat semua hati
kamu ISLAM?
ISLAM itu apa?
kamu sudah ambil semua?
5-1=?
5-1=4
ye ke??

itu matematik lah sayang
ISLAM tidak begitu
5-1=0

kamu tidak boleh tinggalkan biarpun SATU
ambil semuanya
percaya semuanya
biarpun tidak semua mampu kita laksanakan
tekad dalam hati untuk ambil semua
jangan ditolak satu pun...

sekadar renungan...

LARI LARI DAN LARI

salam
lagi entri auto publish

aku sangat suka
buat entri cam ni...
hahaha

pernah kamu lari?
lari??

lari dari segala
masalah
manusia
rasa
dan segala

aku mahu lari
kamu mahu ikut?

hati-hati jika mahu berlari
jangan sampai jatuh
jangan sampai gaduh
kiranya kamu jatuh
lekas bangun

apakata kamu rehat sebentar
bersama KIT KAT

mungkin lebih manis dari LARI dan BERLARI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...