GENG LENSA HIDUP

20 March 2010

MAHU APA KAMU?

pernah aku katakan
pernah aku ceritakan

tidak fahamkah
hai manusia
kamu fahamkah
mahu apa lagi

mahu aku lakukan itu dan ini
aku penat
aku sudah habis keringat
DIA saja tahu rasa yang dalam itu

mahu luah pada siapa
YA TUHAN
temani aku
manusia semua tidak faham rasa itu

SEJARAH BISMILLAH

Sejarah Bismillah

بسم الله الرحمن الرحيم (Bismillahir Rahmaanir Rahiim)


Pada suatu hari, Ratu Balqis bin Syarahil masuk ke bilik tidurnya.Beliau mahu beristirehat. Lalu, beliau pun menutup pintu dan berbaringdi atas katil mewahnya. Tiba-tiba, seekor burung Belatuk terbangmelayang ke arahnya. Burung itu melepaskan sepucuk surat dan jatuh diatas ribanya. 

Ratu Balqis mencapai surat itu lalu membacanya dengan penuh minat.Beliau bergegas keluar dari bilik dan memanggil menteri-menterinya. 

Apabila kesemua menteri-menterinya hadir bersidang, Ratu Balqis punberkata, “Wahai menteri-menteri sekalian! Sesungguhnya telahdisampaikan kepadaku sepucuk surat yang teramat mulia.”

Dengan wajah yang berseri-seri, Ratu Balqis berkata lagi, “Sesungguhnyasurat itu datangnya daripada Nabi Sulaiman, dan kandungan surat itutertulis, “Bismillahirrahmaanirrahiim.  Janganlah kamu meninggi diri terhadapku, dan datanglah menyerah diri kepadaku dengan beriman kepada Allah swt.”     

Di sinilah asal lafaz ‘Bismillahirrahmaanirrahim'


----------------------

Lafaz Bismillah adalah sebahagian ayat-ayat Quran. Bismillah adalahayat pertama surah al Fatihah dan permulaan keseluruhan surah Qurankecuali surah at Taubah. 

Maksud Bismillah ialah ‘Aku memulakan sesuatu Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih’.

Lafaz Bismillah ini mengandungi dua nama sifat Allah swt iaitu:

1) Ar Rahman: Ar Rahman bermaksud Allah Yang Maha Pemurah. Sifat Allahswt yang Maha Pemurah itu meliputi keseluruhan makhluk termasuk merekayang tidak beriman.
2) Ar Rahim: Ar Rahim bermaksud Allah Yang Maha Pengasih atau MahaPenyayang. Sifat Allah swt yang Maha Pengasih itu khusus ke atas kitayang beriman sahaja. 

Bilangan lafaz dan pecahan lafaz ar Rahman di dalam Quran ialahsebanyak 560 kali. Manakala lafaz dan pecahan lafaz ar Rahim di dalamQuran juga sebanyak 560 kali. 

Berdasarkan keterangan al Imam Sya’bi (28H -104 H), sejarah Bismillah adalah seperti berikut:

1)        Peringkat Pertama:

Nabi Muhammad saw membaca Bismillah dengan sebutan: Bismikallahumma (باسمك اللهم.

2)        Peringkat Kedua: 

Dengan turunnya surah HUD, bil.41, “وقال اركبوا فيها بسم الله مجريها”(Wa qaalar kubuu fiihaa bismillahi majreeha), Nabi Muhammad saw membacaBismillah dengan sebutan: Bismillah (بسم الله

3)        Peringkat Ketiga:

Dengan turunnya surah al Israk, bil.110, “قل ادعوا الله أو ادعواالرحمن” (Qulid u’ullaha awid u’urrahmaan), Nabi Muhammad saw membacaBismillahirahmaan (بسم الله الرحمن.


4)        Peringkat Keempat:

Dengan turunnya surah an Naml, bil.30, “إنه من سليمن وإنه بسم اللهالرحمن الرحيم” (Innahuu min sulaimaana wa innahuubismillahirrahmaanirrahiim), barulah Nabi Muhammad saw mula membaca Bismillahirrahmaanirrahiim
(بسم الله الرحمن الرحيم). 

Surah Hud, al Israk dan an Naml diturunkan di Makkah. Surah an Naml(Semut) yang menghimpunkan bacaan Bismillahirrahmaanirrahiim.Ayat 30, surah an Naml itu berada pada juzuk ke 19. Bilangan juzuk itubertepatan dengan jumlah huruf Bismillahirrahmaanirrahiim
 iaitu 19 huruf.     

19 March 2010

ASAL USUL API DI DUNIA

salam
masih lagi auto publish

Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan  betapa asalnya kejadian api di dunia ini. 
Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya  memakan buah larangan maka Allah swt telah 
memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari  neraka untuk dihantar ke dunia utk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu 
Zabaniah. 


jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan 
adam as. 

zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ? 

jibril : sebesar kurma.. 

zabaniah :kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya. 

jibril :kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma... 

zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun 
walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.. 

memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untk mendapatkan saiz yg perlu di 
hantar ke dunia. 

Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke 
dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg 
keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di ejukan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam 
sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70. Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke 
dunia dan diletakan diatas sebuah bukit yg tinggi. tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbegai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi. 

PENGAJARAN :Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan 
kepanasanya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA. 

Nauzubillah. 
untuk peringatan bagi yg menghisap rokok dan yg sejenis dgnya bagaimana perasaan anda sewaktu 
menghisap api neraka itu.... 

 MOGA ada manafaat dari riwayat ini. 
 wassalam. 

PERNAH DENGAR TAK?

salam
aku penah dengar satu lagu ni...
lagu ANIS SURAYA tak silap aku
pada aku memang lawak arrrrrrrrrr...

selangkah engkau pergi
seribu langkah aku mengejar mu
sekelip mata engkau hilang
seluruh pelusuk ku cari
setinggi mana kau cuba membawa diri akan aku daki

dan bla bla bla...
aku dah lupa lirik
ape lah...
balak pegi selangkah
ko pegi kejar seribu langkah...
memang lah tak jumpa...
aiseh!!!

sila jangan lakukan begini ye rakyat Malaysia

BAYI BERMATA SATU

salam




sumber dari emel mengatakan bayi bermata satu ini berbangsa Israel
apa pun semoga kita sentiasa dilindungi...

banyak kejadian pelik di akhir zaman ini
wallahuallam
sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...