GENG LENSA HIDUP

27 March 2010

BERKONGSI FOTO MENARIK

















berehat sebentar melihat foto kelakar =)

APA DAH JADI NI

tiba-tiba rasa sakit
lagi dan lagi

kenapa mesti sakit ni
kenapa aku lemah begini
mana semangat aku pergi
siapa yang bawa lari

mahu saja aku tunggu di sini
ya!!!
melepek saja di jamban ini (hahaha)

bertahan dengan ubatan ini
mahu hilangkan kesakitan ini

sayang pinjamkan kudrat yang kamu ada
biar aku lebih selesa =(

p/s: teringat mase dulu-dulu panggil ma ninja "oh! mama kan ninja"
(anak yang sangat terpengaruh cerita kartun)

26 March 2010

APAHAL NI TEMAN

kau kata aku tak tengok berita
kau kata aku tak tau cerita
aku mengadap internet nasib tak buta
berita di mana saja


mau ajak aku turut serta
sama-sama turun ke Putrajaya
konon mau ajak pergi Jabatan Peguam Negara
kau kata segalanya ada di sana


itu kau kata bukan mereka
rakyat semua dah tau cerita
yang Saiful pereka cerita
akhirnya kau juga yang tanya


dila betul ke tu konspirasi je
aku malas dah nak kata apa


kau pegi lah tanya bini kau tu semua apa

SASTERA VS SAINS


salam
gambar ape tu?
pokok la...
tu pun tak tau ke???



-----------------------------------------------------------------------

setiap manusia memiliki pandangan dan pemikiran yang berbeza
memiliki keupayaan dan kudrat yang berbeza
tapi masih miliki saat, masa, dan jam yang sama 24 jam sehari

------------------------------------------------------------------------

ape yang aku nak sampaikan sebenarnya?
cuba lihat gambar pokok di atas
apa yang anda fikirkan sekarang?

sedar atau tidak

mungkin ada yang sudah terfikir dedaun yang berguguran
ranting yang patah
kalau tak de angin masakan pokok bergoyang

mungkin juga ada yang memikirkan mengenai stoma, xilem atau floem
memikirkan akar tunjang atau akar serabut
memikirkan proses pembiakan pokok tersebut

---------------------------------------------------------------------------

itu semua keupayaan berfikir individu berdasarkan perspektif 
sains atau sastera
begitu juga apabila melihat atau berbicara mengenai sesuatu topik
bukan mudah untuk menjadikan seseorang sealiran dengan kita
sekiranya mereka tidak mahu sealiran
kita tidak perlu terlalu marah
ini adalah suatu proses semulajadi

---------------------------------------------------------------------------

apa yang penting kita masih berpegang pada agama yang satu
setiap insan berhak mengutarakan pendapat
meluahkan rasa hati
menilai dari perspektif  masing-masing

---------------------------------------------------------------------------

moga sentiasa dibukakan pintu hati untuk menerima kebaikan dan kebenaran
sekadar meluahkan apa yang terpendam
wallahuallam

KU SUBURKAN CINTA

ku suburkan cinta
dalam keterbatasan ini
sebening embun pagi
sebening hari
ku kunyah segala sendu
mainan sang nasib
yang berpijar
antara mata dan hati
ku songsang angin merah
yang datang sekali sekala
atau setiap masa
kerana cinta ini kental
tidak mengenal putus asa

ku suburkan cinta
di bumi yang tercinta
ku kalung sejahtera
sepanjang masa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...