GENG LENSA HIDUP

01 April 2010

JUALAN BUNGA SEGAR

salam
mahukan bunga segar??
bunga segar yang dibawa khas dari CAMERON HIGHLAND
macam-macam ada
tulip, ros, carnation dan lain-lain
mahu dijadikan gubahan hantaran, hiasan persandingan, majlis konvokesyen
mahu bersanding dalam taman?
silalah hubungi kami
bunga akan dihantar terus di hadapan pintu rumah anda
bagi yang tinggal di sekitar Johor Bahru (JB)
lain-lain lokasi boleh runding

sila hubungi:
ENCIK HAZIQ
013-7059404
untuk sebarang pertanyaan

penghantaran bunga dalam kuantiti yang banyak akan dihantar
menggunakan 4WD/ 4x4 (FOUR WHEEL DRIVE)



dan jika dalam kuantiti sedikit hanya menggunakan kancil ini =)


SILA JANGAN PERASAN

salam
wohaaaaaaaaaa
sila usyar print screen yang ni...
mampu menjadikan cik penulis blog dalam situasi perasan
dan rasa bangga sekejap-sekejap
hahaha...
sila jangan bagi kakak gua perasan lagi!!!


ape pun thanks....
kepada yang sudi memuji dan singgah kat blog yang tah pape nih (kondem sket)

NAIK KE MIMBAR

salam
auto publish =)
rehat dan santai dengan bingkisan lawak

dalam sebuah kampung ade sorang orang yang tak berapa betul sikit. ni disebabkan keturunannya mmg camtu.satu hari dia pi msjid semayang jumaat. habis jer semayang dia keluar dari msjid tengok2 seliper dia hilang. dia geram amat sangat, dia naik atas mimbar dan ambil mikrofon dia menjerit

"saper ambik seliper aku baik bagi balik, kalau tak aku buat macam ayah aku buat dulu"

orang tau keluarga dia memang tak betul sikit. orang yang curi seliper dia pun letak la balik sebab takut dia buat sesuatu. dia kan tak berapa betul

dia keluar dan tengok "oooo... ader pun"

dalam perjalanan pulang, ader sorang mamat tanya dia, "aper ayah ko buat dulu"

dia jawab "ayah aku balik rumah kaki ayam jerlah"

31 March 2010

ISTERINYA SEORANG KHUNSA

salam
auto publish lagi 
berkongsi kepintaran Khalifah Ali r.a dalam menyelesaikan masalah
moga ada manfaat =)

Semasa Khalifah Ali r.a. memerintah maka terjadilah suatu  peristiwa yang tidak pernah terjadi sebelumnya. Seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita khunsa (memiliki dua alat jantina ).Si suami juga menghadiahkan seorang  jariah kepada isterinya.Setelah beberapa lama maka isterinya yang khunsa itu  melahirkan anak.Selepas itu tiada berapa lama timbul pula nafsu berahi wanita khunsa ini terhadap jariahnya.Akhirnya jariah  inipun melahirkan anak juga.  

Masyarakat menjadi gempar dan peristiwa ini terus tersebar hingga sampai kepada pengetahuan Khalifah Ali. Khalifah terus menghantar seorang pakar untuk mengesahkannya.Ternyata wanita  khunsa ini mengalami haid seperti perempuan serta keluar mani dari dua alat kelaminnya.Dia boleh dijimak oleh suaminya serta  dapat pula menjimak jariahnya.Untuk menentukan jantina sebenar wanita khunsa ini  Khalifah Ali tidak ketandusan akal.

Beliau menghantar pakar untuk menghitung tulang rusuk wanita ini.  Hasilnya ternyata tulang rusuk sebelah kiri kurang satu dari kanannya.Khalifah Ali menetapkan bahawa wanita khunsa ini adalah lelaki. Alasannya kerana ALLAH menciptakan Adam yang tinggal keseorangan di dalam syurga , ALLAH lalu mengambil satu tulang rusuk sebelah kiri Adam dan diciptakan Hawa daripadanya.Oleh sebab itu tulang rusuk sebelah Adam telah kurang satu. Khalifah Ali lalu memisahkan perkahwinan wanita khunsa ini dengan suaminya kerana ianya dianggap tidak sah. 

p/s: semoga pembaca semua diberkati sentiasa

30 March 2010

TAK DE KIJO KE AKU

salam
tah bila ade lah blogger yang menegur aku
agak lama sudah...
"awak tukar ke header greeting kat atas tu tiap hari?"


aku jawab tak de kijo aku nak tukar tiap hari...
tu aku dah setting awal-awal lagi dan greeting tu akan berubah ikut masa
seperti...
pagi...
tengahari...
petang....
maghrib...
malam...
dan 
tengah malam




klik imej untuk besar punya =)


p/s: nanti ada masa aku bagi kod HTML dia okay =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...