GENG LENSA HIDUP

08 April 2010

RM100 LEBIH MULIA DARI SEHELAI KAIN PELIKAT ATAU SEHELAI KAIN BATIK

Dalam kesibukan tugas sebenarnya saya kesuntukan waktu untuk update blog ini. Tetapi apabila membaca kenyataan Shahrizat Jalil yang memperlekeh pemberian RM 100 oleh kerajaan Pulau Pinang kepada warga emas saya merasa terpanggil untuk menyatakan pandangan.

Pemberian RM 100 oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh YAB Lim Guan Eng sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihanraya lalu.

Menurut Guan Eng kerajaan Pulau Pinang dapat memperuntukkan sejumlah wang kepada warga emas kerana hasil penjimatan dan usaha menghapuskan rasuah yang dilakukan oleh kerajaan BN sebelum ini di Pulau Pinang.

Memanglah pemberian itu tidak seberapa. Tetapi bagi warga emas yang tidak mempunyai sumber pendapatan tetap atau berpendapatan rendah nilai itu sangat besar di sisi mereka.

Ini terbukti sejak kelmarin ribuan warga emas mengunjungi cawangan Maybank berhampiran untuk mendapatkan wang RM 100 yang dijanjikan.

Bagi pemimpin Umno seperti Shahrizat mungkin RM 100 tidak ada apa-apa nilai. Umpama sisa makanan di celah gigi sahaja yang dicungkil guna anak lidi yang kemudiannya di ludah ketepi.

Maklumlah dah biasa buat untung 'atas angin' dengan mendapat projek dan saham tanpa perlu mengeluarkan walaupun setitik peluh. Malah dengan cuma bermodalkan syarikat dua ringgit mereka boleh mengaut keuntungan berjuta ringgit.

Sekurang-kurangnya Lim Guan Eng meletakkan nilai yang tinggi kepada warga emas RM 100 setahun berbanding Umno yang meletakkan nilai pengundi terutama warga emas di kampung-kampung cuma sehelai kain pelikat atau sehelai kain batik setiap lima tahun sekali!


oleh: Angkasanuri ehsan HarakahDaily.Net

p/s: tau tak pe Sharizat ni patut senyap je dah... dapat jadi senator pun dah kira bagus... rakyat tak mau dah Shahrizat jadi wakil mereka =)

07 April 2010

SELAMAT DATANG PILIHANRAYA KECIL HULU SELANGOR

salam
memandangkan aku anak kelahiran selangor....
aku akan berkempen secara maya...
kita akan saksikan adakah BN mampu merampas kerusi Hulu Selangor
atau Parti Keadilan Rakyat masih bertakhta di hati penduduk Hulu Selangor
jom tengok statistik bagi PRU 12 yang lepas

P94 HULU SELANGOR

Jumlah Pengundi: 63,593
Peratusan Kaum: M:53.94% C: 26.67% I: 18.98% L:0.41%
1. Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad (PKR) (23,177) 
2. Datuk G. Palanivel (BN) (22,979)

Majoriti: 198 
Jumlah undi: 47,622 
Peratus mengundi: 74.89% 
Undi rosak: 1,466

mengikut statistik yang sudah penduduk Hulu Selangor masih waras...
kerana majoriti pengundi adalah Melayu..
dengan bijaknya mereka memangkah wakil daripada PKR yang berbangsa Melayu
SYABAS buat penduduk Hulu Selangor
mereka tidak terlalu obses kepada Barisan Nasional (BN)

REPUBLISH MAJLIS BERTUNANG MEREKA

salam
entri yang simple dan sedia ada
auto publish...
harap lebih mudah untuk diakses =)
foto majlis pertunangan mereka


terima kasih atas kunjungan anda
nantikan sesuatu yang lebih istimewa
harap tiada yang kecewa
maaf kerana tidak disertakan terlalu banyak foto
(^_^)

06 April 2010

HATI TUA

salam
auto publish

raut wajah mu telah pun aku tahu
dari sinar mata ada rasa hampa
kesedihan melanda pemilik hati tua
mungkin kamu kecewa
sayang aku janji kau tetap di hati
sayang aku janji aku akan datang lagi
aku sayang kamu bukan kerana siapa-siapa
selagi aku punya hati
selagi aku punya rasa
selagi aku punya nadi
kita tetap kasih mengasihi
kamu bisa menangis dibahuku
aku bisa dengar cerita mu
aku bisa jadi teman mu
nanti ada masa kita makan bersama
nanti ada masa kita senyum bersama
nanti ada masa kita bercanda bersama
nanti ada masa kita jalan bersama
nanti ada masa kita paut bahu bersama
tidak tegar aku menghancurkan hati tua itu
aku tidak akan benci kamu
aku juga sayang kamu
seperti kamu sayangi aku
akan aku pelihara silaturrahim yang telah kita cipta keranaNYA
kasih antara kita
tak usah cerita pada mereka
biar pun aku bukan siapa-siapa

p/s: dedikasi buat sabariah mohamad
 terima kasih atas gelaran itu sungguh aku terharu.
mari sama-sama kita nyanyi lagu rindu
mama i love u selalu
p/s/s: baik-baik di sana
p/s/s/s: just make a wish if u want a 'kerepek'

REPUBLISH SEHIJAU WARNA DAUN

salam
auto publish
aku pinjam tajuk ini bukan untuk aku berpuisi
siapa tahu?
angkat tangan
SEHIJAU WARNA DAUN
tempat ke 2 untuk PUISIDRA (PUISI DAN DRAMA) - memori 2003
beberapa hari sebelum kematian cikgu matematik kita
menaiki lori
baring di bawah terik mentari
di pentas berhari-hari
menanti giliran
tapi tidak menjadi johan
mencipta piramid yang berpusing sendiri
ah!!!
konon orang kagumi
aku cuma gunakan motor hadiah hari jadi
itulah hasil kreativiti
saat aku menayang slaid yang tersusun elok dari komputer riba
saat aku menyalakan api dari penunu bunsen bersama penyembur aerosol
(seperti api naga)
dalam hikayat Dinasti Cheng
cukup!!!

__________________________________________________

sehijau warna daun
stoma
klorofil
kloroplas
xilem
floem
hilang semua yang dulu ada dalam kepala
noktah
ada sesiapa nak tambah?
encik mamat bukankan kau ada semua memori
atau masih menyesuaikan diri dalam kubikel itu?
cik ekin kamu juga...
ada saat itu...
lengkap sudah metamorfosis kamu?
singgah SINI saat mengenang kembali
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...