GENG LENSA HIDUP

05 April 2014

EH... MAMA PAKAI PAMPERS

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

My son sejak2 dah reti dan petah bercakap ni banyak getul songehnya... nampak mama ambik pad a.k.a tuala wanita...

Ahmad: eh... mama pakai pampers
(Aku sengih je)
Ahmad: eee ucuknye... mama kencing

Sabo je la... tapi comel bila tengok keletah anak2 ni... ade je yang nak ditegur... keja2 mama ape ni... eh mama ape tu... 

My son dah 2 tahun 8 bulan
My daughter dah 1 tahun

We are so happy complete each other =)

04 April 2014

ANTARA LOKASI PANAS!

Assalammualaikum

Antara lokasi panas yang kebanyakan orang hilang selipar... he3

Tajuk seperti hampeh.... tapi ini adalah fakta...

Antara lokasi yang sering kita mudah kehilangan kasut dan selipar...

1) rumah yang ada kenduri kahwin (yang ade rewang2 ni)... selipar atau kasut baru boleh kena curik... atau dipijak2 sampai lunyai...

2) masjid... tak payah la pakai kasut atau selipar baru masa gi masjid... bapak aku bukan setakat hilang selipar je... 2 biji motor pun penah hilang kat masjid....

Ape la untungnye guna barang orang lain.... atau ambik barang orang... tak faham aku dengan orang tak kisah ape jadi kat orang tu lepas ko ambik barang dia...

Haishhh ok babai =)

APA ITU SAINS GEOMATIK - SEGMEN HALA TUJU SELEPAS SPM

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Mesti ramai yang masih tercari-cari hala tuju selepas SPM... ye tak? Aku just nak share satu kos yang dipanggil Sains Geomatik... kos yang aku pernah ambik satu masa dulu...

Sonang cito kos ukur...

Ukur ni bukan setakat ukur tanah je... kapal terbang nak bergerak kat udara pun kita kena kira berapa lama masa yang diambil jika guna laluan A atau B... dan kita kena pilih laluan lebih singkat masanya kurang halangannya...

Kat laut pun ade jugak ukur mengukur ni... kedalaman laut yang sesuai untuk proses cari gali petroleum... dan sebagainya...

Sebab tu bila ambik kos matematik dan fizik kena power... kalau tak berapa power... kena banyak buat latihan... (aku memang malas... sebab kalau mengira jawapan boleh pusing2 tu betul lah... confirm full mark... ) tang bina2 ayat ni aku lemah sikit... tapi kos ni memang kurang la membina2 ayat ni...

Antara subjek yang korang akan ambik adalah

Engineering survey
Fundamental survey
Hydrography survey
Geodesy
Cadastral survey
Remote sensing
Photogrammetry survey
Cartography
Computation
Mathematics
Physic

Dalam banyak2 subjek... subjek compute @ computation survey la yang paling aku suka... tak payah reference book pun... just a calculator,  pen, and paper... sebab jawapan hanya angka2 je... satu atau dua soalan je yg ade kena guna ayat... tapi dalam final memang aku tak jawab la soalan cam tu... bila ade bina ayat2 ni...

Faham, boleh imagine... in sha Allah boleh dapat A

Subjek lain pun seronok jugak... sebab kami ade belajar nak analisa satellite image... process image satellite.... sistem sonar... ehhh pendek kate memang best dan lasak la...

Confirm sun burn setiap kali turun site... =)

Aku bu

Tapi aku memang tak kisah pun burn2 ni... haha

Lepasan SPM, LEPASAN STPM, LEPASAN MATRIKULASI semuanya boleh cuba memohon untuk kursus ni...

Yang penting minat =)

Antara universiti yang ade tawarkan kos ni adalah UTM dan UiTM...

MAK SAJE YANG BETUL!!!

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu...

Pernah kena bebel dengan mak?
Pernah kena nasihat macam2 dengan mak?
Pernah mak asyik komen itu tak kena.... ini tak kena...

Pernah tak?

Yup jawapannya pernah...

Hakikatnya...
Hati seorang mak mahu dirinya jadi contoh yang terbaik buat anak2
Hati seorang mak nak anak2nya melihat setiap tindakannya betul
Pendek kata mak mahu jadi contoh buat anak2nya...

Biarpun pada hakikatnya bukanlah perfect dan tindakannya tidaklah semua betul =)

Bila seorang perempuan dah jadi seorang ibu atau mak mereka akan rasa perasaan itu... perasaan mahukan hanya yang terbaik buat anak. Mahukan anak yang menurut katanya... kerana mereka akan rasakan mereka sudah buat pilihan terbaik... untuk kebaikan anak2nya

Itu hakikat...

Dan sebagai ibu2 muda dan ibu2 yang hidup pada zaman globalisasi ni... kita kenalah sentiasa bertoleransi dengan anak2... dan sentiasa memberi ruang dan peluang untuk anak2 melontarkan pendapat dan idea mereka. Dan yang paling penting kena alert dengan teknologi yang digunakan anak2 dan pastikan kita lebih arif daripada mereka... 

Ibu bapa mesti peduli agama
Ibu bapa mesti peduli teknologi

01 April 2014

LAGI KISAH KUCING TERLARA

Assalammualaikum

Hari ni je sibuk isu pasal kucing yang kena bunuh dengan racun... kucing yang diracun dengan sengaja...

Pada aku kalau nak ade pet... make sure diri tu mampu... bukan setakat mampu bagi makan je... mampu jaga haiwan yang ko bela supaya tak menyusahkan orang lain...

Tak biar merayap2 kst umah tetangga... al maklum bukan semua jiran suka dengan haiwan ko... tak kira la ko bela kucing ke, anjing ke, ular ke, beruang ke, burung ke...

Korang kena ingat adab dengan tetangga... jangan disebsbkan haiwan peliharaan ko tetangga jadi sakit hati...

Then... make sure ko mampu sediakan tempat yang selesa untuk haiwan ko menginap... maksud aku tido.... berak... makan...

Nanti tak de la jiran yang sakit hati haiwan ko berak merata2... kencing merata2... so, jika korang tak mampu sediakan tu semua... lebih baik ko tak yah bela pet. Just bagi makan hari2 pun dah ok... bagi makan kat kucing liar ke... anjing liar ke... 

Dan sesiapa yang mudah sangat angin dengan haiwan seperyi kucing atau anjing yang suka berak2 dan kencing2 merata2.... hang pa kena ingat binatang tu semua tak berdosa... kita ni yang banyak dosa pun ALLAH bagi macam2 nikmat... Belajarlah bersabar


Semoga kita semua masih ade sifat ihsan sesama makhluk =)




31 March 2014

KELEBIHAN JANGGUT PADA SEORANG LELAKI

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu =)

Antara kelebihan janggut buat seorang lelaki adalah...

1) menampakkan kelelakian
2) lebih handsome dan berkarisma
3) penampilan lebih soleh
4) membezakan lelaki sejati dengan lelaki tak sejati eheh ye ke?
5) lebih diminati wanita
6) mempunyai manfaat kesihatan
7) mencontohi fizikal tokoh2 pemimpin dahulu

Antara kata2 dan hadis baginda Rasulallah saw... berkaitan janggut:

"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu"
(Hadis Riwayat Bukhari)

"Janganlah kamu menyerupai orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu"
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

"Jangan kamu meniru (menyerupai) orang Majusi (menyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memenjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka"
(Hadis Riwayat Muslim)

Janggut itu adalah di antara sunnah Rasulallah saw =)

27 March 2014

BILA AGAMA DIDAGANGKAN

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Kini manusia sanggup berniaga dengan nama agama...

Jus dengan bacaan ayat suci al quran lah
Ayam yang didengarkan ayat al quran lah
Kem tahfiz cuti sekolah lah

Kos untuk membeli atau menghadirinta kadang kala mencecah ratusan ringgit... ade setengah tu bila mengaku tadika tahfiz je automatik kos pendaftaran je mencecah ribuan ringgit...

Eh tah macam2 lagi lah... dan bila diselitkan nama agama, tahfiz, al quran je... kos untuk menghadiri sesuatu program atau kos untuk membeli barang tersebut akan menjadi lebih tinggi daripada produk yang biasa2 sahaja...

Seolah2 agama sudah diperdagangkan...

Setahu aku zaman dulu guru mengaji tak de langsung minta jumlah tertentu untuk dibayar... hanya terima jika ada yang memberi...

Dan pada aku ibu bapa sangat penting miliki ilmu agama agar dapat mendidik anak dengan tangan mereka sendiri...

Ha3 silap2 nanti panggil mintak bacakan doa je dah kena bayar ribu2 =)

Semoga kita semua dijauhkan daripada sifat sebegini...

Wallah hua'lam



TIPS MEMBELI RUMAH

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat selalu

Kali ni aku nak share beberaps tips membeli rumah...

1. Selidik latar belakang pemaju untuk elak projek pembinaan terbengkalai. Kalau nak selamat beli je rumah yang dah siap. Macam ayah aku buat gitu la...

2. Ketahui status rumah anda pegangan bebas (free hold)... atau lease hold... better pilih free hold... sebab akan jadi hak korang sampai bila2

3. Pastikan lokasi rumah jauh daripada loji kumbahan dan risiko banjir...

4. Tidak terlalu jauh dengan sekolah, dan lokasi penting yang korang rasakan perlu.

5. Pastikan perjanjian jual beli s&p dibuat dengan sempurna.

6. Kalau nak buat renovation... lebih baik buat sebelum kita pindah masuk... ia lebih senang.

7. Jika berkemampuan pilihlah rumah yang diperbuat daripada jubin yang berkualiti, material mangkuk tandas yang tahan, siling yang berkualiti, tengok rumah contoh dengan lebih teliti.

8. Dan yang lain2 boleh tambah sendiri jika perlu.

* Perkara paling penting adalah perkara nombor satu dan dua


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...