GENG LENSA HIDUP

23 August 2014

MINI SLIMMING CORSET RM16 SAHAJA!!!

NAK KURUS??
NAK SEMBUNYIKAN LEMAK??

PEMAKAIAN YANG KONSISTEN AKAN MEMBERIKAN BENTUK BADAN YANG MENARIK...

JOM BELI!!!!
MURAH JE =)

MURAH DARIPADA SHOPPING MALL
MURAH DARIPADA ONLINE SHOP LAIN =)



RM16 FREE POS SEMENANJUNG
POS RM6 SEM/ RM9 SABAH & SARAWAK

free size muat dari 26inci-40inci pinggang

WHATSAPP 0129552047

22 August 2014

PENCUCI PINGGAN MANGKUK TERBAIK!!!

Assalammualaikum...

semoga semuanya bahagia dan gembira... melalui hari-hari anda... aku agak sibuk sejak hari isnin hari tu... al maklum... isnin 18 ogos 2014... rumah kami ade buat open house... dan aku sangat la busy... sebab kena masak... menu special haha...

macam tak caye je aku boleh masak dalam jumlah yang banyak... nasi tomato, ayam masak merah, jelatah timun dan nanas, sup kambing, air sirap selalsih dan sandwich...

dan my hubby memang sangat membantu... sampai la habis majlis... luv u dear....

then... untuk pertama kalinya juga aku gunakan pencuci pinggan mangkuk JOY... memang superb dan terbaik... biasanya kami guna Sunlight atau Axion je... then masa raya hari tu my sister in law... (along) cakap guna joy memang bagus... then mase shopping hari tu... my hubby pun beli la skali...

serius... memang sangat bagus dan menjimatkan dan bagus untuk tanggalkan kotoran degil... tak percaya... korang boleh cuba... =)

even harga memang agak mahal... tapi memang superb!!!

16 August 2014

SAH!!! IKAN PATIN DIBERI MAKAN BABI

IPOH: Ujian DNA ke atas sampel tulang haiwan yang ditemui dari sebuah kolam ternakan ikan patin di Jalan Ipoh Batu Gajah bulan lalu disahkan tulang babi.
Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Ahamad Sabki Mahmood berkata, laporan pengesahan itu diterima daripada pihak Jabatan Kimia, Petaling Jaya, Selangor pada 8 Ogos lalu.
Ahamad Sabki berkata, sampel tulang berkenaan diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis pada 10 Julai, selepas pendedahan isu ikan patin diberi bangkai babi tersebar di media sosial Facebook dan akhbar sejak 7 Julai.
Beliau bagaimanapun berkata, sehingga kini pihaknya tidak dapat mengesan pemilik kolam berkeluasan 0.4 hektar itu kerana dipercayai sudah melarikan diri.
Katanya, pemantauan turut mendapati ladang itu kering dan sudah ditinggalkan.
Berikutan kes itu, Jabatan Perikanan bekerjasama dengan pihak kerajaan negeri termasuk negeri lain supaya semua ladang ternakan akuakultur didaftarkan dengan jabatan itu untuk tujuan pemantauan termasuk jenis makanan dan kemungkinan penggunaan bahan kimia lain yang menyentuh isu halal dan keselamatan.
sumber: BH online

MEMANG SIFAT WANITA

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

tajuk agak gempaq... point asalnya nak cerita soal kebanyakkan wanita biasanya memang agak teliti.... 

bila nak raya...
orang perempuan la sibuk nak cari baju sedondon anak beranak... even tak betul-betul sedondon... tapi masih dalam tona yang serupa... my hubby pun... layankan aje.... nak nak bila dah dekat nak raya... kih3... dan macam mesti baju sedondon... 

baju anak...
kalau hubby aku yang pakaikan baju anak-anak... asal boleh pakai je... kompom dia sarung je... tak kira la seluar hijau... baju kuning ke... haishhh... sebab tu aku suka keluarkan pakaian anak-anak siap-siap.... nak-nak bila aku nampak my hubby dah start mandikan anak-anak... aku akan stand by pampers dan baju-baju diaorang.... 

bila nak jalan....
aku ade baju yang guna untuk gi jalan... khas... untuk gi jalan je... contohnya jubah, baju kurung, baju kurung moden, kebaya dan jeans... juga skirt...

bila kat umah...
of coz la lain fesyen nye... aku pakai legging... aku pakai skirt... aku pakai baju fit... haha... 

bila nak tido...
aku ade baju tido khas... ade yang berzip sesuai untuk mummy yang breastfeeding baby... ade baju tido mickey mouse... ade baju tido doraemon... my hubby selalu cakap... kat anak aku... ni kalau mama lalu ni mesti dia nak beli... banyak baju tido kartun... (-_-)

tapi pada aku kebanyakkan perempuan memang cam tu... memang naluri gitu.... haha... kalau lelaki... depa memang tak kesah... asal boleh je... semua ok... macam my hubby... kalau dia tak nak shopping baju... biasanya aku tolong shoppingkan... baru la colorful sikit... kalau nak bagi stail macam aku... aku kena keluarkan pakaian dia awal-awal sebelum dia siap mandi...

semua letak atas tilam... baju, seluar, spender... singlet... dan lain-lain...

SWEATER MURAH DAN CANTIK!!!

SWEATER WITH HOODIE







GERENTI PUAS HATI!!! BERBALOI-BALOI =)

RM30 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM5

WHATSAPP 0129552047

LENGTH: 70CM
BUST: 109CM
SHOULDER: 50CM
SLEEVE: 69CM
ARM HOLE: 49CM
SIZE: FREE SIZE FITS UP TO L
MATERIAL: SWEATER COTTON

LIKE & SHARE: Infinity On9 Shop

15 August 2014

HARUM MALAM BERACUN!!!

untuk dapatkan kepastian korang bolehlah refer kepada pihak berwajib...
dan jika ragu-ragu tak payah beli je terus... sebab pada aku nak sihat bukan boleh dapat sekelip mata je... kena ade penjagaan dari awal lagi...

baik makan ulam-ulam... minum jus semulajadi.... banyakkan minum air kosong... daripada minum jus yang tak pasti asal usulnya... produk yang hanya nak raih keuntungan dengan mudah...

hmmm bye =)

CARA ERATKAN HUBUNGAN KELUARGA

Assalammualaikum....

hubungan keluarga... sangat penting... terutama antara emak, ayah dan anak-anak... itulah keluarga kecil kita... masa yang ada mestilah dimanfaatkan untuk keluarga... cari nafkah untuk keluarga... beriadah bersama keluarga... bercuti bersama keluarga...

mungkin bapa kadang kala sibuk mencari rezeki di luar... tapi si ibu jangan pula abaikan anak-anak... selalulah hiburkan hati mereka dengan perkara bermanfaat... kerana ini semua boleh mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga...

antara aktivitinya...

membaca:
membaca bersama anak-anak, mengajar mereka membaca, mencari material untuk dijadikan bahan bacaan... ajar anak baca iqra', ajar anak bahasa ibunda, ajar anak bahasa antarabangsa... ini semua aktiviti yang menyeronokan bagi anak-anak... dengan kos yang paling minimum...

bersiar-siar:
setiap hari pastikan anda beri peluang anak-anak untuk bermain diluar rumah dan bawa mereka bersiar-siar... menaiki kereta... motosikal atau berjalan kaki.... sambil-sambil tu boleh berbual-bual dengan mereka... untuk uji pengetahuan mereka tentang alam sekitar.... jika ada anak kecil boleh tanyakan kepadanya... itu apa? mana pokok manggis? dan lain-lain... secara tak langsung mereka dapat belajar, beriadah dan juga hubungan antara ibu dan bapa semakin erat...

bermain:
bermain saidina... uji ilmu matematik anak... bermain catur... uji ilmu strategi anak-anak... main permainan yang boleh libatkan ramai orang... lagi bertambah meriah...

masak bersama:
antara suami dan isteri... anak-anak juga boleh turut serta dengan pengawasan ibu bapa... nanti anak-anak anda akan kenal yang mana satu gula... garam... bawang merah...dan lain-lain bahan-bahan dapur... - my son ahmad (3 tahun)... memang suka teman mama nya ke dapur... kicap adabi... kurma safiya.... bawang merah... minyak masak... tumis... goreng... hampir semua hal ehwal dapur dia tau... sampaikan cita-cita nak jadi chef... pakar masak katenye la...

mengemas:
ajak anak-anak, suami juga tolong mengemas... ini boleh membentuk dan mengasah kreativiti.... dalam kemahiran meminimunkan penggunaan ruang... mengguna semula perkakas rumah... mengajar mereka perasaan menghargai... hasil usaha orang lain mengemas.... melatih mereka untuk jadi pengemas... dan berdisiplin...

bercuti:
jika ada bajet lebih... bolehlah bawa keluarga anda bercuti di dalam negara atau luar negara... untuk belajar mengenal budaya dan cara hidup di tempat lain... selain menikmati pemandangan yang baru... dari lokasi tempat tinggal anda...

sebenarnya banyak lagi perkara yang kita boleh lakukan bersama ahli keluarga... bagi mengeratkan hubungan kekeluargaan... dan hargailah keluarga yang kita miliki... kerana itu semua pinjaman sahaja... sampai masanya mereka akan pergi meninggalkan kita... dan yang tinggal cuma kenangan... jadi coraklah kenangan dan memori yang indah bersama mereka...

sekian...

my hubby memasak menu special... ikan keli panggang dengan mangga...

anak-anak gembira dapat bermain kat luar

masa kat army museum PD

on the way to Teluk Gorek...diaorang suka turunkan seat depan samapai habis... then duduk berdua kat atas tu... =)

mengaji iqra'

singgah makan kat sagil... masa on the way balik kampung lepas one week holiday... 
Kuala Selangor - Port Dickson - Segamat

i love my family... kalau cite pasal family hubby gua boleh jadi sedih kih3...
actually my hubby sayang kat wife dia ni... sebab tu sanggup buat apa saja untuk bini dia... 
"abang akan usahakan apa permintaan sayang selagi mampu"

Alhamdulillah syukur =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...