GENG LENSA HIDUP

10 September 2014

UNIVERSITI ADALAH LUBUK DUIT

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

berdasarkan pengalaman aku la... masa zaman study la masa kita boleh duit... terutamanya bagi mereka yang tinggal di hostel....

kenyataannya adalah benar!

berdasarkan pengalaman aku la...
masa study dulu aku memang sukakan PC dan laptop... so... semester 1 masa kat Arau... aku ade beli PC...

then masa kat Shah Alam aku ade beli laptop... haaaa.... kisah bisnes aku bermula masa aku kat Shah Alam... aku pernah ada 2biji printer... yang pertama... tak banyak jasa... dah rosak... yang second sangat berjasa... sebab aku pun ade ambik tau cara macam mana nak take care printer.... hehe...

supaya dengan hanya sebiji printer... kita boleh menghasilkan duit yang banyak... hu3... boleh la guna untuk berjoli-joli... atau masa kita memerlukan... masa tu aku dok kat kolej Mawar UiTM shah alam... zaman aku tu ramai dah yang suka berniaga... jual topup... jual makanan ringan... kerepek letak dalam box... pastu ade bekas duit... dan ade tulis dekat box (sebungkus RM2)...

dan pelbagai bisnes lagi...

aku pulak sibuk dengan printing bisnes... kenapa aku kata sangat efficient masa dok hostel? sebab coursemate ramai... dan budak bilik-bilik sebelah pun ramai...

realitinya...
bukan semua spesis rajin... masa di alam Universiti ni... so.... mereka akan suka lengah-lengahkan nak buat assignment... hahaha... esok nak hantar... malam ni baru nak buat... dan mereka akan datang bilik aku sampai 2 , 3 pagi pun ade...

so? mana nak cari printer? aku ade... =)

disitulah bermulanya printing bisnes aku...

nak nak... course kami ni memang banyak assignment yang nak kena print out... hu3... lepas buat calculation geodesy... kena print details... buat cadastral... buat assignment macam-macam lah...

print hitam putih biasanya RM0.20
print warna biasanya RM0.50 paling rendah... bergantung pada penggunaan warna untuk satu page...

then, aku akan guna duit tu untuk rolling beli ink... aku beli ink yang tak ori je... tapi tak boleh la selalu guna yang tak ori kang rosak plak printer aku... dalam sebulan... sekali aku akan bagi printer aku makan ink ori... hu3

aktiviti tu berjalan seperti biasa sehingga la aku dah tak duduk hostel...

serius... bagi mereka yang kreatif mencari peluang... ang memang boleh cakap UNIVERSITI ADALAH LUBUK DUIT...

ni masa aku jogging kat Taman Tasik Shah Alam...

08 September 2014

BUDAK KAMPUNG PERASAN BANDAR

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera.... di samping keluarga tercinta...

budak kampung perasan bandar... korang pernah tak terjumpa dengan orang yang bila kita bercerita isu ala-ala kampung sikit... dia akan cakap dia tak tau... atau pun tak pernah dengar...

dengan nada separa berlagak dan memek muka sedikit riak...

contohnya....

seseorang mengaku tak tau apa itu FELDA....
OMG... pada aku tak perlu la buat muka riak dan bajet bandar kalau tak tau apa itu FELDA... sebab kalau kau duduk Malaysia masih tak tau tu semua... kau dah jatuh kategori IQ rendah.... sebab setahu aku FELDA ni kita dah belajar masa KAJIAN TEMPATAN sekolah rendah lagi....

orang tak kan cakap ohhh kau budak bandar ye?

sepatutnya orang akan tanya kau sekolah sampai darjah berapa?

so please la... jangan memalukan diri sendiri dan bajet bandar sangat =)

chill!!!

nota: bukan lah nak mengata sangat.... tapi please sedar diri heh?

ini budak kampung tulen haha =P






RESEPI KEK JIMAT TELUR!!!







BAHAN-BAHAN

1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 cawan minyak masak 
2 cawan tepung naik sendiri (blue key)
1 cawan susu cair
esen vanila / serbuk coklat/ perasa kopi/ bubuh la pa yang anda suka

CARA-CARA 

kisar telur bersama gula kastor (aku guna blender je)
lepas tu campurkan susu cair dan minyak blend lagi

tuang campuran tersebut dalam mangkuk
masuk kan tepung yang diayak sedikit demi sedikit
dan masukkan juga perasa yang anda inginkan

panaskan oven pada suhu 150 darjah celcius lebih kurang 10 minit
api atas bawah beserta kipas
lengser loyang dengan margerin
tuang adunan ke dalam loyang
dan bakar selama 45minit atau hingga masak

nota: gunakan lidi untuk merasa sama ada kek anda dah masak atau belum

anak-anak aku suka sangat...
anak-anak jiran pun tumpang sekaki

buat pagi tengah hari dah habis =)

07 September 2014

SEGMEN BERSAMA DR. R HOT.FM MEMPERSENDA PEMANGGIL

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera...

dah beberapa kali aku dengar kat Hot.FM... satu segmen bersama Dr.R... i know he is Rosyam Noor...
dan ramai pemanggil yang berminat untuk berkongsi masalah bersama Dr.R.... almaklum la suara keluar radio hot kan...

tapi pada aku jawapan-jawapn daripada Dr. R lebih kepada mempersenda pemanggil... dan memberikan jawapan 'main-main'

then, pemanggil kena gelak ramai-ramai dek Dr.R dan deejay bertugas.... so annoying pada aku la... =)

dan lagi satu...
si pemanggil tu pun satu... dah tau Dr. R tu tak serius... bagi pendapat buat apa lah pi tanya lagi soalan yang kritikal kat Dr.R tu....

pada aku ni satu slot yang tak membina minda untuk rakyat Malaysia... lebih baik dengar IKIM.FM atau pun bukak radio klasik haha...

ok babai just my 10 cents opinion

=)


SHAKLEE KENA KECAM

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

supplement daripada shaklee sekali lagi dikecam dan menjadi viral di media sosial. sepanjang pengetahuan aku... produk yang berasaskan soya... sememangnya wajar dikurangkan pengambilannya...

kerana ia adalah sumber bermulanya pelbagai masalah... mungkin sekarang kita tak rasa... next time atau after a few years... tak kira dalam bentuk supplement atau sebarang sumber makanan berasaskan soya...

seperti tempe, kicap, tauhu, air soya dan lain-lain...

antara penyakit yang disebabkan soya adalah sakit sendi... kurang subur(bagi lelaki), fibroid, cyst, dan punca meningkatnya penyakit was-was... (berdasarkan buku rujukan)

berdasarkan pembacaan aku... mengikut buku yang berdasarkan sains dan islam... jika kita ikut mat saleh... semua produk keluaran mereka sangat bagus... dan mereka sering twist dengan mengatakan makanan kegemaran Rasullullah adalah pelbagai punca penyakit... ye tak?

macam kambing, garam dan kopi...

of course la mat saleh nak melariskan produk mereka seperti oat, soya, minyak bunga matahari... dan lain-lain lagi...

minyak bunga matahari sama je cam minyak sawit... termasuk dalam kategori minyak sayuran... so kita jangan la terpengaruh dengan propaganda mereka... 

sepanjang pengetahuan aku... dalam agama juga galakkan kita utamakan makan makanan yang ada di negeri kita... (negara) negara kita ade beras... makan la beras... negara kita ade sawit... gunalah minyak sawit...

tak salah nak makan oat... tapi bukan la pagi petang siang malam mengadap oat... seperti mana yang diwar-warkan oleh mat saleh tu... mujur kini telah ramai saintis Islam dan doktor yang berpaksikan agama Islam... dan tidak percaya bulat-bulat penyelidikan mat saleh... yang cuba meletakkan dalam fikiran kita semua daging kambing tu bahaya boleh sebabkan darah tinggi... hakikatnya daging kambing adalah daging paling rendah kolestrol...

begitu juga kopi... sebagaimana yang diwar-warkan... boleh sebabkan darah tinggi... dan hakikatnya mat saleh memang tak kan terlepas dengan hidangan kopi setiap hari... boleh dikatakan dalam setiap filem mat saleh ada saja secawan kopi di tangan...

dan soalan dalam filem yang sering ditanya adalah "you want a coffee or tea?"

betul atau tak?

renung-renungkan...

sekian

catatan 6/9/2014 pada 1:18 PM





06 September 2014

AGEN JAMU SERI DEWI MALAM






WHATSAPP/SMS 0129552047

UNTUK MENDAPATKAN KONSULTASI PERCUMA
DAN BEST PRICE DARIPADA KAMI

BELUM CUBA BELUM TAHU

PRODUK KAMI 100% SEMULAJADI

HALAL BERSIH DAN SUCI

TESTIMONI HANYA DIKONGSI MELALUI WHATSAPP TQ

FESYEN RAMBUT ANNA DAN ELSA FROZEN






macam susah je nak wat nye...
=)

05 September 2014

MASTER OF MULTITASKING

Assalammualaikum...

semoga hidup kita sentiasa diberkati =)

wanita yang bergelar ISTERI, IBU, PEKERJA...

isteri atau ibu...
yang anda panggil sayang, dear, anje, baby, mummy, mak... atau apa sekalipun panggilan terpaling baik dan terpaling manja...

mereka tetap punya komitmen yang sangat banyak =)

mereka miliki MASTER OF MULTITASKING.... biarpun tak diiktiraf oleh mana-mana pertubuhan atau NGO... atau apa sekalipun... maksud aku... tak ada certificate... tak de cop rubber stamp.... tak de signature daripada Naib Canselor dan... lain-lain...

tak de hard copy untuk pemilik MASTER OF MULTITASKING =)

tapi mereka lah yang bersusah payah.... bangun awal pagi... nak kemas rumah... siap kan sarapan... membasuh pakaian... pergi kerja... (bagi yang berkerja)... uruskan anak-anak... dan sungguh long listed untuk disenaraikan... even belum ada anak sekalipun mereka masih juga multitasking... cuma bila ada anak dah menjadi super duper multitasking....

bagi isteri dan juga ibu...
mereka akan bekerja 24 hours 7... untuk memastikan segalanya dalam keadaan baik... biarpun hakikatnya sangat meletihkan.... kerana itu juga isteri dan ibu dilarang sakit =)

jika mereka sakit... kerja akan terbengkalai.... dan sesudah sihat daripada sakit... akan rasa macam nak sakit semula bila tengok keadaan rumah yang terbengkalai... huhu

anda bayangkan... jika isteri anda goyang kaki je...

gerenti bilik air berdaki...
bersepah sana sini...
anak-anak terbiar...

memang ada suami yang akan take over... tetapi masih tak sama... melainkan suami mampu sediakan pembantu rumah... haha memang isteri boleh goyang kaki =P

ini terjadi pada wanita yang sudah berkahwin... juga pada wanita yang memiliki anak...

cuba anda bayangkan...
bila dah siap berkemas tetiba anak-anak dok menyepah pulak...
dah siap mandikan dan kemaskan anak... ade yang terberak pulak...
bila bagi anak makan... anak makan bersepah pulak...
ehhh... macam-macam marathon kerja umah yang kena buat...
sambil-sambil tu... kena basuh pakaian... jemur pakaian... lipat pakaian... memasak, basuh pinggan, sapu sampah, buang sampah, hahaha... banyak lagi yang belum tersenarai...

tu belum lagi... husband yang jenis tanggal pakaian sepah-sepah... tu belum lagi kes suami jenis baran... tu belum lagi kes suami asyik layan HP...

jadi hormati dan sayangi wanita yang bergelar ibu dan isteri yang ada disekeliling anda... dan PERCAYALAH berkahwin itu bukan sekadar PELUK DAN CIUM... tapi jangan sampai takut nak kahwin pulak... sebab kahwin ni best biarpun banyak komitmen huhihui =)

icha tolong ayah kupas bawang... pastu mama masak...

apa yang penting?
KERJASAMA =)


betul tak??





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...