GENG LENSA HIDUP

28 September 2014

NOSTALGIA BLOGGER

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat selalu...

aku mula berblog pada tahun 2009... blogspot bukan la medium pertama aku... mula-mula aku guna 'Friendster', dan kemudian 'Yahoo' tak silap aku... lepas tu baru aku guna blogspot...

2009 merupakan tahun percubaan bagi aku... dan 2010... memang sangat seronok.... dan penghujung 2010 aku pun bernikah.... so agak slow la sikit... sampai ke 2013 dan 2014... aku mula aktif kembali...

masa tahun 2010... sangat ramai blogger baru... tumbuh bagai cendawan selepas hujan... masing-masing berlumba-lumba untuk menghasilkan blog yang terbaik... belajar mengenai SEO... bagaimana cara nak tingkatkan trafik dengan penulisan... memang hari-hari ade je blogger baru... dan geng-geng aku pada awal 2010... ada yang semakin sukses dan ada yang mula menyepi...

antara rakan-rakan blogger yang selalu lepak sesama kat kedai kopi 'maya' adalah  blogger...
Cik Tom - www.ciktom.com
Zaer, Yuyu, Mankete, Jeman Beragas, Mak a.k.a Lagenda Mahsuri dan lain-lain... banyak suka duka kami sesama... bergurau, berkongsi ilmu, bergaduh... hahaha memang sangat nostalgia....

masa tu masih single... so depa  call me MissXYZ.... now just XYZ...

nak cari idea untuk taip blog setiap hari... ilmu untuk tarik pembaca... kepentingan komen daripada pembaca... belajar mengenai SEO... dan lain-lain... banyak ilmu yang dapat ditimba... kebetulan aku memang sangat suka dengan komputer dan internet...

memang tak dapat dipisahkan... tak de handphone ok lagi la... tapi kalau tak de komputer dan internet... huhuhu rasa suram... 

semoga aku dapat berkongsi sesuatu yang bermanfaat...



27 September 2014

KOMIK YANG MEMBINA MINDA ANAK

Assalammualaikum...

semoga semuanya sihat sejahtera... dan gembira di samping keluarga tersayang...

kali ni aku nak share mengenai komik... komik yang aku maksudkan adalah komik korea yang dialih bahasa kepada bahasa melayu...

komik ni sangat bagus untuk anak-anak anda... selain siri conan dan shin chan.... kenapa aku suka siri conan?

sebab ia adalah komik yang berbentuk penyiasatan... yang ada umphhh... haha... kenapa aku suka shin chan? sebab keluarga shin chan ni selalu je ada macam-macam masalah... tapi at the end of the story adalah happy ending... walaupun mama shin chan garang dan banyak lemak... papa shin chan dan shin chan yang gatal... himawari yang tak reti duduk diam... tapi tu semua menjadikan keluarga mereka bahagia... wink wink wink... =)

ok... berbalik kepada siri komik baru yang aku maksudkan.... komik ni aku da mula baca masa 2010... sebelum aku kawin lagi... aku dah ade 7 siri komik ni... siri KOMIK SAINS IKHTIAR HIDUP... dan ade banyak tajuk.... sampai lah sekarang... komik ni ade menceritakan mengenai aplikasi sains dalam kehidupan seharian...

bagaimana terjadinya kudis?
apa warna darah serangga?
apakah elemen dalam darah kita?

dan macam-macam lagi ilmu yang diajar... jika kita berhadapan dalam keadaaan yang sukar... macam mana nak atasinya.... huhuhu

tahun ni aku dah mula balik baca komik ni haha... tapi dah tak berapa sempat... sangat... al maklum la... nak berniaga online lagi... wat kerja umah lagi... nak taip entri blog lagi...

tapi komik ni la yang aku cadangkan korang bagi anak korang baca... daripada beli komik BEN 10, atau komik yang tak membina minda anak-anak... biarlah anak korang dapat berhibur sambil belajar...



kat mane nak dapat komik ni?
ada di kebanyakkan kedai buku...
seperti POPULAR & MPH



TOLONG!!! ATOK-ATOK HENTIKAN TABIAT INI...

Assalammualaikum....

semoga semuanya sihat selalu....

uuuuuuuuuuuuuu
tak kelasssssssssssssssssss la makan ubi rebus.... kembang tekak aiiiiiiiiiii...

uuuuuuuuuuu
tak kelassssssssssssssssss la minum susu mummy.... macam orang tak duit jeeeeeee...........

uuuuuuuuuuuuuuu
tak kelassssssssssssssssss la masak sendiri kat umah..... nanti orang kata kita tak duit nak beli pizza, subway, KFC, McD....

jika difikirkan kelassssssssssss
jika difikirkan malasssssssssss

memang... manusia suka yang segera dan pantas.... hmmmm... tapi kesan sampingannya memang kelasssssssssssssssss....

gula-gula...
jajan...
coklat...
aiskrim...

mi segera...
minuman soda...
KFC...
McD...
Pizza Hut...
Subway....

sosej...
nugget...
fishball...
meatball...

susu formula...

semua makanan tersebut memiliki pengawet... tapi... inilah makanan yang paling mak-mak, bapak-bapak, atok-atok, nenek-nenek suka bagi kat anak-anak dan cucu-cucu...

KONONNYA nak bagi mereka diam... nak gembirakan mereka... dan lain-lain alasan...

STOP tabiat begini... kerana ia akan merosakan anak-anak dan cucu-cucu anda secara perlahan... menjadikan anak mudah alahan, mudah hyperaktif... antara punca penyakit buah pinggang, kencing manis di usia muda... dan lain-lain penyakit merbahaya...

kerana di dalamnya terdapat sunset yellow, penstabil makanan, tartazine, pemanis tanpa zat dan pelbagai lagi bahan yang telah dibuktikan secara saintifik yang ia sangat bahaya =)

so...
please beware with this food...

banyak alternatif untuk anda gembirakan cucu-cucu anda dengan makanan... gantikan dengan sayuran yang dipotong cantik... untuk membangkitkan selera makan dan dijadikan snek... gantikan dengan buah-buahan... yang manis... tetapi manisannya tidak merbahaya kepada kanak-kanak...

antaranya...
kurma coklat
salad buah-buahan
salad sayuran
kismis
keropok bayam
sate buah-buahan mungkin.... =)

lately... sangat selalu lihat anak-anak kecik memiliki masalah alahan... pada kulit... masalah pernafasan... terlebih aktif(aktif tak bertempat) dan lain-lain gejala... seperti kanser darah... kanser hati... kanser otak...

sebenarnya junk food ni juga tak sesuai untuk orang dewasa bukan sahaja kanak-kanak yang tak sesuai... tapi untuk orang dewasa mereka boleh menilai... tetapi jika diberikan pada kanak-kanak mereka hanya terima dan makan tanpa memikirkan apa-apa... so, kita yang dewasa ini perlulah membuat pilihan yang terbaik untuk mereka....

bergurau dengan anak-anak dan cucu juga boleh menggembirakan hi3

nota: please jangan mudah terpengaruh dengan jus-jus ada campur 50 makan berkhasiat... 8 makanan sunnah dan lain-lain promo... itu semua hanya produk cepat kaya bagi pengeluar.... prefer untuk makan sendiri kurma... makan sendiri kismis... makan sendiri badam... jika nak kisar pun kisarlah sendiri...






sebulan sekali mungkin boleh... sebab tubuh sempat la nak detoxs element kimia yang berbahaya ni.... tapi bukan la dibagi nah.... sebakul gula-gula... nah sekampit besar jajan.... OMG... itu membunuh tanpa senapang atau pistol namanya...

memanglah ajal maut Allah tentukan... tapi tugas kita juga untuk jaga tubuh badan yang dipinjamkan... =)

peace yoooooooooooo.....






26 September 2014

GULA-GULA BAHAYA


ni lah gula-gula yang mak aku paling marah bila dapat tau anak-anak dia makan...
hahaha masa kecik-kecik dulu suka curi-curi makan...

tapi mak boleh detect sebab mulut akan comot dan penuh dengan warna yang melekat...

memang 'hantu'

ni lah dia gula-gula hantu

FURLA HANDBAG LOOK LIKE ORIGINAL!!!


LOOK LIKE ORIGINAL
GRED 1:1

RM120 FREE POS SEMENANJUNG
SABAH & SARAWAK TAMBAH RM10

JUST EMAIL: norfadhillah1810@gmail.com
atau 
PM KAMI DI Infinity On9 Shop

LIKE & SHARE KAMI DI 




25 September 2014

KAKITANGAN KERAJAAN BAKAL TERIMA KENAIKAN GAJI

Assalammualaikum...

sila baca sampai habis naaaaaaaaaa....

PM Dato Sri Najib baru sahaja mengumumkan bahawa Kakitangan Kerajaan akan menerima kenaikan gaji yg akan dilaksanakan pd 1/1/15 dgn kadar kenaikan sebanyak 500 ringgit untuk semua kakitangan awam dan pegawai serta penambahan elaun risiko sebanyak 300 dan akan mewujudkan sistem band ke band 7 jika keadaan diangarkan mendesak apabila perlaksanaan GST dijalankan pd tahun2015, pengumuman ini telah disahkn KSU dlm mesyuarat Kabinet pd pg ni.Menurut katanya lg kenaikan ini berkaitan dengan hal2 kebajikan kakitangan awam akan dinaik taraf dan mengikut pandangan dari kesatuan sekerja ceupec serta dari JPA sebulat suara menyatakan supaya kebajikan terhadap kakitangan awam akan dinaik taraf sama seperti kelebihan yang ada pada perungkat Jusa. Usul ini telah diluluskan dlm pembentangan kertas kerja bersama JPA dn CUEPACS bertarikh 21/09/2014 dan perlaksanaan akan berkuatkuasa seperti tarikh yg dinyatakan diatas.. Sumber ini telah disahkan sendiri oleh Presiden CUEPACS. Menurutnya, itulah yang telah beliau mimpikan mlm tadi...

HAHA

TERKONO DENNNNNNNNNNNNNNNN

PEGAWAI KASTAM TUTUP MUKA GUNA SELUAR DALAM!!!


ni gambar kes pegawai kastam kena reman...

malunya sampai tahap tutup muka guna spender...

adohai...


24 September 2014

SAYA TAK BOLEH HIDUP TANPA AWAK!!!

Assalammualaikum....

hahaha... semoga semuanya sihat selalu...

tetiba teringat pulak... zaman bercinta dulu-dulu... haha asal putus je mesti cakap ayat yang sama... 'saya tak boleh hidup tanpa awak!!!'

sampai ke hari ni... belum lagi ade cerita 'ex' aku mati lagi kui3... hidup je sihat walafiat... =) dah beranak pinak pun hado....

masa bercinta memang cam tu...

kau lah buah hati pengarang jantung...
tak boleh hidup tanpa awak...
masa seakan terhenti tanpa awak...

tah ape lagi ayat jiwang yang sangat lah menusuk qolbuuuuuuuuuuuuuuu


zasssss bye....

untuk adik-adik... bercintalah lepas kahwin... itu lagi seronok... even akak ni bercinta jugak sebelum kahwin... =P


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...