GENG LENSA HIDUP

21 November 2009

TEH AIS

Seorang lelaki singgah di sebuah warung dan memesan segalas teh ais...
Sebentar kemudian teh pun sampai dan ketika dia hendak meminumnya dia mendapati ada seekor lalat sedang berenang didalam tehnya. Lalu ia memanggil pelayan....

"Waiter..! Kenapa ada lalat didalam teh saya...!"

Dengan muka bad mood si pelayan menjawab..

"takkanlah dengan harga teh RM 1.00 Anda mengharapkan ada kambing di dalamnya..."

P/S: LEPAS NI KALAU KORANG MINUM TEH JANGAN MARAH KALAU ADE LALAT OKAY.... LALALA....

NAMA KU AISYAH

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang sedang tidur nyeyak.. Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjatatajam ke arah si isteri....

Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak boleh membunuhmu,"
 
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya dia berkata

Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan...tapi.... semua orang memanggilku Aisyah...."

20 November 2009

HARI KIAMAT

HAMPIRNYA HARI KIAMAT

Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. Rasulullah s.a.w.telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda Menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."
-Sahih Bukhari-

Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk,yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang."

-Sahih Muslim-

Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

-Abu Hurairah r.a-

Bermaharajalela alat muzik."Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh,rusuhan dan perubahan muka. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"

-Ibnu Majah-

Menghias masjid dan membanggakannya. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid"

-Riwayat Nasai.-

Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga."

-Riwayat Ahmad dan Hakim-
Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka Tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran."
-Riwayat Ahmad-

Orang hina mendapat kedudukan terhormat."Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka' (orang yang Bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang berima yang diapit oleh dua orang mulia"

-Riwayat Thabrani-

Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja."Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
-Riwayat Ahmad-

Bulan sabit kelihatan besar."Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit."

-Riwayat Thabrani-

Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita."Pada akhir zaman akan muncul pembohong- pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu"

-Sahih Muslim-

Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar."Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar"

-Riwayat Ahmad-

Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai."

-Sahih Muslim-

19 November 2009

PULANGKAN (PTPTN)


Pulangkan..
(MOVIE : PTPTN BUSUK BUNGA RAYA)

Sedikit bunga yang menggoda
Sekadar dipandang usah dibayar
Kau pasti tak percaya
Duitku bukan untukmu..... sayang

(Pegawai PTPTN)
Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau peram hutang yang kau pinjam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila engkau berkonvo
Kau milikku.....

(Pegawai PTPTN)
Pulangkan hutang-hutangku

Oh hentikanlah menghantuiku-(Ex-Student)
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku-(Pegawai PTPTN)
Kupulangkan semua hutangku-(Ex-Student)
Yang dikau peram tanpa relaku-(Pegawai PTPTN)
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih-(Ex-Student)

(Pegawai PTPTN)
Tiada kemaafan di sini
Kau hutang tanpa bayar sesen lagi
Akan kujejakimu ke hingga lubang kubur..bila ko jadi hantu aku
lariii...

p/s: utang PTPTN aku pun tak abis bayar lagi daaaa...

CUBA FIKIRKAN

saya bukanlah obses dengan pembangkang
tetapi bukanlah penyokong BARISAN NASIONAL
cuba kalian fikirkan...
saya...
kamu...
dia...
mereka...
adalah MUSLIM...
MUSLIM bererti menganuti AGAMA ISLAM bukan??
memberi sokongan atau galakan kepada suatu bentuk pemerintahan sekular...
ape hukumnya??
memberi galakan kepada perasuah tegar terus merasuah...
ape hukumnya??
memberi kemenangan suatu pemerintahan yang menganiaya rakyat...
ape hukumnya??
ramai yang cakap nak buat macam mane...
kita tak de kuasa nak tentang...
walaupun tak suka tapi terima jugak...
masa bila kita boleh ubah???
semestinya waktu PILIHANRAYA UMUM..
kepada yang tak suka dan menyampah dengan kepimpinan sekarang...
yang tidak mahu CORRUPTION GOVERNMENT
sila ambil peluang PRU akan datang untuk mengundi...
nilai suatu kepimpinan melalaui al-quran & sunnah...
nilai suatu kepimpinan melalui mata hati...
jangan takut untuk berubah...
suarakan rasa hati anda...

JANGAN BISING LAH

kepada mereka yang diberi nama pemuda UMNO...
jangan bising sangat isu Nik Aziz nak pegi Mekah ade orang sponsor...
orang banyak duit mesti lah nak sponsor beliau ke Mekah...
betol x??
sape tak nak pegi mengerjakan haji dengan ulama tersohor??
mestilah berbondong-bondong orang nak offer beliau...
lagi pun penajaan itu adalah secara peribadi...
kalau encik-encik PEMUDA nak bising...
silalah bising kenape Encik PM kita suka rasuah.
bisinglah kepada pemimpin-pemimpin UMNO...
yang cukup tegar merasuah...
RAKYAT dah lali dengan gimik UMNO dan BARISAN NASIONAL...
ape nak herankan???
MEDIA mereka kongkong
INSTITUSI KERAJAAN mereka kongkong
KEWANGAN kerajaan negeri (yang diperintah PR) sekat
banyak lagi peristiwa zalim yang mereka buat...
ALLAH sentiasa di pihak yang benar...
APE YANG PENTING...
KITA KASI LINGKUP MEREKA PADA PRU AKAN DATANG

PANTUN ULTRAMAN

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.
Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh ku cari
Maner nak samer Ultraman Taro..
Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksaser
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan
Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu.
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.
Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser Ultraman pulak yang lebih-lebih.
Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.
Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.  
 
TEMA UNTUK PANTUN KALI NI ADALAH WARNA ASAS BADAN ULTRAMAN... ;P


15 November 2009

SINGH??

What do you call a Singh who likes Chinese herbs?
Gin Singh! (ginseng)

What do you call a Singh who lives between Singapore and Kuantan?
Mer Singh! (mersing)

What do you call a Singh who keeps turning round incircles?
Pu Singh (pusing)

What do you call a Singh in shock?
Surpri Singh! (suprising)

What do you call a Singh in a swimming pool?
Kuldip Singh! (cool deep singh)

What do u call a Singh who wants to make a U-turn?
Kebelakangpu Singh! (kebelakang pusing)

What do you call a Singh who drinks only beer?
Jasbir Singh. (just beer singh)

Who's the coolest Singh?
Relax Singh. (relaxing)

Which Singh sank Titanic?
KARAM SINGH

PANDUAN ASAS MENULIS KERTAS KERJA PERNIAGAAN

proposal perniagaan(kertas kerja perniagaan) diperlukan untuk memohon pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan. propasal yang lengkap akan memudahkan lagi proses peminjaman... berikut adalah perkara asas dalam penulisan proposal perniagaan...

BAHAGIAN A - MAKLUMAT PINJAMAN
a) Skim pinjaman
b) Tujuan pinjaman
c) Jumlah pinjaman
d) Kawasan tapak projek
e) Cagaran

BAHAGIAN B - MAKLUMAT PEMOHON
a) Latar belakang pemohon
b) Pendapatan dan tanggungan

BAHAGIAN C - MAKLUMAT TEKNIKAL PROJEK
a) Pengenalan, nilai pemakanan, kegunaannya dan kebaikan dll
b) Agronomi tanaman/ternakan/akuakultur/prosesan/pelancongan dll
c) Pelan jarak tanaman/saiz kandang/saiz tangki/ flow proses jus/ saiz chalet

BAHAGIAN D – PELAN PEMBANGUNAN DAN PENGOPERASIAN
a) Perlaksanaan projek
b) Pelan pembangunan
c) Jadual fasa penanaman/jadual permulaan projek hingga berhasil
d) Produk hiliran/sampingan
e) Pelan cadangan projek untuk jangka masa pendek dan panjang

BAHAGIAN E - PEMASARAN
a) Pelan pemasaran dan strategi pemasaran
b) Analisis SWOT

BAHAGIAN F - LAMPIRAN
a) Penyata aliran kewangan tahunan
b) Perincian aliran kewangan
c) Gambar-gambar fasa penanaman/ternakan/akuakultur/pelancongan
d) Gambar-gambar aktiviti yang telah diikuti
e) Salinan kad pengenalan
f) Salinan Geran Tanah dan Kawasan Projek
g) Surat kebenaran mencagar dari tuan tanah
h) Salinan akuan kesesuaian tanah
i) Penyata kewangan 3 bulan yang terkini
j) Slip gaji 3 bulan terkini
k) Salinan cukai pendapatan yang terkini
l) Salinan surat sokongan AgroPAC
m) Salinan Sijil Bengkel Latihan dan Disahkan oleh AgroPAC
n) Salinan perjanjian / MOU dengan mana-mana agensi/syarikat contoh “contract farming”
o) Senarai pembekal bahan mentah dan input projek

Penutup

entri akan datang saya akan paparkan contoh kertas kerja perniagaan okay....
untuk mendapatkan khidmat penyediaan proposal sila hubungi saya di:

caramel_xyz@yahoo.com
norfadhillah1810@gmail.com

14 November 2009

PAKCIK TAK NAK JAWAB

jayman dlm perjalanan menaiki keretapi, duduk bersebelahan dengan seorang pakcik. jayman bertanya kat pakcik tu...

jayman: pakcik, sekarang pukul berapa? pakcik tu tak jawab, jayman tanya lagi.

jayman: pakcik, sekarang pukul berapa? pakcik tu buat donno, jayman tak putus asa bertanya.

jayman: pakcik, sekarang pukul berapa? pakcik tu tetap membisu, jayman bengang dan tanya kuat sikit!

jayman: pakcik, pukul berapa sekarang?!! pakcik tu renung jayman dengan tajam.

pakcik: aku taknak jawab soalan ko... pasal kalo aku jawab kita akan berkenalan. pastu kita berbual-bual dan jadik akrab. kat stesyen keretapi tu isteri aku tgh tunggu. terpaksa plak aku kenalkan ko ngan isteri aku yg peramah sangat2 tu. pastu dah sure isteri aku akan ajak ko datang ke rumah. kat rumah aku plak ada anak dara yang cantik macam nasya aziz tu. bila ko datang mesti ko berkenalan ngan dia pastu ko akan berchenta plak ngan anak dara aku tu. bila dah berchenta ko mesti satu hari akan mintak ngan aku untuk berkawen ngan anak dara aku tu. masalahnya aku taknak terima menantu yang JAM TANGAN PUN TAK MAMPU NAK BELI!!!

GELI KETIAK

owh... minuman berdosa??
ahh... salah eja la...
minuman bersoda...


cik kucing???
sedap ke minum susu anjing???
ape rasenye??
lalalala...


pergh!!! spiderman jadi goal keeper...
memang mantop lerrrr...

memang jimat...
lagi hebat dari keta kancil...
lalala...


terbukti!!
pemanasan global...
pakaian semakin kecil saiznye...
OK JANGAN TIRU....
UNTUK HIBURAN SEMATA-MATA...

12 November 2009

CACING VS BAS

salam semua....
hari ni...
aku nak sembang pasal ...
cacing(bukan nama sebenar) dan bas(bukan nama sebenar)
mesti pelik kenape entri aku cam ni bukan???
cacing seperti yang korang tau memang suka carik pasal dengan bas....
tapi kenape??
cemburu???
tak puas ati???
kurang sokongan???
macam2 lah yang cacing tak puas ati dengan bas...
terkini bas mintak royalti minyak...
cacing buat macam2 helah...
akta petroleum 1974 pun kuar...
menurut akta petroleum...
mana2 negeri...
yang memiliki hasil petroleum yang tak lebih 12 batu nautika
berhak untuk dapat royalti...
bukan wang ehsan...
diulangi...
royalti...
bukan wang ehsan...
tapi apsal la cacing yang dungu ni cakap tak lebih 3 batu nautika pulak???
tak sekolah ke???
sebelum cakap...
lain kali buka dulu buku...
jangan pakai cakap je...
setakat ni memang tak de pindaan terhadap akta petroleum 1974
tak tau la kalau tiba2 cacing nak wat pindaan...
mungkin nak cover kemaluan...
eh???!!! cacing ade kemaluan ke???
okay dila... jangan cakap bukan2...
p/s: tiada kena mengena dengan yang hidup... yang mati... lagi langsung tak de kena mengena

SELAMAT HARI LAHIR!!!!

sekitar hari penamaan calon...
lalala...
bukan lor...
acara makan2 kat umah aku...
bersempena besday budak yang comey ni... (ayat khas ditujukan untuk aku)
aku request kat tunang aku tok pakai baju kaler ungu...
memang dia pakai pun...
malah siap bawak kek kaler ungu jugak...
menepati tema kita ye....
senang la kita nak pegi final muzik-muzik tahun depan okay...

lalala.. sekadar gambar hiasan je...


ni la kek yang berwarna ungu...



apehal la tuh!!!

close up en. mentol


adek??? asal cam nak kawad je!!


ibu & anak



makan kuih raye... lalala...


bersembang selepas makan kek ungu


penyanyi nasyid minggu ini



aku & dia

MEMANG DA BOMB!!!

entri aku kali ni macam best je...
lalala....
ye aku nak perkenalkan korang dengan satu web yang memang menarik
en. faiz telah perkenalkan kepada aku...
time kasih en. faiz (sila tepuk tangan untuk beliau)
berikut adalah web tersebut

06 November 2009

WALI BAND

yay...
time kasih semua...
hatiku berbunga riang...
kat sini aku nak bagitau lagu-lagu dari kumpulan indon memang best lor!!
tak caye???
cuba download & dengar okay (dengar dulu baru komen)
antara lagu yang best
*kekasih halal*
*cari jodoh*
melodi memang jelas keindonesiaannya
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...