GENG LENSA HIDUP

20 May 2010

BN ATAU PAS YANG PARTI PERKAUMAN? LU PIKIR LAH SENDIRI...


salam
semoga anda semua sentiasa sejahtera
meh aku nak ajak berfikir sikit

ape parti komponen BN (BARISAN NASIONAL)?
UMNO, MCA,MIC,GERAKAN,PPP,PBB,SUPP,PBS,LDP,PBRS,UPKO,SPDP,PRS

ape parti komponen PR (PAKATAN RAKYAT)?
PAS, PKR, DAP, SNAP


UMNO untuk siapa?
MELAYU kan...

PAS pulak untuk siapa?
syarat-syarat untuk menjadi ahli PAS:
1. Warganegara Malaysia
2. Beragama Islam
3. ‘Aqil baligh menurut Hukum Syara’
4. Mengaku menerima serta taat kepada Perlembagaan PAS, peraturan, arahan-arahan dan keputusan-keputusan Parti dari masa ke semasa
5. Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh menjadi ahli tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Naib Censolar university berkenaan.

bila orang tu ISLAM boleh jadi berbangsa CINA, MELAYU, INDIA @ SIAPA PUN...
FAHAM tak sekarang ni? (tapi kena ingat sebelum jadi ahli PAS warganegara kau tu ape? kalau warganegara AFRICA tak leh la, walaupun kau tu ISLAM)
siapa yang dah PUPUK dari awal lagi SIFAT PERKAUMAN?


terkini PAS akan melancarkan DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS (DHPP) pada 23 mei ini...

dalam BN awal-awal lagi dah asingkan UMNO untuk MELAYU, MIC untuk INDIA, MCA untuk CINA dan lain-lain yang ikut kategori rakyat peribumi SABAH & SARAWAK

media massa PRO-BN bukan main canang yang PAS ni parti PERKAUMAN. apelah... & bla bla bla... cakap GUNA OTAK lah... AKAI ADA?

nanti mesti ade yang HENTAM plak cakap PAKATAN RAKYAT lah yang amalkan PERKAUMAN... hoi!!! mari sini aku ajar sikit.... BUTA KAYU AGAK... PARTI KEADILAN RAKYAT(PKR) ade asing-asingkan ke ikut kaum? DEMOCRATIC ACTION PARTY(DAP) ade asing-asingkan ikut kaum ke? SNAP plak baru je JOIN PAKATAN RAKYAT... sebab bosan dengan PARTI KORUP KEBANGSAAN...

OKAY SEMUA ORANG MUDA, ORANG TUA, PENDEK KATA SELURUH RAKYAT MALAYSIA. SILA BACA SAMPAI HADAM. JANGAN BACE SEKERAT-SEKERAT JE.... JANGAN JADI CAM SORANG PAK CIK TU... SIAP CAKAP MASUK NERAKA PUN MASUKLAH... DIA TETAP AKAN UNDI BN... syurga & neraka MEMANG bukan URUSAN kita. tetapi kita sudah tahu apekah ciri-ciri mereka yang akan masuk syurga & neraka... betul tak? walaupun ade pemberat lain untuk menentukan kita penghuni syurga @ neraka... =)


AT-TARMIZI meriwayatkan sebuah hadis daripada Ka'ab bin 'Ujrah:
pada suatu hari Rasulullah SAW bersabda:
wahai Ka'ab, aku memohon perlindungan daripada Allah Taala supaya supaya melindungi mu daripada pemerintah yang datang selepas aku. barang siapa yang mendatangi pemerintah di kediaman rasmi mereka serta membenarkan pembohongan para pemerintah & menolong segala kezaliman mereka, sesungguhnya mereka buka daripada umatku. dia tidak akan dapat menemui akua dan menghampiri telagaku (telaga kautsar) di Akhirat kelak. barang siapa yang terpaksa pergi ke istana pemerintah sedangkan dia tidak membenarkan pembohongan pemerintah & tidak membantu kezaliman pemerintah, sesungguhnya aku adalah sebahagian daripadanya.

MEMBERI SOKONGAN KEPADA PARTI YANG MENGGALAKAN JUDI, RASUAH, & SEGALA KEMUNGKARAN HUKUMNYA APE? WALAUPUN HANYA DENGAN SATU UNDI.... NANTI DI AKHIRAT AKAN DITANYA JUGA... APE SUMBANGAN KITA UNTUK TEGAKAN KEBENARAN? KAU NAK JAWAB APE? MULUT KAU TAK BOLEH JAWAB DAH... NANTI TAK KAN KAU NAK BIAR TANGAN KAU BAGITAU KAU PANGKAH BN? AKU TAK NAK... KAU NAK KE?

SEMOGA SEKALIAN RAKYAT JELATA DIBERI PETUNJUK SEBELUM PRU YANG KE 13.... HEHEHE...

LU PIKIR LAH SENDIRI...

TERUSKAN KEMPEN UNTUK PRU KE 13

BERSEDIA UNTUK DIAMBIL TINDAKAN. TERIMA KASIH. =)

klik SINI untuk muat turun borang keahlian PAS


p/s: entri ini memang berunsur hasutan. tetapi hasutan kepada kebaikan & kesejahteraan =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...