GENG LENSA HIDUP

03 June 2013

ANTARA BOLA SEPAK DAN BOLA RAGBI

Salam dan selamat sejahtera
Semoga semuanya sihat selalu...

Saje nak berkongsi...
Sayangi isteri anda ibarat seperti bola ragbi...
Kerana pemegang bola ragbi akan bersungguh sungguh pertahankan bolanya...

Manakala bola sepak dengan mudah dan pantas ditendang ke sana ke mari
Bersungguh lah pertahankan isteri anda jika ada pelbagai uiian yang mendatang
Renung-renungkan...

Tq... to my hubby coz selalu melindungi isterinya walau di mana kami berada


27 May 2013

SUDAH-SUDAHLAH TU....

Salam dan selamat sejahtera

Lame dah kot berlalu PRU 13
Bagi pihak pakatan rakyat... mereka telah berusaha bersungguh sungguh...
Cuma belum ade rezeki nak menang 2/3...

Ape pun tahniah untuk pakatan...
Jika ade pihak yang menipu dalam PRU 13 tak dapat balasan kat dunia...
Kat akhirat tetap ade... janji Allah tu pasti...

So bolehlah berhenti bercerita keburukan orang lain...
Sama sama koreksi diri...

In sha Allah kemenangan ada suatu hari nanti...

KEMENANGAN YANG MASIH TERTANGGUH...
KERANA ALLAH MAHU LIHAT ISTIQAMAH YANG SUNGGUH-SUNGGUH...

26 May 2013

BILA ABANG KETAWA DAN ADIK MENJERIT

Salam dan selamat sejahtera

Semalam...

Si abang anak aku yang sulung dok berdua atas katil dengan adiknya yang baru je lepas pantang....
Si adik berselimut... si abang boleh pulak... tutup muka adik dengan selimut... lepas dia ketawa kuat-kuat sebab suka...

Dia ingat adik dia tu suka jugak...
Si adik pun menjerit la...

Aku mase tu ngah wat breakfast kat dapur...

Bila aku perasan si abang dok gelak gelak je...
Sepantas kilat aku g tengok...

Ohhhh nasib baik....

25 May 2013

KASIHI DAN SAYANGI ISTERI ANDA... CEWAHHH

Salam dan selamat sejahtera...

Entri yang agak poyo...
Tapi bukan menunjuk-nunjuk...

Cuma aku rasa touching je...

So aku nak abadikan kat dalam blog ni...
Nanti anak-anak aku da besar boleh la dia orang baca...
Dan tau yang ayah dia orang ni sangat caring...

Kalau mr.e terbaca post ni...
Haruslah beliau kembang bermangkuk-mangkuk

Banyak peristiwa yang buat aku touching...
Aku decide untuk ceritakan saat aku lepas bersalin...

Memandangkan aku dah ade anak sorang...
So husband aku tak dapat nak masuk kat bilik bersalin...
Aku tak kisah sangatlah...

Husband aku sabaf menunggu kat luar...
Sebab aku ni bersalin tak lame sangat...
Sejam dua menunggu aku da leh kuar...

Mase aku keluar  dan nurse tolak kerusi roda...
Husband aku dengan muka serius tengah tunggu kat luar...
Aku sempat lambai-lambai...

Sampai je kat katil...
Serta merta husband aku memicit kaki....
Tangan... pinggang... untuk melegakan lenguh-lenguh masa meneran nak bersalin...

Kemudian bagi aku minum milo.. sebab aku kelaparan...
Dan bersusah payah ambik cuti... seminggu... untuk jaga isteri dalam pantang...

Dialah yang memasak
Dialah yang mengemas
Dialah yang mengurut
Dialah yang menjaga anak
Dan macam-macam lagi....

So, aku harap anak anak aku nanti boleh la jadikan ayah diaorang ni sebagai contoh...
Dan kepada semua suami yang ada sayangi dan kasihilah isteri anda...

Banyak pahala wooooo in sha Allah...

Sekian

22 May 2013

LATIH ANAK GUNAKAN PINGGAN DAN CAWAN KACA

Salam dan selamat sejahtera

Ibu bapa mesti risau pinggan mangkuk pecah ye tak?

Nak nak bila digunakan oleh anak yang masih kecil...
Bimbang anak tercedera...
Bimbang juga pinggan mangkuk yang mahal mahal hancur berderai...

Hehehe

So anda boleh melatih anak anda untuk minum dan makan dalam pinggan atau cawan kaca...
Permulaan latih anak anda gunakan cawan dan pinggan plastik sahaja...
Dan asuh mereka supaya tidak perlu mencampakkan atau membuang pinggan atau cawan setelah habis makanan atau minuman...
Lama kelamaan anak anda memiliki rutin yang sihat dan sentiasa mengikut tatatertib ketika makan dan minum... dan ketika itu juga anda boleh lah tukarkan cawan plastik kepada cawan kaca dan pinggan plastik kepada pinggan kaca...

Hasilnya...
Tingkah anak anak anda seperti orang dewasa... yang penuh tatatertib ketika makan...
Aku dah praktikkan pada anak aku...
Pada usia satu tahun setengah... beliau dah mampu makan dan minum sendiri... menggunakan pinggan mangkuk kaca...

BENCI MELAYU?

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semua sihat dan gembira selalu

Ade yang kata....

Tak suka Utusan Malaysia = benci Melayu

Apekah?

Benci Utusan Malaysia sebab asyik mainkan isu perkauman
Utusan  Malaysia itu hanyalah akhbar harian je...

Celah mane tah benci melayu?

Ooooo gua faham...
Pengarang
Editor dan lain lain itu Melayu...

Hahaha gua ingat mereka bukan Melayu kui3

Tak suka mereka tak pe.... hidup dalam dunia ni bukan semua orang suka... chill lah!!!

Hari hari nak racist je nyampah ì...

17 May 2013

CIKGU SEKARANG VS CIKGU DULU

salam dan selamat sejahtera

Cikgu sekarang

Ade jugak sesetengah cikgu yang mintak anak murid bagi hadiah
Ade jugak sibuk bilang hadiah dan gembira dengan banyaknya hadiah

Sedangkan

Cikgu-cikgu sudah dibayar gaji... gaji cikgu zaman sekarang banyak kot... hu3

Cikgu dulu

Tak de la pulak mintak hadiah kat anak murid
Tak de la sibuk bilang hadiah bila tiba hari guru

Sedangkan

Cikgu-cikgu dulu gajinya sikit je... menoreh lagi banyak hasil...

Kesedaran tentang keikhlasan itu sangat penting... sekian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...