GENG LENSA HIDUP

15 March 2014

HANDBAG SALES OF THE DAY #1

MICHAEL KORS HANDBAG
RM60 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA


DIOR HANDBAG
RM60 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA


RM55 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA


POLO HANDBAG
RM70 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA


GUCCI HANDBAG
RM60 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA

UNTUK LEBIH BANYAK PILIHAN BOLEH LIKE FB PAGE KAMI
Infinity On9 Shop

Whatsapp 0129552047

HANDBAG SALES OF THE DAY

LV HANDBAG
RM65 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA


MICHAEL KORS HANDBAG
RM70 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA WITH MK LOGO

FASHION HANDBAG
RM65 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5


COACH HANDBAG
RM70 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA


RM50 FREE POSTAGE
SABAH DAN SARAWAK TAMBAH RM5
GRED AA

ANYTHING BOLEH SEARCH FB PAGE KAMI
Infinity On9 Shop
Whatsapp 0129552047

Penghantaran poslaju
1-3hari berkerja in shaAllah sampai

09 March 2014

MASAKAN ISTERI VS MASAKAN SUAMI

Assalammualaikum

kan best kalau suami pandai masak... omel si isteri...
kan best kalau isteri pandai masak... omel si suami...

syukur kami suami siteri boleh memasak... masa aku dalam pantang my hubby akan masakan untuk isterinya... atau pun bila my hubby tengok isterinya keletihan atau mengada-ngada merajuk hu3 =P

actually setiap hari biasanya aku la yang masak... tapi ilmu memasak ni sangat penting juga buat suami... ye tak? untuk kes kecemasan =)

ni aku yang masak... menu luncheon

mi bandung yang my hubby masak untuk breakfast kami =)

sebelum tido kami minum susu my hubby, me and my son... yang kecik skali breastfeeding je... =)

AGEN DROPSHIP MASIH DIPERLUKAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

semoga semuanya sihat dan bahagia... kami di Infinity On9 Shop sentiasa membuka peluang bagi mereka yang berminat untuk menjadi ejen dropship... hanya dengan permulaan sebanyak RM10 sahaja... seumur hidup... tanpa jumlah minimum pembelian....

handbag dan pakaian dengan harga borong anda boleh miliki terus di depan pintu rumah anda... untuk kegunaan sendiri atau untuk jualan... itu terpulang pada anda...

untuk perniagaan online atau offline =)

whatsapp: 0129552047 (NOR FADHILLAH BINTI LUAWI)
atau terus PM di inbox kami Infinity On9 Shop inbox


memang berbaloi-baloi =)

* gambar di bawah adalah sebahagian barangan borong kami =)
* no phone dalam picture tu not available... sebab kat umah baru ni tak de line celcom... =)






TIADA LAPORAN MENGENAI ALTITUD TERAKHIR PESAWAT MH370

Assalammualaikum

Semoga semuanya sabar dan tabah... dalam menerima ujian dan khabar kehilangan pesawat MH370...

Pesawat MH370 dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan pada 2.40... pagi. Sepanjang aku tengok berita dan semua laporan... mereka hanya melaporkan anggaran lokasi pesawat ketika itu... dan tak de pula detail mengenai altitud terakhir pesawat... sebagaimana yang boleh dikesan oleh menara kawalan...

Aku rasa banyak sangat perkara yang nak ditaip... he3

Apapun setiap apa yang berlaku adalah dengan kehendakNya...

Takkan hilang jika tanpa izinNya
Takkan Anwar kena penjara tanpa izinNya


Apa pun yang terjadi pasti ada hikmah dan terselit peringatan dariNya... dan kita manusia berusalah untuk tidak ingkar dengan setiap perintahNya...




ANTARA NENEK TUA DAN SAIFUL BUKHARI AZLAN... MANA LEBIH KUAT?

Assalammualaikum

Panas jugak hati ni tengok keputusan Anwar didapati bersalah... tapi tak pe... dari zaman dulu pun ade je kes orang baik dipenjara oleh pemerintah yang zalim...

Aku cuma nak u olls yang percaya anwar meliwat... gerakkan otak dan bawak2 berfikir seperti orang berotak... 

Ade tak isu saiful melawan anwar masa nak kena liwat?
Ade berlaku sebarang kecederaan tak?
At least calar ke...
Terkehel ke...

Nenek tua atau kanak2 yang nak kena rogol pun aku rase tau nak melawan... atas alasan nak jaga maruah diri... setahu aku la...

Ni kan pulak lelaki muda yang bertenaga lawan lelaki tua... cuma mungkin saiful takut untuk melawan anwar jika anwar bawa parang ke... sabit ke... m16 ke... ye tak?

Tapi aku rase sangat aneh dengan orang YANG MENGAKU JADI MANGSA... TAPI TAK RETI NAK MELAWAN PEMANGSA...

Kalau tak melawan pemangsa... u olls tau kan... TU DAH TUKAR ISTILAH SUKA SAMA SUKA...

Yang paling jijik apabila korang ikuti kes ni... kronologi kes sangat tak logik dan tak masuk akal...

I mean konspirasi  yang direka dengan kurang teliti demi survival politik kotor BN.

04 March 2014

ANAK DISANGKA ADIK

Assalammualaikum

Sekarang aku dah pindah mengkarak... yang best nye depan umah aku ade playground...

So, rajin lah aku bawak anak-anak aku pegi main kat playground... satu hari tu aku bawak anak lelaki sulung aku... ahmad al mahdi... yang kecik tido...

Sampai je playground... ade sorang budak tanya...

Budak: sorang je ke adik?
Aku: ni anak akak lah
Budak: ooo... ingatkan adik tadi...

Hak3

Balik umah je... senafas aku cite kat hubby...

Aku: abang tadi ada budak ingat ahmad adik sayang
Hubby: (jeling dengan sinis)
Aku: budak biasanya jujur.... jeles la tu...

Wallaaaaa ; )


CAKAP LURUS JANGAN BELOK-BELOK

Assalammualaikum

Semoga semuanya sihat sejahtera...

Pada aku lagi best bila cakap dengan orang lain... straight to the point... tak payah belok-belok... kalau belok-belok asyik tak paham je...

Hmmm hu3 =)

27 February 2014

ASYIK PESAN BERJIMAT CERMAT... BUKANNYA BANYAKAN SEDEKAH...

Assalammualaikum

Selalu sangat dan kerap sangat tok nenek, mak bapak kita pesan suruh berjimat cermat ye tak?

Sedangkan dalam agama ade pesan banyakkan sedekah... sebenarnya... cara kita nak gandakan duit ataupun harta kita... adalah dengan cara bersedekah... sebab Allah dah janji kita akan dapat 10 kali ganda daripada apa yang kita sedekahkan... ye tak?

Sebab tu orang kaya2 yang rajin sedekah makin bertambah kaya... ye lah... sekali sedekah je 100k, sejuta... mana tak harta jadi berbilion...

Kita? Ade tak sedekah? Rajin tak sedekah? Banyak tak sedekah?

Tup2 ade yang mencelah... "eh eh aku rajin je sedekah... tapi kenapa tak kaya2?"

Berapa kau sedekah? seringgit sehari... kali sepuluh... baru dapat ganda rm10 je kan? So rajin2 la sedekah... jangan takut jatuh miskin... sebab memang janji Allah takkan fakir kalau selalu sedekah...

Tapi... untuk yang tak de langsung harta untuk disedekahkan... cukuplah sedekah dengan senyuman... itu pun Allah dah anggap sedekah... INGAT tu untuk orang tak de harta... jangan banyak harta... tapi kedekut... then cakap aku sedekah dengan senyuman je... hu3

I hope I will remind all my children...  "anak2 mama... banyakkan sedekah" dan aku kalau boleh tak nak la soh anak2 aku simpan duit... tu sume pandai la dia orang buat... cuma aku teringin nak hari2 ingatkan anak2... sedekah sedekah dan sedekah... jadikan amalan harian...

I HOPE =)

Aku sangat percaya kuasa sedekah sebab dah banyak kali jadi...  walaupun tengah tak berduit sangat... bagi je sedekah tanpa was2... it's miracle of sadaqoh... hasilnya... memang seperti yang Allah janjikan... kerana janji Allah itu pasti...


26 February 2014

KENALI PERBEZAAN ANTARA BEIJING, NEW YORK CITY & KUALA LUMPUR

Assalammualaikum

Sebelum menyalahkan mana-mana pihak... kita kena pelajari dulu ilmu land law, urban planning dan fahami topografi tempat yang ingin dibandingkan...

Beijing; memang dibuka sebelum masihi.... tetapi disusun semula pada tahun 1100-an.... pada zaman Dinasti Song

New York City; memang terbina dengan design perancang bandar yang dikaji dahulu menggunakan model Homer Hoyt atau Iron Grid Pattern; mungkin mengambil faktor tolak bandaraya London atau York di England

KL; perkembangannya (urban sprawl) Atas dasar sejarah ekonomi dan tak dirancang pada awal lagi. Contoh bandaraya seperti KL... adalah London Tokyo, Madrid, Bangkok, Paris, Jakarta (kebanyakan bandaraya besar dunia)

Kesimpulannya KL sukar untuk disusun semula kerana beberapa isu... seperti pemilikan tanah, tepubina sedia ada (termasuk nilai sejarah bangunan lama), campur aduk penggunaan tanah dan hirerki jalan raya yang tak seragam... apa yang boleh dilakukan ialah peningkatan kualiti pengangkutan awam (diutamakan transport berel), pemindahan dan pembinaan CBD baru... dipinggir kota... atau penyekatan pembukaan kawasan komersil baru di CBD sedia ada... pembukaan taman bandar di kawasan kosong yang ada... bukan dengan pembinaan bangunan2 baru...

It's just my 10 cent opinion... sebelum anda menyalahkan kerajaan salah sebab buat begitu dan begini... =)



21 February 2014

ANAK-ANAK YANG KIAN MEMBESAR

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu
Menjangkau 4 tahun usia perkahwinan kami
Alhamdulillah anak - anak semakin membesar
Seronok tengok keletah mereka



Nanti ade masa lapang aku upload lagi picture....
My hubby pun semakin membesar huk3 =P











08 February 2014

SUAMI JANGAN CARI MASALAH

Assalammualaikum

Tajuk nak propa...
Perghhh betul ape?
Suami jangan cari masalah
Isteri pun jangan sengaja cari masalah

Dah ade anak comel comel
Dah ade isteri yang sopan santun
Dah ada suami yang caring
Dah ada keluarga yang bahagia

Jangan nak mengada jadi kaki clubbing
Jangan nak mengada carik pempuan lain
Jangan mengada nak cari laki lain
Jangan nak berjoli tak tentu arah...

Kang Allah tarik balik nikmat yang ada

Tup2 kawin laki baru... dapat laki kaki pukul
Tup2 kawin bini baru tak de anak ke... dapat anak cacat ke...

So bersyukurlah jangan kufur nikmat

Assalammualaikum =)


MENGKARAK OH MERANGKAK

Assalammualaikum

Lama betul tak update blog... hehe...
Akhirnya dah dapat balik semenanjung semula =)
Sekarang aku dah dok kat felda mengkarak 1...
Oh man... pedalaman tu... daripada guna internet celcom... sekarang aku dah tukar maxis... ni pun baru beli sim card... my hubby bawak gi beli sim baru... ho3...

Pekan triang... dulunya pekan koboi... sekarang dah cun la.. dah ade Mcdonald,  kfc, pizza, haha kira ok la tu... cuma jalan je agak macam ular kena palu... sebelum sampai tu...hu3....

Pasni boleh la try makan tempoyak ikan patin pulok.. Pasni dah boleh guna koi n awok... hu3

Update blog buleh la da.... sayang jugak laki aku... baru pagi tadi suarakan hasrat nak beli sim card baru... petang nye dah dah dapat beli hu3

Ni yang di namakan sayang tidak bertepi ho3... koyar sat...

Ape pun syukur... 

31 January 2014

PROPA PICTURES

Gambar nak raye

Insyirah dan alisha

Alisha dan atok

Icha dalam kolam tak de air

Mama edit

Main masak masak2

21 January 2014

PILOT WANITA PERTAMA BERPURDAH!



World's First Veiled Pilot (Guinness Book of World Record Holder) 

Capt. Pilot Shahnaz Laghar

PERASAAN SEORANG AYAH BILA MENATAP ANAK YANG BARU LAHIR

Assalammualaikum

semoga semuanya sihat sejahtera... alhamdulillah aku dianugerahkan seorang suami yang baik... dan anak2 aku dianugerahkan ayah yang baik hu3... puji sket...

my hubby pernah cerita pe perasaan dia masa dapat dan tengok first baby kami... dia kata... "lemah satu badan"

then for the second baby... my hubby kata... dia menangis bila tengok ank kedua kami... aku dengar touching gilerrrr...

he3... opkos la my hubby ni jenis orang yang lemah lembut n sopan santun... huk3 dan sangat caring.... ape pulak perasaan bapak2 kat luar sana bila dapat menatap wajah anak buat pertama kali?

alisha tengah tunggu makanan

ahmad berangan drive kereta ayah

jalan2 tepi pantai

alisha senyum

kasih seorang bapak

belajar untuk jadi abang

masa dalam flight dari kuching to senai

wajah2 kesayangan hamba

ahmad dengan baby happy puff

main bola

nak jadi macam atok =)

sayang sangat!!!

14 January 2014

DUA SEBAB UTAMA PUNCA PELBAGAI PENYAKIT

Assalammualaikum

Anda perasan tak?

Sesiapa yang ada sifat buruk makan... biasanya memang seorang yang berpenyakit... asal makan je... mesti nak banyak... asal tengok makanan je... asyik bimbang makanan tak cukup... 

Cuba tanya pada orang yang ade sikap macam tu...dia ade sakit ape2 tak?

Biasanya memang ada macam2 sakit... sakit darah tinggi lah... sakit kencing manis lah... high kolestrol lah... macam2 sakit yang dia ada...

Dan kedua... sikap lokek bila ada memiliki makanan...
Bila dia ada makanan yang sedap je.. lokek dan rasa sayang nak berkongsi dengan orang lain... 

Cuba tanya kat orang tu pe penyakit yang dia ada... hu3 biasanya... memang macam2 sakit ado...

Jagalah hati dan sikap supaya tak lokek dan kedekut... juga tak berlebih2 ketika makan... agar kita semua terhindar daripada sebarang penyakit...


AYAM YANG DIDENGARKAN AYAT AL QURAN!

Assalammualaikum

Topik serius!

Disebabkan ketaksuban manusia... maka ramai yang telah mengambil kesempatan... atas nama 'ayat-ayat suci al quran'

Terbaru ade jugak orang yang jual ayam yang dah didengarkan ayat suci al quran... sejak dari peringkat anak ayam.. huh! Disebabkan manusia2 yang mudah terpengaruh... sebab tu la perkara ni berleluasa...

Jus dah dibacakan ayat quran... lah... dan macam - macam lagi

Haishhhh

Pendek kata semua produk nak mengaku dah dibacakan 30 juzuk al quran... pastu dijual dengan harga yang lebih mahal daripada produk biasa...

Aku rasa.... lebih baik luangkan masa  baca sendiri ayat2 quran tu... daripada suruh ayam yang dengar dan kau pegi makan ayam tu...

Sikit hari lagi nanti ade yang jual pensil yang dah dibacakan 30 juzuk quran plak... tah3 tu pun ade jugak orang yang nak beli...

Ni lah hasilnya bila agama di dagangkan =)

Renung - renungkan...

09 January 2014

LOKASI YANG MESTI PERGI BILA BERKUNJUNG KE SARAWAK

Assalammualaikum

11hb ni berakhirlah persinggahan aku dan keluarga di bumi sarawak.... setahun jugak kami menetap di bumi kenyalang ni.... sempat bersalin anak kedua di sarawak...

Yang pastinya sarawak memang best... dan kaya dengan alam semulajadi yang belum tercemar...

Sungai yang bersih... dan cantik...
Laut dan pantai yang indah
Gunung yang cantik

Dan tempat paling penting dan paling best yang mesti di kunjungi jika ke sarawak adalah... BORNEO SHOPPING PARADISE A.K.A. SERIKIN

Memang tak puas je rasenye shopping... hu3... aku tak cukup mase je nak membeli itu ini... jubah murah murah... telekung... tikar... hiasan dinding... perghhh rasa nak pegi lagi dan lagi...

Mula2 aku macam malas nak pegi je... sebab kalau tak bawak duit banyak tak syoklah nak shopping ye tak...

Tup tup my hubby ajak pulak... kemain happy lah aku... ha3...

Then... ole2 yang best kalau pegi sarawak... adalah terubuk masin... yang boleh beli dekat pasar satok... memang ramai yang menjual terubuk masin ni... tak lupa jugak singgah Mira Cake House... untuk beli kek lapis sarawak...

Selain korang boleh cuba makanan yang rare... seperti sup gamat, buah dabai, manoh pasoh, umai, macam2 lagi lah menu yang ada... dan boleh dicuba...

2010 - 2012 kami di terengganu
2013 - 2014 kami di sarawak

11hb ni aku akan ikut my hubby pindah ke pahang pulak... merantau ke tempat lain lagi...

Semoga perjalanan hidup kami sekeluarga diberkatiNya... di samping memiliki cahayamata yang comel dan bijak he3

08 January 2014

TANDA SUAMI SAYANGKAN ISTERI

Assalammualaikum

Ape tanda suami sayangkan isteri ye?

1. Tak bagi isteri dedahkan aurat

For me.... my hubby akan jenggilkan mate dia bila tengok bininya pakai pakaian yang terketat masa keluar rumah... kalau nasib tak baik aku kena cubit ha3... but tu semua jadi ingatan aku  supaya jaga penampilan masa keluar rumah... he3

2. Tak bagi chance lelaki lain duduk dekat dengan isterinya

For me... my hubby... memang macam tu... kalau naik flight... .. kalau yang bakal duduk sebelah bini dia tu lelaki... mestilah dia akan soh tukar seat... hu3... kalau pegi makan dengan member lelaki dia... susunan kerusi masa makan memang dia akan jaga... supaya bininya tak duduk bertentangan mata dengan member lelaki dia... dan tak duduk sebelah member lelaki dia...

3. Selalu ada bila isteri memerlukan

For me... my hubby... selalu ade terutamanya saat isterinya sangat memerlukan... masa aku demam... dalam pantang... ha3 rasa macam nak dalam pantang je hari2... sebab dilayan macam puteri ho3...

4. Faham sangat taste isteri

For me... aku beruntung sangat sebab my hubby sangat mengutamakan isterinya daripada dirinya sendiri... daripada soal makan... pakai... dan sebagainya... tapi dia tetap letakkan ibunya nombor satu... tu yang buat aku sayang beribu ribu lemon kat beliau...

perghhh nak cite lebih2 kang takut touching sangat... sayang rasa sangat happy... sebab abang jaga sayang dengan baik..... semoga kita dapat bersama sampai syurga... sob sob sob


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...