GENG LENSA HIDUP

07 March 2017

BR1M VS SSM



Brim vs SSM
Isu hangat harini
=====================+
Nampaknya hari ini seharian rakyat tengah bising pasal cara pengagihan BRIM. Pemberian katanya iklas dari kerajaan untuk bantu rakyat tapi kena beratur jumpa Ketua Bahagian Umno untuk ambil. Berjam jam kena tunggu.

Yang satu hal pula lagi sadis. Ada juga permohonan reject atas alasan suri rumah kena declare tax setelah daftar ssm. Yang suruh daftar ssm ni dulu kerajaan juga. Konon nanti senang nak mohon tabung ushawan kecil hasil dari perniagaan kecil kecilan tadi. Kalau tak daftar ssm akan jadi satu kesalahan(masa tu).

LHDN dapat kesan dalam akaun bank suri rumah tu tiap tiap ada transaksi duit(mungkin hasil dari direct selling parttime atau perniagaan online marketing). LHDN gagalkan permohonan pasangan begini dan minta pasangan ni declare pendapatan sebenar(bertujuan untuk kenakan cukai) walhal itu cuma aktiviti suri rumah bagi tambahkan pendapatan utk kurangkan beban kewangan suami. Tak banyak pun... adalah seringgit dua... lepas la duit nak isi minyak moto dan beli sayur kangkong dan ikan gelama kering. Tiap tiap tahun si suami dapat BRIM. Tapi tahun ni gagal sebab isu ni.

Zaman Tun M jadi PM aktiviti part time direct selling atau online marketing tiada LHDN nak pergi korek sana sini selongkar. Tak da. Sebab apa? Sebab Tun M faham.Si isteri tu hanya nak membantu meringankan beban kepala keluarga. Tak kaya pun... CUMA NAK RINGANKAN BEBAN KELUARGA.

Nampak benar kerajaan tidak iklas. Habis duit part time si isteri yang dapat seringgit dua dalam akaun di selongkar kerajaan supaya pendapatan seringgit tadi yg tujuannya untuk membantu mengurangkan beban kewangan suami, DI KENAKAN JUGA CUKAI.

Kalau perbuatan tu iklas pasti rakyat dah ucap terima kasih. Tapi malam ni keadaan dalam media sosial panas. Sana sini rakyat yang tak terlibat dengan kemelut politik MELEPASKAN EMOSI pasal cara BRIM di agihkan tahun ni.

Ikhlas????
Tepuk dada tanya diri sendiri
Sape yg kene balik

hahaha sape suruh undi najib????

6 SEBAB KENAPA BR1M TIDAK LULUS

Assalammualaikum...

semoga sihat dan gembira selalu biarpun harga gula dah naik dan ada juga tahun ni yang tak dapat BR1M...

okay berbalik pada tajuk di atas...

1. Najib nak jimat kos...
2. Sebab korang ada daftar SSM
3. Gaji korang dah besar
4. Najib tengah kumpul dana nak PRU... penerima BR1M terpaksa dikurangkan.
5. Bukti taraf hidup rakyat malaysia makin meningkat... (nanti najib cakap kat dalam tv... mase baca statistik penerima BR1M tahun ni...)
6. Salah isi borang

*kompom najib akan cakap penerima BR1M berkurangan... kerana pemberian BR1M dapat membantu menaikan ekonomi rakyat...

Najib memang benar... bukan semua kuah tumpah ke nasi...

betul tak???
'Antara Najib dan Razak ibarat kuah tumpah ke lantai...'




01 March 2017

KISAH TUN MAHATHIR YANG TIDAK DICERITAKAN


KISAH TUN MAHATHIR YANG TIDAK DICERITAKAN...

"Dari segi apa kamu menghukum Tun Dr Mahathir tidak memperjuangkan Islam ? Dari segi apa ? Tun M pernah DITEMBAK di bahu kanan beliau ketika beliau ingin menyelamatkan umat Islam di Bosnia suatu ketika dahulu. Tapi beliau tak nak bgtau sesiapa pun.

Malah, sebelum itu, Beberapa ahli kabinet beliau offer untuk pergi tapi beliau enggan.... Beliau kata "tak pa lah, kalau hangpa mati sapa nak jaga negara, biar saya pi sorang ja"

Kisah ini diceritakan sendiri tentera yang menjaga beliau ketika misi itu. Kuatnya hati beliau. Cekalnya hati beliau. Besarnya hati beliau:

1) Dia lah yang menggerakkan negara Islam yang lain untuk membantu Bosnia Herzegovina ketika umat Islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dia juga lah yang menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam kita ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam di Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestin.

5) Dia juga lah pemimpin Islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yang mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat Islam demi untuk melepaskan sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat Islam serta mempertahankan Islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara Islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Siapa dia? Ya.. dialah..

TUN DR MAHATHIR BIN MOHAMAD, Bekas PERDANA MENTERI MALAYSIA dan manusia yang dihormati UMAT ISLAM dan PEMIMPIN ISLAM seluruh dunia.

28 February 2017

AVANI SEPANG GOLDCOAST RESORT MURAH DARI PASARAN




hai!!! uolss...

PRICE LEBIH RENDAH DARI AGODA, TRIVAGO!!! HAH???

AVANI SEPANG

SUPERIOR ROOM
RM400 weekday
RM430 weekend/ph/sh

giler kau murah dari harga pasaran!!!! cepat inbox akak untuk lock tarikh...

wasap 0179143052 diyla

#avanisepangmurah
#pakejavanimurah
#infinityon9shop

15 February 2017

KANDUNGAN KELIMA

Assalammualaikum

menghampiri usia ke tujuh tahun perkahwinan... banyak pengalaman baru dirasai... hihihi...

tak sangka jugak dah merasa 5 kali mengandung... sekali keguguran... sekarang baby keempat is on the way... gituuuuu...

mak-mak anak ramai ni sebenarnya sangat perlukan bantuan suami dalam menguruskan anak-anak... kalau tak mak cepat penat dan stress... huhuhu

mujur ade suami yang sentiasa siap siaga nak membantu... hakak lebih fokus dalam teman anak-anak belajar dan masak untuk diaorang...

jadi tak de la serabut sangat... kikiki...
apa pun hakak rasa gembira dan bersyukur ada suami yang sentiasa menyokong aktiviti isterinya... biarpun hakak suka bergosip dan berjimba-jimba... hahaha

semoga perjalanan untuk kelahiran keempat dimudahkan urusan... dan kasih sayang kami semakin kuat menjangkau ke tahun ketujuh perkahwinan...

doakan baby elok-elok sahaja...


ahmad, alisha dan nu'man

kita tunggu baby keempat ni baby girl atau boy... mama dah tazabar nak tau... ftttt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...