GENG LENSA HIDUP

06 June 2015

ADA KEMATIAN DI GUNUNG KINABALU



KUNDASANG: Terdapat kematian dilaporkan di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di Sabah, pada Jumaat.


Perkara itu disahkan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun melalui laman Twitter beliau.



"Dengan amat dukacita saya hendak memaklumkan bahawa ada kematian di Gunung Kinabalu," katanya sambil menambah bahawa butirannya akan diumumkan pada Sabtu.



Sementara itu, dua mayat telah dibawa turun ke Pondok Timpohon di tapak  pendakian Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara, kira-kira 8.30 malam pada Jumaat.



Seorang daripada mangsa ialah malim gunung bernama Rubbi Sapinggi, 30, dan seorang lagi ialah wanita warga asing.



Gempa bumi yang berlaku pada 7.15 pagi di daerah Ranau itu juga menyebabkan gempa susulan di lokasi-lokasi seperti Kota Kinabalu, Tambunan, Pedalaman, Tuaran dan Kota Belud.



Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata gegaran lemah dirasai di Ranau pada 11.13 malam dan 11.32 malam pada Jumaat.



Gegaran itu bermagnitud, masing-masing 4.3 dan 2.8 pada skala Richter.



Petugas media dan anggota lain yang berkumpul di pusat operasi ditubuhkan di Taman Kinabalu, yang menjadi pintu masuk ke gunung itu di Kundasang, dilihat bergegas lari untuk menyelamatkan diri.


SUMBER: ASTRO AWANI/BERNAMA

03 June 2015

PETUA HALAU SEMUT

Cuba petua berikut untuk menghalau semut di rumah anda:
1. Cili kering :
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

2. Minyak masak :
Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

3. Bawang merah :
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tak perlu kupas kulit bawang tersebut.

4. Kulit telur :
Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

5. Asam gelugur :
Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntun bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

6. Daun sirih :
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

selamat mencuba!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...