GENG LENSA HIDUP

05 August 2015

LELAKI INI LEBIH SWEET DARIPADA SUAMI CIK EPAL






Assalammualaikum

Terkini kisah suami cik epal yang sweet dipaparkan

Lelaki ini tidak kurang sweetnya ha3
Dialah bapa kepada 3 ORANG anak
Dialah suami kepada SEORANG isteri
pernah menjadi CHEF untuk ISTERINYA
pernah menjadi BIDAN untuk ISTERINYA ketika berpantang
selalu ada dan sering siap siaga untuk membantu isteri...
seorang AYAH yang tak kekok mandikan ANAK
seorang AYAH yang tak kekok basuh berak ANAK

Inilah anugerah termanis sepanjang bergelar isteri

Dan semalam 4 ogos 2015
Hari lahirnya yang ke 29 tahun
Semoga DIA menjadi anak yang soleh untuk IBU dan AYAHNYA
dan menjadi SUAMI dan AYAH TERBAIK untuk keluarga kecil kami

'Luv u to the moon n back'

P/s: jangan marah haaa guwa puji laki guwa. Dia sweet di mata guwa =)



04 August 2015

MY FIRST TRIAL RENDANG (TANPA MSG)

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu

Seumur hidup aku...
ni lah kali pertama aku buat rendang...

Semalam aku buat sebab nak melepaskan hajat... almaklum la berpantang masa raya pertama... so x dapat la makan rendang puas-puas... huhi

Inilah my rendang
Bahan-bahannya:

1 ekor ayam potong ikut suka
2 inci lengkuas*
1 inci halia*
1 sudu teh ketumbar biji*
20-30 tangkai cili kering* 
1 sudu teh jintan manis dan putih*
10 ulas bawang kecil*
5 ulas bawang putih*
3 batang serai*
sedikit asam jawa (agak2 je)
2 sudu makan kerisik
100ml santan
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Sehelai daun kunyit yang diracik halus macam bunga rampai gitu....

Cara-caranya:
Kisar semya bahan bertanda (*)
Panaskan sedikit minyak untuk menumis
Masukkan bahan kisar. Tumis hingga naik bau. Masukan ayam... kemudian santan... perasakan dengan gula dan garam... kemudian masukan kerisik. Dan tunggu hingga rendang agak kering... masukan pula daun kunyit... 
then... cuba rasa.... rasa gula dan garam ikut tekak masing-masing haaa

Resepi aku ni memang tak de guna monosodium glutamat k...

Tu pun dah menjilat jari he3

Dimakan pula dengan nasi impit atau ketupat... memang umphhh!!!

03 August 2015

RAYA SAKAN MENGKARAK 01

Assalammualaikum
Semoga semuanya sihat selalu

Syoknya raya tahun ni
Hi3 beraya ngan kengkawan

Masa kat umah aku

Beraya sakan

Makan jangan tak makan

P/s: aku update blog kali ni guna fon. Susah tak susah bak hang nak menaip. Hi3 lappy rosak plak... kan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...