GENG LENSA HIDUP

26 July 2017

YEAY!!! NEW BABY FRESH FROM OVEN



Assalammualaikum

Alhamdulillah... aku dah selamat melahirkan baby yang keempat... dapat gegurl... fuhhh syok la boleh beli baju gown...



Nur Iman Amani binti Mohd Noor Aiman
25 syawal 1438H @ 12:03PM
3.46kg

Officially Nu'man dah jadi abang...

Syok sangat abang n kakak main doktor2

My 3rd child abang nu'man

My 2nd child kakak alisha

My 1st child abang ahmad

Daaaaaa jumpa lagi nanti...

P/s: plan nak buat surprise untuk besday husband... wait n see yaaaa

07 March 2017

INI SEBABNYA ADA SSM TIDAK DAPAT BR1M



#BR1M

Awak ada SSM.
Awak tak dapat BR1M.
Awak tau sebab apa.?

Sebab awak tak bukak file LHDN untuk declare pendapatan bisnes awak.
Itu jaa. 😂

Ada SSM maksudnya ada bisnes.
Ada bisnes maksudnya ada duit masuk/pendapatan so kena declare dan kena bayar tax.

Awak ada SSM tapi tak bukak file dengan LHDN, Dia  tak boleh tengok pendapatan awak banyak mana.
Dia anggap awak simpan untung 10K bawah bantal tiap-tiap bulan.

Makanya, BR1M dibye-byekan dari awak

Sekarang ampa paham kan gamenya macam mana.?
Dia takkan bagi buta-buta kalau kita tak bagi dulu.
Hehe.

Pakat-pakat sabaq la noooh. 🙊

p/s: macam tak faham pulak permainan najib huhuhu...

BR1M VS SSM



Brim vs SSM
Isu hangat harini
=====================+
Nampaknya hari ini seharian rakyat tengah bising pasal cara pengagihan BRIM. Pemberian katanya iklas dari kerajaan untuk bantu rakyat tapi kena beratur jumpa Ketua Bahagian Umno untuk ambil. Berjam jam kena tunggu.

Yang satu hal pula lagi sadis. Ada juga permohonan reject atas alasan suri rumah kena declare tax setelah daftar ssm. Yang suruh daftar ssm ni dulu kerajaan juga. Konon nanti senang nak mohon tabung ushawan kecil hasil dari perniagaan kecil kecilan tadi. Kalau tak daftar ssm akan jadi satu kesalahan(masa tu).

LHDN dapat kesan dalam akaun bank suri rumah tu tiap tiap ada transaksi duit(mungkin hasil dari direct selling parttime atau perniagaan online marketing). LHDN gagalkan permohonan pasangan begini dan minta pasangan ni declare pendapatan sebenar(bertujuan untuk kenakan cukai) walhal itu cuma aktiviti suri rumah bagi tambahkan pendapatan utk kurangkan beban kewangan suami. Tak banyak pun... adalah seringgit dua... lepas la duit nak isi minyak moto dan beli sayur kangkong dan ikan gelama kering. Tiap tiap tahun si suami dapat BRIM. Tapi tahun ni gagal sebab isu ni.

Zaman Tun M jadi PM aktiviti part time direct selling atau online marketing tiada LHDN nak pergi korek sana sini selongkar. Tak da. Sebab apa? Sebab Tun M faham.Si isteri tu hanya nak membantu meringankan beban kepala keluarga. Tak kaya pun... CUMA NAK RINGANKAN BEBAN KELUARGA.

Nampak benar kerajaan tidak iklas. Habis duit part time si isteri yang dapat seringgit dua dalam akaun di selongkar kerajaan supaya pendapatan seringgit tadi yg tujuannya untuk membantu mengurangkan beban kewangan suami, DI KENAKAN JUGA CUKAI.

Kalau perbuatan tu iklas pasti rakyat dah ucap terima kasih. Tapi malam ni keadaan dalam media sosial panas. Sana sini rakyat yang tak terlibat dengan kemelut politik MELEPASKAN EMOSI pasal cara BRIM di agihkan tahun ni.

Ikhlas????
Tepuk dada tanya diri sendiri
Sape yg kene balik

hahaha sape suruh undi najib????
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...