GENG LENSA HIDUP

28 January 2010

HENTIKAN

kepala babi
bakar sana bakar sini
hentikan semua provokasi
kamu sangka bisa kami lupa
kenaikan harga gula
negeri kami dirampas
kematian misteri
kehilangan enjin jet
dengan hanya melihat kepala babi di surau
gereja dibakar
surau dibakar
kalimah ALLAH dijadikan umpan
nah sang pemerintah
kami marhaen tidak pernah lupa
biar kami tidak berharta
tapi hati kami tidak buta
melihat salah guna kuasa
ada di merata-rata

DEDIKASI BUAT AYAH

selamat hari lahir buat ayah
ABIDIN BIN WAHAB
insan yang pernah bersusah payah untuk anak-anaknya
membesarkan insan yang aku sayang
sehingga bisa kami berkasih sayang
semoga dirimu sentiasa sihat
dirahmati
diberkati
dilindungi
sepanjang usia
diselimuti iman
hingga ke akhirnya
dijauhi fitnah dunia
amin amin amin
insyaALLAH



V
V
V
V

p/s: sayang yang di sana jaga dirimu baik-baik ya....

CUBA KAMU DATANG DALAM HATI INI

cuba kamu datang dalam hati ini
ambil rasa ini
letakkan dalam bebola kaca
kamu lontar tinggi ke angkasa

nah
ia jatuh
kamu lihat
berderai bukan

bisakah kamu ajari aku mencatumnya semula
atau kamu biarkan
menanti aku bisa mencantum semula

27 January 2010

TEMUDUGA TERTUTUP

TEMUDUGA TERTUTUP

AMARAN:
Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.



EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasullah SAW:

Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala.
Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.
Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.
Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.
Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan
mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?
Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.
Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujungkaki)

Wallahu-a'lam

WASPADA MEMBACA AL-FATIHAH

salam...
hari ni aku nak bawa korang mengetahui sedikit mengenai surah al-fatihah...
kedudukan surah al-fatihah dalam solat...
menurut imam syafie....
membaca al-fatihah dalam solata dalah wajib...
tidak sah solat sekiranya tidak membaca al-fatihah..
walaupun satua ayat...

berikut adalah dalil dan nas yang menerangkan...

pertama:
amalan atau perbuatan Rasulullah sendiri
 yang sentiasa membaca al-fatihah di dalam solat sepanjang hayat baginda
dan menjadi kewajipan kepada kita selaku umat baginda...
mengikuti apa sahaja yang diamalkan oleh baginda kerana ia merupakan
perintah Allah Taala...
sebagaimana firmanNya
Maksudnya:
" Katakanlah: Wahai manusia, sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu sekalian.
 KepunyaanNya kerajaan langit dan bumi.
Tidak ada Tuhan kecuali Dia.
(Dia) menghidupkan dan mematikan sebab itu berimanlah kepada
 Allah dan rasulNya, nabi yang ummi, yang beriman kepada Allah dan kalimahNya
dan ikutlah dia mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk."


kedua:
Maksudnya:
" Daripada 'Ubaidah bin Somit katanya: Bersabda Nabi s.a.w:
' Tidak sah sembahyang bagi sesiapa yang tidak membaca Al-Fatihah"

 Riwayat Bukhari dan Muslim


dan banyak lagi...
korang boleh carik sendiri...
oleh itu betapa pentingnya membaca al-fatihah dengan betul...

jika tidak berhati-hati...
mugkin anda semua akan ada menyebut nama syaitan di dalam al-fatihah


Nama-nama syaitan:

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

 4. KANNA'K (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NA'K

 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KANAS

 6. SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti

 7. AMIN ...............hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu
 AA ......dua harakat, MIN .... 3 harakat.

kerana itu sesiapa yang ingin terlibat dalam kaedah perawatan menggunakan al-quran...
mereka perlu membaca al-fatihah dengan betul...
sebagaimana yang diperkatakan oleh ustaz nik bakri bin nik mat
di dalam kelas agama yang pernah aku hadiri...

semoga amin kita bersamaan dengan amin para malaikat InsyaALLAH

26 January 2010

BOLEH TOLONG TAK??

salam...
to all my readers...
boleh tolong tak???
jangan hantar sms atau call aku....
sila hantarkan email kat email address yang aku dah bagi...
tak kira lah...
korang nak bertutorial ke dengan aku...
bertanya pasal blog...
nak carik orang ke...
berkenaan ape sekalipun...
silalah hantar email...
nombor telefon aku tu...
privasi...
hanya untuk keluarga...
tunang aku...
dan sedara mara...
jugak jiran tetangga....
aku tak nak tengah aku golek-golek atas katil...
ade orang nak tanya tutorial photoshop lah...
nak buat link macam mane lah...
ape lah...
aku mau jawab macam mane???
dan guna email akan lebih telus...
coz tunang aku pun tau password nak access email aku...
so tidak akan menimbulkan syak...
berinteraksi secara maya lebih mudah....
maaf sekiranya menyinggung sesiapa yang berkenaan....
lagi sekali aku publish email aku...

caramel_xyz@yahoo.com
norfadhillah1810@gmail.com
lensahidup_missxyz@yahoo.com

tanye lah pape pun korang nak tanye...
insyaallah aku akan reply email korang....
tidak termasuk soal peribadi aku...

24 January 2010

MENGUNDUR MASA??

salam...
apekah kamu mau mengundur masa??
mana mungkin...
kamu cuma bisa mengenang masa silam sahaja....
aku mula teringat zaman kanak-kanak..
omputih kate childhood...
adakah aku robinhood di masa lampau???
tak mungikn...
jom kita tengok imej-imej lampau aku...
ngan adik-adik aku...

nor fadhillah binti luawi (aku- buah longan)
lokasi: sekolah kebangsaan felda jenderak selatan, pahang


mohd haziq bin luawi (oyaji)
lokasi: zoo melaka, melaka bandaraya bersejarah


nor adibah binti luawi (babashi)
lokasi: air papan, mersing


nor farhane binti luawi (gemok)
lokasi: depan umah - dalam semak
lagi...
aku bersama kenangan

model biskut...


model moto...


street musician


sengih...


anak bapok ke??? anak bapak????


berposing lepas ayah balik keje


oh.. aku lagi...


lepas mandi pon bergambar...

p/s: aku di zaman lampau sangat suke bergambar....
gile kentang bergambar.... huhu...

23 January 2010

LAWAK JUGAK YE....

salam...
mungkin statement aku agak loyar buruk kamu kate...
tapi betol ape????
kamu semua suda dengar kat TV???
tak kisah la TV3 ke...
TV1 ke...
TV9 ke...
Hishamudin cakap ape???
sape2 yang bakar GEREJA...
dia akan carik sampai lubang cacing....
diulangi...
lubang cacing...
ooooo....
padan la selama ni pesalah2 susah nak dapat tangkap...
dia carik kat lubang cacing rupenye....
mane la ade org kat situ...
 en. menteri oi....
name pon lubang cacing...
mesti la cacing yang ade...
adoiyai...
huhuhu...
tu statement dari menteri okay!!!
bukan aku yang ckp...
sendiri yang buat huru hara...
pastu mau jadi hero pulak...
ish ish ish...
layannnnnnnnnnnnnnn...

p/s: semoga sesiapa di pihak yang benar sentiasa dilindungiNYA...


KHALID PERJELAS INTI TITAH SULTAN....

salam...
isu ahli parlimen shah alam yang dipanggil mengadap sultan......


KUALA LUMPUR, 22 Jan: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj menitahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya mengusahakan suatu cadangan enakmen berkaitan masyarakat bukan Islam di negeri itu.

Penjelasan Khalid itu sekaligus menafikan bahawa beliau dititahkan ke istana disebabkan vokal dalam isu kalimah 'Allah' sebagaimana yang dilaporkan beberapa media massa.
"Setakat ini, bukan isu kalimah 'Allah', Sultan lebih bertitah (tentang) enakmen-enakmen berkaitan orang bukan Islam," jelas Khalid ketika dihubungi petang tadi.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Lajnah Politik PAS Pusat menganggap Sultan Sharifuddin sebagai seorang pemimpin yang bersikap toleransi dalam melihat beberapa isu mutakhir yang membabitkan umat Islam dan masyarakat bukan Islam di Selangor.
Menurut Khalid, Sultan menitahkan PAS serta Pakatan Rakyat di Selangor supaya memanfaatkan prosedur undang-undang yang ada, sekiranya berhasrat membuat sebarang perubahan.
"Kalau berasa apa-apa yang tidak sesuai dan memerlukan rombakan pada enakmen, maka ikut prosedur.
"Tuanku menitahkan kita untuk membuat proposal dan jelaskan mengapa perlu rombakan enakmen-enakmen (berkaitan masyarakat) bukan Islam," jelasnya.
Jelasnya lagi, Sultan tidak gembira dengan perubahan menggunakan pendekatan berceramah.
"Istana tidak suka (pendekatan) ceramah-ceramah ini (kerana) ia memanjangkan kekacauan berterusan," jelasnya.
Menjunjung titah Sultan Sharafuddin, beliau yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Shah Alam bersedia memanjangkan hasrat Tuanku Sultan kepada para pemimpin PAS di peringkat negeri.
"Saya menjunjung titah tersebut dan akan berbincang dengan pemimpin PAS, jadi proposal ini bukan daripada saya, tetapi biar datang dari PAS secara rasmi," ujarnya.
Dalam perkembangan yang sama, Khalid menjelaskan bahawa niat bertemu Tuanku Sultan diusahakan sejak November tahun lalu lagi.
Kesempatan mengadap Tuanku Sultan pagi tadi, menurut beliau, digunakan untuk menjelaskan beberapa proses pembangunan serta pembaharuan yang dibangunkan di Shah Alam.
Dalam perkembangan berkaitan, Khalid juga dilaporkan membuat penafian kononnya cuba menghina Tuanku Sultan dengan mempertikai penglibatan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dalam suatu demonstrasi berkaitan isu kalimah 'Allah' di perkarangan Masjid Negeri, Shah Alam.
Isnin lalu pula, lebih 16 badan bukan kerajaan (NGO) dilaporkan membuat aduan polis berhubung isu tersebut.
Setelah keluar dari Istana Kayangan kira-kira jam 1 petang tadi, Khalid memberitahu wartawan bahawa beliau begitu menjunjung kasih dengan nasihat-nasihat yang dititahkan oleh Tuanku Sultan.
erm... mcm2 fitnah yang dilemparkan...
semoga yang benar sentiasa dilindungiNYA...
bagi yang benar2 boleh berfikir...
jika akhbar alternatif...
melaporkan berita yang salah sudah semestinya mereka akan disaman oleh kerajaan Malaysia 
mereka mampu melaporkan apa sahaja berita untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat
kenape??? mereka yang kontrol segala media massa...
so renung2kan...

SULTAN JOHOR MANGKAT

SALAM...


Saya mengucapkan innalillah hiwa inna ilai hiroji'un dan takziah atas kemangkatan Kebawah DYMM Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor Darul Ta'zim sebentar tadi jam 7.15mlm Jumaat 06 Safar 1431 bersamaan 22 Januari 2010 di Hospital Pakar Puteri akibat gering.

Almarhum pergi disaat umat Islam khususnya berhadapan dengan kemelut dan masalah serangan terhadap aqidah dan agama Islam yang tidak berkesudahan, dan mengharapkan pembelaan seorang Raja yang tegas dan berani.

Saya masih ingat lagi bagaimana Almarhum Tuanku adalah salah seorang Sultan yang sangat tegas membela Islam semasa isu cubaan menghidupkan IFC sehingga cubaan jahat itu gagal dilaksanakan.

Semoga ALLAH mencucuri rahmat ke atas Almarhum Baginda dan meletakkan Almarhum Baginda dalam golongan soleh dan diberi keampunan.

Semoga keluarga Almarhum Baginda khususnya dan rakyat Johor amnya diberi kesabaran menghadapi ujian dan saat kesedihan ini.

Wassalam.

PERTEMPURAN SUDAH BERMULA

Sebagai penyokong Pakatan Rakyat, saya ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa pertempuran telah bermula!

Kepada semua wakil-wakil Parlimen, ADUN-ADUN dan ahli-ahli PKR, PAS dan DAP, anda semua mesti bersiap sedia untuk pergi ke medan pertempuran, jangan tidur dan jangan leka.

Pada penghujung bulan Januari hingga permulaan bulan Februari tahun 2009 pada masa Tahun Baru Cina, BN telah mendalangi rampasan kuasa di Perak.  Pada masa itu, tiada satu orang dari Pakatan Rakyat pun yang menjangka bahawa ini akan berlaku. Dengan beberapa langkah yang licik dan pantas, BN telah menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.  Dan sebagai seorang yang pesimis, saya percaya bahawa adalah mustahil untuk Pakatan Rakyat mendapat kembali kuasa di Perak melalui proses mahkamah dan hanya terpaksa menunggu sehingga Pilihanraya Umum Ke-13.

Saya sekarang menggesa Pakatan Rakyat supaya sentiasa berjaga-jaga selama 24 jam sehari tujuh hari seminggu.  Serangan mengejut selalu akan dilakukan oleh BN. 

Saya berpendapat setelah Datuk Zaid Ibrahim dari PKR mencadangkan bahawa Tuan Guru Nik Aziz menjadi kapten bahtera Pakatan Rakyat, BN telah bertungkus-lumus melancarkan serangan peribadi bertubi-tubi (character assassination) ke atas Tuan Guru Nik Aziz.  Sejak November 2009, serangan-serangan berikut telah dilakukan oleh BN keatas Tuan Guru:-

1) Hal penajaan untuk menunaikan fardhu haji di Mekah;

2) Hal menantunya yang bekerja di PMBK; dan

3) Hal pembelian kek.

Serangan ini akan berterusan sehingga BN mencapai matlamatnya iaitu Tuan Guru Nik Aziz mesti meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.  Itulah strategi BN untuk merampas kuasa di Negeri Kelantan.  Dalam medan pertempuran dahulu kala, bila ketua angkatan tentera mati tentulah askar-askarnya akan melarikan diri, membunuh diri ataupun mengibar bendera putih.  Inilah yang dirancangkan oleh BN supaya Negeri Kelantan akan jatuh ke tangan BN.

Satu lagi strategi BN ialah dengan menggunakan senjata ideologi.  Serangan dengan menggunakan senjata ideologi ini dilakukan ke atas PAS dan DAP di mana BN cuba melagakan PAS dengan DAP.  Strateginya ialah menakutkan orang Cina bahawa PAS ialah parti fanatik dan menakutkan orang Melayu bahawa PAS tidak lagi berjuang untuk Islam sebab telah bekerjasama dengan DAP. Strategi serampang dua mata ini memainkan isu sentimen perkauman dan memperalatkan agama.  Ini jelas menunjukkan niat jahat BN.

Senjata BN yang satu lagi yang tidak kurang hebatnya ialah menakutkan orang dan menindas rakyat (to create an element of fear).  Penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang mengadakan candlelight vigil ataupun mengadakan protes menentang Akta Keselamatan  Dalam Negeri (ISA-Internal Security Act) akan ditangkap dengan cepat oleh polis. 

Dan senjata yang amat berkesan ialah senjata Trojan Horse.  Senjata ini ialah satu budak upahan BN bernama Saiful yang telah bekerja untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk satu jangkamasa yang singkat tetapi telah melakukan kerosakan yang amat teruk dan parah sekali ke atas Anwar.  BN berharap supaya apabila Anwar tumbang, Pakatan Rakyat akan tumbang bersama.

Senjata media arus perdana pula digunakan setiap hari untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat di mana para penulis akhbar media arus perdana sentiasa memberi kritikan yang tidak munasabah ke atas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan memanipulasi berita mengenai PAS, PKR dan DAP dengan memberikan imej bahawa parti-parti ini selalu bertengkar dan tidak bekerjasama.

Senjata wang pula tidak perlu disebutkan lagi sebab BN memang pandai menggunakan senjata ini untuk membeli kuasa dan sokongan rakyat.  Oleh itu, setiap kali apabila pilihanraya kecil diadakan, BN akan memberi wang untuk memperbaiki jalanraya,  jambatan dan lampu jalan, membersihkan longkang dan lain-lain lagi di kawasan pilihanraya tersebut.  Oleh itu by-election juga boleh disebut sebagai buy-election oleh BN.  Wang rakyat juga digunakan oleh BN untuk memperbaiki imej mereka sendiri dengan mengadakan program mesra rakyat seperti UMNO Juara Rakyat yang baru sahaja dilancarkan dalam bulan Januari tahun ini.

Sudah lama BN menggengam negara ini dengan pemerintahan kuku besi. Jika ini berterusan maka negara akan musnah sama sekali oleh kerana negara akan hilang daya saingannya. Pelabur asing menarik keluar modal mereka, pasaran merudum, ekonomi  merosot, jumlah keluarga miskin tegar akan bertambah, kadar jenayah akan naik dan Malaysia akan menjadi negara dunia ke-3 ataupun ke-4.  Wawasan 2020 adalah satu khayalan sahaja.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mesti merancang strategi untuk melawan BN.  Jangan tunggu hingga saat-saat terakhir.  Bermula dari sekarang Pakatan Rakyat mesti mengadakan kempen, forum, seminar, conference, roadshow dan lain-lain aktiviti untuk menerangkan program-plan Pakatan Rakyat kepada rakyat. 

Sebenarnya para pemimpin Pakatan Rakyat adalah lebih cerdik dan lebih berkaliber daripada para pemimpin BN.  Para pemimpin BN hanya pandai merebut kuasa dan mengaut keuntungan negara. Mereka langsung tidak peduli dengan ekonomi negara tetapi hanya menjaga akaun kewangan mereka sendiri.

Telah tiba masanya untuk rakyat membuka mata dan memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat dan membuang BN ke dalam tong sampah untuk menyelamatkan negara ini. Kita berada di ambang fajar era baru.  Saya menyeru semua rakyat satu Malaysia supaya berganding bahu dan bersama-sama mengorak langkah menuju ke Putrajaya bersama Pakatan Rakyat!  



artikel daripada 
Selena Tay adalah ahli DAP dari Segambut dan penyokong tegar idea Pakatan Rakyat.

WORLD CUP CAMPAIGN 2010 SOUTH AFRICA

salam to all my readers...
promosi piala duani 2010...
wah aku tak sabar mau tonton...
sangat suke...
akan aku nantikan kat depan tv....
yeah...
jom tengok blog ni...
all about WORLD CUP 2010
selamat membaca...
makan bebola....
tido bantal bola...
jangan minum coca cola...

22 January 2010

JANGAN MARAH ISTERI ANDA!!!

Salam to all my readers…
lame jugak aku tak post entri baru…
ermm…
topik yang kita akan bincangkan hari ini ialah…
jantina anak…
kamu semua tau mengenai kromosom????
ape tu kromosom???
kromosom adalah bahan genetik yang terdiri daripada…
asid deoksiribonukleik (DNA) dan protein histon…
faham kamu semua???

dah faham??
jom kita lihat…
wanita  memiliki kromosom XX
lelaki memiliki kromosom XY
ape yang kamu faham???
ape yang aku cube terangkan???
jantina seorang anak dipengaruhi oleh kromosom daripada lelaki…
kerana wanita tidak memiliki kromosom Y…
maksudnya di sini…
lelaki tidak boleh menyalahkan wanita…
kerana memiliki anak perempuan atau lelaki sahaja…
mereka perlu ingat…
jantina anak… ditentukan oleh kromosom daripada mereka…
kebarangkalian untuk memiliki anak lelaki atau perempuan adalah 50/50
okay kepada lelaki di luar sane…
sila jangan marahkan bini anda…
sekiranya sering melahirkan anak perempuan atau lelaki sahaja…
selebihnya kuasa Allah…
untuk memberi…
ape yang penting anak tu amanah…
so jagalah dengan baik…
tak yah le bergaduh pasal jantina anak…

LOYA LAGI MELOYAKAN

salam...
terkejut aku bace citer ni...
betul atau tak wallahuallam...
klik sini
ermm...
sekadar info....
untuk mengelakkan makanan yang syubahah elok lah masak sendiri...
dan elakkan makan makanan segera....
semoga kita semua sentiasa dilindungiNYA...

p/s: tapi betol la daging katak manis... member chinease aku penah citer...

20 January 2010

MENJEJAK RAHSIA MATRIX

Sejak berabad lamanya,manusia ingin tahu apakah sebenarnya diri mereka ini dan hubungannya dengan alam sekeliling.Ada yang berguru dengan para bijak pandai dan pendeta agama.Ada yang melakukan pertapaan berminggu-minggu.Ada yang berpuasa.Ada juga yang menyakiti diri sendiri semata-mata ingin tahu tujuan dan mengapa mereka berada di dunia.

Kita kadangkala bermimpi ketika tidur,namun apakah yang terjadi sebenarnya ketika kita bermimpi?Kita merasakan terbang melayang atau bersiar-siar ke dunia lain.Ada yang pernah melihat kaum keluarga atau orang-orang yang telah meninggal dunia.Mimpi bagaikan satu dunia lain yang fantasi dan aneh.Apakah sebenarnya mimpi itu?Adakah ketika itu roh kita benar-benar keluar dari tubuh?

Adakah mimpi ini berkaitan dengan dunia kita sekeliling?Apakah maksud mimpi ini sebenarnya?Apabila kita mati,adakah kehidupan lain selepas itu,atau kisah hidup kita tamat di sini?Apakah makna hidup ini.Mengapa kita di sini?Siapa yang melakukan semua ini dan apa tujuan dia?

Terdapat persoalan yang misteri di sini.Ada sesuatu yang tidak kena.Jika hidup terhenti di sini,atau hanya kebetulan berdasarkan hukum evolusi,apakah sebenarnya mimpi itu?Bagaimana kita boleh mengingati mimpi kita selepas bangun dari tidur?Ini bermakna minda kita masih berfungsi ketika tidur.Jadi,bagaimana minda tidak mati padahal tubuh kita mati dan tidur?

Apakah hubungan minda dan tubuh??

"We are not human beings on a spiritual journey. We are spiritual beings on a human journey"
(Stephen R. Covey)


Otak manusia terdiri daripada tiga komponen struktur utama:cerebrum yang berbentuk kubah-besar,terletak di atas,cerebellum yang terletak terpencil di bahagian bawah dan stem yang terletak ditengah-tengah.Otak manusia adalah pusat kawalan bagi pergerakan,tidur,rasa lapar,dahaga dan aktiviti-aktiviti lain untuk berhidup.Otak sekian lama dikaitkan sebagai organ untuk menusia berfikir.Saintis mengatakan emosi juga dikawal oleh otak.Otak menerima dan menterjemah isyarat-isyarat yang tak terkira banyaknya yang diterima dari seluruh tubuh manusia juga dari persekitaran luar.

Otak juga terbahagi kepada 3 bahagian iaitu otak Neocartex,Otak Mamalian dan otak reptilian.Denyutan saraf dalam badan manusia bergerak dengan kelajuan 0.5m sesaat ke 100m sesaat(Heimler dan Lockard).Otak Neocartex terbahagi kepada 2 cerebrum iaitu otak kanan dan otak kiri.Otak kanan adalah otak artistik manakala otak kiri adalah otak logik.Selain daripada itu,dalam otak kita mempunyai neuron.Neuron mengandungi bahan sel yang saling bersambung diantara satu sama lain untuk melakukan denyutan saraf dan melakukan proses penghantaran maklumat di antara satu neuron dengan neuron yang lain.

Otak terbentuk dari dua jenis sel: neuroglia dan neuron. neuroglia berfungsi untuk menunjang dan melindungi neuron, sedangkan neuron membawa maklumat dalam bentuk isyarat elektrik.Mereka berkomunikasi dengan neuron yang lain dan ke seluruh tubuh dengan mengirimkan berbagai macam bahan kimia yang disebut neurotransmitter .Neurotransmitter ini dikirimkan pada celah yang dikenal sebagi sinaps.Sinaps berfungsi sebagai penghubung antara neuron-neuron yang ada dalam otak manusia.Jumlah sinaps itulah yang menentukan tahap kecerdasan otak kita.Jumlah sinaps dalam otak kita biasanya berjumlah 10 trilion,tapi tak semuanya berfungsi dengan dengan baik dan tahukah anda 25000 neuron hanyalah sebesar hujung sebatang jarum.Invertebrata seperti serangga mungkin mempunyai jutaan neuron pada otaknya,vertebrata besar mampu mempunyai hingga seratus bilion neuron.

Jadi kesimpulannya,struktur otak kita dicipta untuk mewujudkan neuron.Dan neuron ini penting kerana ia terdiri dari sinaps iaitu bertindak seolah-olah kabel penghubung antara neuron-neuron.ANDA NAMPAK RAHSIA INI?

Kabel,transmitter dan isyarat elektrik adalah kunci kepada rahsia ini.Dalam mukaddimah Matrix011 yang lepas,ada diterangkan tentang Sains Biologi sepintas lalu.Biologi mengatakan bahawa sel kita terdiri daripada kromosom yang membawa DNA.DNA adalah bahan kimia yang mengandungi maklumat genetik yang penting.Data-data ini termasuk warna kulit,jantina,ciri-ciri tubuh atau bentuk wajah seseorang.

Mari kita gabungkan pengetahuan dalam bidang Kimia dan Biologi.Selepas kita cantumkan semua petunjuk ini,kita akan mencapai pintu kepada rahsia Matrix sebenar.

Otak kita sebenarnya bertindak sebagai trasmitter-receiver,ia seperti peralatan radio atau satelit.Sel otak berbeza dengan sel-sel lain di tubuh manusia.Ia terdiri daripada neuron.Neuron-neuron ini bertindak seperti operator yang menyambungkan talian ke talian yang dikehendaki.Dalam terminologi Matrix,neuron seumpama router (penghala) yang membahagi-bahagikan maklumat yang dihantar kepadanya.Dalam komputer,neuron umpama CPU yang memproses maklumat dan menghantarnya ke destinasi.Sinaps pula umpama pipeline di dalam struktur memori cip.Neuron yang banyak tetapi kekurangan sinaps adalah kurang cekap berbanding otak yang mempunyai jumlah sinaps yang lebih banyak.

Dari mana otak menyerap maklumat?Dari perkakas input seperti mata,hidung,telinga,lidah dan kulit.Maklumat ini ditukarkan ke dalam bit-bit isyarat elektrik dan diserap oleh neuron.Neuron juga ibarat server yang memproses maklumat dan menukarkannya kepada bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.Bahan kimia inilah yang dihantar melalui sinaps ke destinasi yang ditetapkan.ANDA FAHAM SETAKAT INI?

Sel-sel tubuh manusia pula terdiri daripada kromosom yang membawa DNA.DNA adalah jujukan maklumat yang berstruktur.Kemajuan dalam Sains Biologi telah mampu memecahkan kod-kod DNA ini kepada maklumat yang boleh dibaca manusia.Namun hanya sebilangan kecil sahaja maklumat ini yang boleh dibaca.Padahal terdapat mungkin beratus atau beribu kombinasi kod yang masih cuba dipecahkan (decode) oleh saintis.Inilah permulaan kepada Genome Project dan pengklonan.Warna kulit dan jantina dapat disahkan maklumatnya di dalam DNA.Begitu juga corak cap jari.Terdapat maklumat genetik yang penting di dalamnya dan pada hari ini saintis mendakwa mampu mengecam seseorang walaupun tubuhnya terbakar atau terpotong-potong kecuali jari-jemarinya,kerana pada hujung jari khasnya corak cap jari itu sebenarnya mengandungi semua maklumat biologi manusia tadi.

"Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."
(AlQiyaamah ayat 4)


NAMPAKNYA MANUSIA MEMBAWA MAKLUMAT DIRINYA YANG TELAH TERTULIS PADA TUBUHNYA KE SANA KE MARI.

JIka kita gabungkan semua 'clue' ini,kita akan perasan bahawa maklumat yang dibawa oleh neurotransmitter melalui sinaps akan dihantar ke SEL-SEL SELURUH TUBUH MANUSIA.Bahan kimia neurotransmitter akan bertukar menjadi DNA,juga sejenis bahan kimia.Inilah cara manusia bertindak dengan maklumat yang diterimanya.

Contoh paling mudah ialah,tangan kita yang tersentuh cerek panas.Secara automatik,tangan kita akan terangkat dari permukaan panas itu.Konsep luaran amat mudah,benda panas membuatkan kita sakit dan sebab itu tangan kita terangkat.Jika ditafsir lebih ilmiah,sistem saraf kita bertindak balas dengan rasa panas.Namun sebenarnya proses tadi mengambil tindakan penghantaran maklumat yang teramat kompleks,bermula daripada komunikasi antara neuron,pemilihan dan pemprosesan maklumat yang banyak;penukaran isyarat elektrik dari input kulit tangan tadi kepada bahan kimia nerotransmitter yang membawa maklumat 'panas' tadi.Kemudian proses penghantaran melalui sinaps,kurang sinaps maka jaringan penghantaran pun lambat maka makin melecurlah tangan tadi.Data dalam bentuk neurotransmitter ditukar pula kepada DNA (deoxyribonucleic acid) sejenis asid yang mengandungi maklumat kemudian akan dihantar pula ke sistem saraf yang memerlukannya.Dalam kes ini,saraf pada tangan akan bertindakbalas.


Dari ini kita tahu,sel otak mempunyai neuron.Sel tubuh mengandungi kromosom.Neuron membawa bahan kimia dipanggil neurotransmitter,manakala kromosom membawa bahan kimia yang dipanggil DNA.Bahan-bahan kimia ini mengandungi data-data.Neuron menukarkan isyarat elektrik kepada data dalam komposisi kimia.Dan kromosom menukarkan data dalam komposisi kimia ke isyarat elektrik semula.

Ini ibarat apabila kita menaip pada papan kekunci,isyarat elektrik akan ditukar kepada kod binari yang akan dihantar ke CPU.Setelah diproses,kod binari tadi akan ditukar ke isyarat elektrik dan dipaparkan pada skrin komputer.Begitu juga apa yang kita taip pada browser,akan ditukar kepada kod HTML,kemudian ditukar kepada format yang dapat dibaca.Begitu juga apabila kita menghantar email,maklumat yang kita hantar akan ditukar kepada paket-paket data dalam bahasa mesin/elektronik kemudian digabungkan semula dan ditukar kepada bahasa manusia.

JIKA SINAPS ADALAH MEDIUM PENGHANTARAN BAGI NEUROTRANSMITTER,APA PULA MEDIUM PENGHANTARAN BAGI DATA DALAM DNA?

Syaitan dan Sel Darah Merah


“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)


Sel tubuh manusia dikategorikan kepada dua:sel darah putih dan sel darah merah.Sel darah putih bertindak sebagai komponen pertahanan tubuh badan;Sistem Daya Tahan Tubuh Melawan Penyakit.Virus AIDS bertindak memakan sel darah putih ini,sebab itu ia mampu melumpuhkan sistem ketahanan tubuh.Kita tinggalkan sel darah putih,kita mahu fokus kepada sel darah merah.Sel darah merah bertindak sebagai MEDIUM PENGHANTARAN DALAM SISTEM TUBUH.Sel darah merah membawa oksigen ke otak.Sel darah merah membawa makanan atau nutrien ke seluruh tubuh untuk tumbesaran.DAN SEL DARAH MERAH JUGA MEMBAWA DATA-DATA KE KROMOSOM.

Sel darah merah umpama sistem pengangkutan.Bas,jalanraya,teksi,LRT,keretapi,kapalterbang atau seumpamanya dan itulah fungsi sel darah merah.Struktur sel darah merah juga dapat menggambarkan tugasnya;seperti sebuah bekas yang melengkung di tengah,guna untuk menampung apa saja.Kita mengenal sel darah merah ini sebagai DARAH sahaja.

Darah mengalir ke seluruh tubuh.Ia mengalir melalui sejenis sistem saraf yang dikenali sebagai pembuluh darah.Darah adalah 'transporter' atau posmen atau kakitangan mel seperti FedEX.Selain nutrien,oksigen dan lain-lain,ia juga membawa data-data dari otak atau dari tubuh ke otak.

Kromosom memanfaatkan perkhidmatan darah ini untuk menyimpan data-data yang dibawanya ke dalam 'perpustakaan digital' yang terbina-dalam (built-in) di dalam DNA.Jadi dari sini kita tahu kemampuan darah membawa data yang dikirimkan oleh neurotransmitter,kemudian dibawa oleh darah kepada kromosom dan dihantar kepada DNA.RAHSIA PERTAMA DARI SINI ADALAH APA YANG KITA FIKIRKAN MEMANG MEMPENGARUHI TUBUH BADAN KITA.Dengan kata lain,data dalam otak kita akhirnya menjadi data dalam sel tubuh badan kita dan sel tubuh akan bertindak berdasarkan maklumat di dalamnya.Seperti mana sistem bas yang mempunyai terminal bas,keretapi yang mempunyai stesen keretapi atau kapal terbang yang mempunyai lapangan terbang,DARAH SEBAGAI KOMPONEN PEMGANGKUTAN PASTI ADA TERMINALNYA JUGA.Apakah itu?

Ia adalah qalb.

Terdapat dua konotasi tentang qalb,pertamanya mengikut terjemahan harafiah,ia bermaksud jantung.Ini adalah benar kerana jantung berfungsi sebagai alat mengepam darah ke seluruh tubuh;mengedarkan darah.

Namun ulama Nusantara lebih cenderung menterjemahkannya sebagai hati dan hati dalam konteks ini bermaksud jiwa (Bahasa Melayu mempunyai dua definisi tentang makna hati,pertama sejenis organ dalam tubuh,dan kedua bermaksud jiwa atau perasaan).Ulama Nusantara bukan salah terjemah kerana mereka sudah pasti pakar dalam bahasa Arab,namun ulama Nusantara yang lebih kepada spiritual bukannya sains lebih cenderung menafsirkan qalbun berdasarkan tafsiran di dalam AlQuran.Qalbun ditafsirkan lebih kepada akal/jiwa di dalam AlQuran.Namun jika kita melihat fungsi hati,ia juga memainkan peranan penting dalam tubuh manusia.

Hati manusia memproses bahan kimia dan dihantar melalui darah.Sebab itu kadangkala hati digelar 'chemical factory'.Hati juga mengawal kandungan glukos dalam darah.Tanpa hati yang berfungsi dengan baik,darah akan menjadi pengangkutan yang 'jahat',membawa bahan kimia yang beracun,berasid atau salah ke sistem tubuh.

Namun dalam konteks ini,jantung lebih tepat memandangkan nabi berkata persoalan 'segumpal daging' (organ manusia) dan mengingatkan ketika peristiwa Isra' Mi'raj,Malaikat Jibril membelah dada nabi untuk mencuci jantung,kerana jantung terletak di dada.

"…Ingatlah! Sesungguhnya setiap penguasa (kerajaan), memiliki daerah terlarang. Ingatlah! Sesungguhnya daerah yang terlarang milik Allah adalah apa saja yang diharamkan-Nya. Ingatlah! Sesungguhnya di dalam tubuh manusia itu ada segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan jikalau ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya, tidak lain dan tidak bukan itulah yang dikatakan qalbun"
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihat,Nabi Muhammad bukanlah doktor tetapi bagaimana baginda mengetahui fungsi jantung lebih 1400 tahun dahulu?Inilah wahyu yang dilhamkan kepada nabi Muhammad s.a.w.Bukan rekaan nabi sendiri.

Hari ini serangan jantung amat merbahaya,dan pengetahuan tentang jantung amat penting dalam disiplin perubatan sehingga ditubuhkan Institut Jantung.

Jantung berfungsi mengedarkan darah;sama seperti fungsi terminal bas,keretapi atau kapal terbang.

Dalam terminologi Matrix,organ ini (qalb) dicam sebagai jantung,namun di Matrix roh,ia adalah jiwa manusia;sesuatu yang lebih abstrak dan sukar untuk dijelaskan.

Berbalik kepada darah,nabi juga memberitahu kita satu maklumat yang penting,iaitu syaitan mampu bergerak bebas di dalam pembuluh darah:

“Bahawa syaitan itu berjalan dari anak Adam pada tempat jalan darahnya, maka sempitkanlah tempat jalannya dengan berlapar.”
(Bukhari & Muslim)


Dalam konotasi hantu di dalam budaya masyarakat dunia,hantu-hantu ini menyukai darah dan digambarkan hantu terutamanya vampire (pontianak) atau drakula amat gemar menghisap darah manusia.Apa kaitan syaitan atau hantu ini dengan darah?Sebenarnya syaitan menggunakan darah SEBAGAI MEDIUM PENGANGKUTAN KE DESTINASI OTAK MANUSIA.Dan darah juga memgandungi maklumat penting atau membawa data-data dari otak atau ke otak.Sebab itu syaitan mampu membaca fikiran manusia dan menimbulkan godaan-godaan dalam bentuk suara-suara hati.Syaitan juga mampu memintas data yang dibawa oleh darah.Syaitan juga mampu menimbulkan syahwat.Seperti yang umum ketahui,alat sulit lelaki mencapai ereksi apabila darah dipam secara agresif ke alat sulit.Jika syaitan sudah menguasai sistem darah dan kawalannya di otak,sudah pasti manusia tadi akan sentiasa berfikir perkara-perkara lucah.

Sampai di sini,adakah anda faham kaitan tubuh manusia dengan Matrix yang dia berhidup?Ok,biar kami terangkan lagi.

Sel-sel tubuh manusia sebenarnya membawa maklumat.INI ADALAH RAHSIA KEDUA.Seterusnya sel-sel inilah membentuk struktur tubuh manusia.JADI MANUSIA SEBENARNYA MEMBAWA MAKLUMAT.Atau manusia sendiri adalah maklumat itu.Manusia seolah-olah sebuah buku atau kitab yang boleh dibaca.Strukturnya penuh dengan aliran data-data,terhasil dari katalog-katalog di dalam perpustakaan digital yang terbina di dalam DNA.Manusia adalah manifestasi alam ini.Inilah maksud dari kata-kata sufi.Tasawuf bertemu Sains di sini.

Rahsia pertama tadi,data di dalam otak kemudiannya menjadi data di dalam sel tubuh.Maksudnya APA YANG KITA FIKIRKAN MENJADI MAKLUMAT DALAM TUBUH KITA.JIka kita fikir kita kuat,lambat laun kita akan benar-benar kuat.Fisiologi kita akan bekerja mengikut apa yang kita fikirkan.JIka kita fikirkan boleh,kita akan boleh melakukannya (anda masih ingat lirik lagu ini?)

Tiga ratus tahun yang lalu,Newton menegaskan bahawa semua benda mempunyai realiti tertentu dan tidak berubah.Tetapi hari ini
Fizik Kuantum dan Prinsip Ketidakpastian Heisenberg telah mengemukakan pandangan berbeza,

"bahawa sifat sesuatu benda SEBENARNYA diubah oleh pemerhatinya"!

Kajian dalam Mekanik Kuantum mendapati corak orbit elektron pada atom-atom berubah-ubah mengikut aras tenaga tertentu.Dan aras-aras tenaga ini boleh dikawal melalui gelombang elektromagnet.Dan kajian dalam bidang Neurologi pula ,mendapati gelombang otak manusia dapat dipancar keluar melalui frekuensi tertentu dan mampu mempengaruhi gelombang elektromagnetik.

APAKAH MAKSUD SEMUA INI??!


"Aku selalu mengikut apa jua sangkaan hamba-Ku terhadap diri-Ku,dan Aku selalu menyertai hambu-Ku ketika dia berzikir kepada-Ku"
(Hadis Qudsi,dipetik dari Hikam)


Maksud hadis qudsi di atas amat mendalam.Allah s.w.t akan mengikut apa jua sangkaan kita terhadapnya.Jika kita fikir Tuhan itu pemurah dan penyayang,maka itulah yang kita dapati.Sebaliknya jika kita fikirkan Tuhan kitu kejam dan zalim,anda boleh agak apa yang akan terjadi.

Di sini Tasawuf bertemu Sains.Dan Sains menjadi alat untuk menjelaskan Tasawuf.

Mari kita pergi kepada RAHSIA SEBENARNYA.Penjelasan yang panjang hanya akan memeningkan lagi persoalan Matrix ini.

Adakah anda pernah bermimpi?Sudah tentu, bukan?

Ok,adakah anda pernah mengalami suatu perasaan di mana apabila anda memandang wajah seseorang,anda seperti pernah melihat wajahnya.

"Macam pernah ku lihat,tetapi di mana ya?"

Dalam istilah saintifik,ini dipanggil deja vu.Kadang-kadang deja vu ini merangkumi tempat dan situasi sekali.Deja vu terbahagi kepada dua,pertama deja vu yang terhasil dari ketidakcekapan memori,kita memang pernah melihatnya cuma kita lupa dan juga termasuk kategori ini adalah deja vu mimpi,kita pernah melihat seseorang atau tempat yang sama seperti yang pernah kita mimpi.

Neo: Whoa, deja vu.

Kategori yang kedua adalah 'deja vu anomaly'.Deja vu ini adalah deja vu di mana kita memang pernah lihat seseorang tetapi bukan dalam mimpi dan bukan sepanjang kita kehidupan kita.Ia tiada di mana-mana dalam kehidupan kita,namun kita terasa pernah melihatnya.

Trinity: A deja vu is usually a glitch in the Matrix. It happens when they change something.

Ini adalah PETUNJUK KEPADA DUNIA MATRIX SEBENAR.Matrix yang kita berhidup sekarang ini cuma simulasi data yang dihantar melalui minda.MINDA ADALAH WAKIL KEPADA ROH DALAM PENGECAMAN MATRIX MANUSIA.Minda yang masih berfungsi walaupun kita tidur bermaksud roh kita bukanlah sebenarnya berada di dalam Matrix dunia ini.ROH KITA BERADA DI SUATU LOKASI YANG LAIN.

Matrix lebih tinggi.

Tidur adalah fungsi 'hibernate' tubuh kita.Sistem tubuh berhibernasi namun bukan minda.Minda ketika itu hanya melihat skrin yang mewakili Matrix dunia,terpadam dan dalam keadaan gelap.Dan minda di bawa ke Matrix lain.Maha Suci Tuhan yang memiliki Matrix-matrix yang tidak terkira banyaknya.Jika kita tidak bermimpi,bermaksud minda kita tidak melihat skrin lain.Dan ia tetap tinggal di dalam skrin gelap Matrix dunianya.Ia berdiam tetapi tidak mati.

Di dalam Matrix manusia,ia adalah MINDA.

Di dalam Matrix lain yang misteri,ia adalah roh.

Namun minda bukanlah roh,ia adalah sebahagian komponen dari roh,kerana persoalan roh adalah terlampau kompleks dan manusia tidak layak dan tidak mampu memikirkannya.

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit."
(Al Israa' ayat 85)


Roh manusia tetap di Matrix lain.Ia diatur bersusun-susun.Berapakah jumlah roh di dalam Matrix ini?

Jumlahnya adalah sama dengan jumlah manusia sejak nabi Adam dicipta sehingga manusia terakhir yang dimatikan sebelum hari kiamat.

Ini bermakna juga,bayi-bayi yang belum lahir juga telah ada rohnya di sini.Apabila tiba waktunya,roh ini di'plug in' ke dalam Matrix dan berubah menjadi seorang bayi comel di Matrix manusia.

Roh tidak akan hilang,tercemar (corrupt),dipadam (delete) atau ditindan (overwrite).Hanya minda manusia sahaja boleh menjadi demikian.

Selepas manusia di'plug out' dari Matrix dunia,rohnya akan dipindahkan berdasarkan keputusan simulasi minda yang dia jalankan.Adakah sama dengan apa yang dia janjikan sebelum di'plug in'??

Allah Swt berfirman: "Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul (Engkau Tuhan kami), kami menjadi saksi". (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami (bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)", atau agar kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang tua kami telah mempersekutukan Tuhan sejak dahulu, sedang kami ini adalah anak-anak keturunan yang (datang) sesudah mereka. Maka, apakah Engkau akan membinasakan kami karena perbuatan orang-orang yang sesat dahulu"
(QS. Al A'raf: 172-173)


Roh yang mendapat keputusan positif,akan bergerak ke 'Iliyyin;tempat roh orang beriman.Roh yang mendapat keputusan negatif,akan bergerak ke Sijjin;tempat roh orang fasik,munafik dan kafir.Ini adalah asas di mana terdapat lagi kategori roh,seperti roh kanak-kanak orang kafir,dan kita boleh merujuk kepada ulama atau kitab-kitab agama untuk mengetahuinya secara terperinci.

JIKA ANDA TIDAK MAMPU MENCERNA PENGETAHUAN DI ATAS,KAMI NASIHATKAN KEMBALI KE PEMAHAMAN TRADISIONAL.INI LEBIH BAIK.PEMAHAMAN YANG SALAH ADALAH AMAT BERBAHAYA DAN MEMUDARATKAN ANDA.

Jadi,kita sebenarnya hidup di dalam simulasi minda sahaja.Apa yang kita rasa,lihat,sentuh,hidu dan dengar adalah sekadar isyarat-isyarat elektrik yang bersimpang-siur di dalam trafik data yang berkelajuan tinggi sahaja.Minda kita yang merasakan semua itu,dan tubuh kita adalah jujukan data yang membantu minda memahami Matrix.Manakala 'tubuh' sebenar kita masih berada di.. 
'The Real World'

16 January 2010

EDIT PHOTO CONTEST


cik ros edit photo contest
nak tau syarat-syaratnye???
klik cik ros
huuuuu....
aku sangat teruja untuk sertai....
ermmm...
ni la gambar yang aku dah edit...





ni gambar asalnye... sunglass aku GMPORIO ARMANY
gambar di'snap' kat atas lantai umah aku....





kemudian ditambah dengan gambar.....
 cik nor fadhillah binti luawi (MissXYZ) dan en. mohd noor aiman abidin
ohhh... aku cuba carik gambar asal... tapi tak jumpa.... la..
tah kat mane DVD nye....
kemudian gunakan Adobe Photoshop untuk menempel gambar pada sunglasss tersebut...
hanya dua layer diperlukan....
pas tu...
gunakan plak software Photoscape tok touch up....
tadaaaaaaaaa... hasilnya... seperti imej di bawah....



ni la hasilnye..... 

MANA SATU MAU PILIH??

salam to my readers
mana satu mau pilih???
gambar yang aku suda edit nih????
aku mau masuk editing contest


picture yang diedit guna photoscape


picture yang diedit guna magic photo & photoscape


picture yang diedit guna adobe photoshop & photoscape


picture yang diedit guna adobe photoshop & photo scape


picture yang diedit guna picasa & photoscape

ma aku pilih gambar yang cemen mate....
aku pun rase okay jugak....
kompius sekejap...
antara model dalam gambar aku & aiman...
tq...

14 January 2010

YANG PERTAMA

SALAM...
sedang aku membelek-belek buku...
membuka folder lame...
membaca pamplet yang ade...
aku terjumpa info dan peringatan ni...
harap boleh dikongsi bersama...


Diriwayatkan:

Perkara pertama yang dijadikan oleh Allah ialah Qalam. Berkata Allah kepadanya:
“Tulislah segala kejadian hingga ke hari Qiamat.”

Dari Imam Ahmad dan Tarmizi


Perkara yang pertama ditulis oleh Qalam ialah:
“Aku ini yang tersangat menerima taubat. Aku mengampunkan atas sesiapa yang bertaubat.”

Said Ibnu Mansur


Diriwayatkan:
“Hari yang pertama dijadikan oleh Allah ialah hari Ahad.”

Ibnu Asakir


Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama dijadikan oleh Allah daripada manusia ialah kemaluannya.”

Kemudian Allah berfirman:
“Inilah amanahKu kepadamu. Janganlah kamu meletakkannya melainkan pada haknya.”

Ibnu Abi Dunya


Diriwayatkan:
“Rumah yang pertama dibina di muka bumi ini ialah Kaabah.”

Ditanya orang kepada Rasulullah:
“Apakah tempat yang paling baik di muka bumi ini?”

Berkata Rasulullah:
“Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Jibrail.”
Ketika Rasulullahbertanya kepada Jibril: “Aku tidak tahu sehingga aku bertanya kepada Allah.” 


Kemudian berkata Jibril:
“Ya Rasulullah! Sesungguhnya sebaik-baik tempat di muka bumi ini ialah masjid, sebaik-baik ahlinya ialah orang yang paling awal masuk dan paling akhir keluar.”

Bersabda Rasulullah yang bermaksud:
“Akan datang sau masa di mana manusia duduk berkelompok-kelompok di dalam masjid, dan tiadalah perbicaraan mereka itu melainkan terhadap hal-hal dunia. Ketahuilah tiadalah Allah berhajat kepada mereka, maka janganlah kamu duduk bersama mereka.”

“Pertama-tama yang dicabut daripada hamba ialah malu.”

Ibnu Majah


“Pertama-tama yang dicabut daripada umat ini ialah malu dan amanah.”

Abu Nuaim


“Pertama-tama yang hilang dari agama kamu ialah amanah.”
Abu Nuaim

“Pertama-tama yang diangkat dari umat ini ialah amanah dan khusyuk.”
Imam Ahmad

“Kebaikan pertama dari umat ini ialah zuhud dan yakin dan kejahatan pertama ialah bakhil dan angan-angan.”
Thabrani

“Pertama-tama yang mengkiaskan urusan agama dengan fikiran ialah Iblis.”

“Fitnah yang pertama yang melanda Bani Israel ialah pada wanita.”

Ketika Allah bertanya di alam ruh sewaktu berhimpun seluruh ruh-ruh manusia: “Bukankah Aku ini Tuhan kamu.”
Pertama-tama yang menyahut: “Bahkan Engkaulah Tuhan kami.” ialah Rasulullah S.A.W.

Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku sekali Allah berselawat kepadanya dengan sepuluh selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku sepuluh selawat Allah berselawat kepadanya dengan seratus selawat. Barangsiapa yang kepadaku seratus selawat Allah berselawat kepadanya seribu selawat. Barangsiapa yang berselawat kepadaku seribu selawat, Allah mengharamkan jasadnya dan kulitnya dari api neraka.”

Diriwayatkan:
“Yang pertama sujud tatkala sujud kepada Nabi Adam ialah Israfil.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama difardhukan ke atas umat Muhammad ialah sembahyang lima waktu dan yang pertama diangkat dari amalan ialah sembahyang lima waktu.”
Abu Ya’la.

Diriwayatkan:
“Adalah kesalahan yang pertama ialah hasad. Diarahkan supaya Iblis sujud kepada Nabi Adam tetapi disebabkan dia hasad (dengki) kepada Nabi Adam maka dia enggan.”
Ibnu Mundzar dan Ibnu Akasyar.

Diriwayatkan:
“Dosa pertama yang berlaku di langit ialah hasad.”

Dikatakan:
“Adalah permulaan dosa ialah takabbur, telah angkuhlah Iblis daripada sujud kepada Adam.”
Ibnu Abi Hatim.

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama yang memakai serban ialah Dzulkarnain al Iskandariah.”
Abu Syeikh Ibni Hayyan.

Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:
“Berserbanlah kamu kerana sesungguhnya para malaikat itu berserban.”

Dikatakan:
“Yang pertama-tama menggunakan mahkota ialah Namrud.”
Imam Sayuti

Diriwayatkan:
“Yang pertama-tama dihisab ialah Jibrail a.s. kerana dia adalah kepercayaan Allah kepada Rasul-rasulNya.”
Ibnu Hatim.

Diriwayatkan:
“Perkara pertama yang diperiksa daripada lelaki ialah tentang sembahyangnya.”
Al Hakim

Diriwayatkan:
“Perkara yang pertama yang akan disoal kepada perempuan pada hari Kiamat ialah mengenai sembahyangnya dan kemudian mengenai suaminya.”
Abu Syeikh

Diriwayatkan:
“Perkara pertama disoal kepada hamba pada hari Qiamat ialah mengenai nikmat-nikmatnya.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas mizan untuk ditimbang ialah perangai yang baik atau akhlak yang mulia.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama diletakkan di atas timbangan hamba ialah tentang nafkahnya terhadap keluarganya.”
At Thabrani

Diriwayatkan:
“Yang pertama bercakap dengan anak Adam di hari pengadilan ialah peha dan tapak tangannya.”
Ahmad

Diriwayatkan:
“Yang pertama memberi syafaat ialah nabi-nabi, kemudian ulamak dan seterusnya para syuhadak.”
At Thabrani

“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari umat itu ialah Abu Bakar.”
Abu Daud

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga dari kalangan orang kaya ialah Abdul Rahman bin Auf.”
Abu Nuaim

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan masuk syurga ialah peniaga yang benar.”
Abu Syaibah

Daripada Aisyah r.a., berkata Rasulullah SAW yang bermaksud: “Bala yang pertama yang berlaku ke atas umat ini sesudah peninggalan Nabi mereka ialah kenyang. Sesungguhnya sesuatu kaum itu apabila perut mereka kenyang, gemuklah badan mereka lalu lemahlah hati mereka dan liarlah syahwat mereka.”

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang akan melihat Allah pada hari kiamat ialah orang beriman yang buta matanya di dunia.”
Samrah Bin Jundub

Diriwayatkan:
Perkataan pertama yang diucapkan oleh Rasulullah S.A.W. sewaktu sampai ke Madinah ialah : “Wahai manusia! Berilah makan, sebarkanlah salam, hubungkanlah silaturrahim, sembahyanglah diwaktu malam ketika orang sedang tidur, masuklah kamu ke dalam syurga dlam keadaan sejahtera.”
Tarmizi

Diriwayatkan:
“Pertama-tama yang menentukan jam sebanyak dua belas jam ialah Nabi Nuh a.s. tatkala di dalam bahtera bagi menentukan waktu sembahyang.”
Ibnu Asakir.


Pertama yang azan di langit ialah Malaikat Jibrail.
Pertama yang azan dalam Islam ialah Bilal Rabbah.
Pertama yang Iqamat ialah Abdullah bin Zaid.
Abu Shaikh Ibn Hayyan
Pertama yang berpuasa: Adam a.s. sebanyak tiga hari dalam sebulan.
Ibn. Asakir

Pertama yang menghunuskan pedang untuk berperang pada jalan Allah ialah Zubair. Bersabda Rasulullah kepadanya ; “Allah sejahterakan engkau dan pedang engkau.”

Pertama yang syahid di dalam Islam ialah Al-Haris bin Abi Halah, ada yang mengatakan Sumaiyah ibnu Amar, syahid di tikam dengan tombak oleh Abu Jahal.
Ibn Saad.

Diriwayatkan:
“Pertama-tama orang yang akan sampai kepada telaga Kausar ialah orang yang berkasih sayang kerana Allah.”

Diriwayatkan:
Telah lalu seorang hakim di hadapan rumah seorang lelaki yang sedang memukul seekor kucing. Lalu bertanya hakim tersebut:

“Kenapa kamu memukul kucing yang lemah ini?” Jawab lelaki tersebut: “Aku telah menjumpai kucing ini di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan tersangat lemah dan kesejukan. Kemudian aku mengambilnya dan memberinya makan serta minum. Aku pelihara ia hingga ia benar-benar sihat tetapi apabila ia telah sihat ia telah membuang najis di marata-rata tempat dirumahku.”

Kemudian berkata hakim tersebut: “Ini sebenarnya peringatan dan tamsilan antara kita dengan Allah. Dia telah memelihara kita daripada kecil yang tersangat lemah dan dhaif lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah kita kecapi tetapi kita masih durhaka kepada Allah. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita durhaka Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNya.”
Selepas itu, beredarlah hakim dan beristighfarlah lelaki tersebut di atas dosa-dosanya terhadap Tuhan.


SEMOGA DAPAT MEMBERI MANFAAT BAGI SETIAP DIRI ~

RUJUKAN: ABU AL-FAQAR (NASIHAT BUAT SETIAP DIRI)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...