GENG LENSA HIDUP

14 May 2010

KARI IKAN KERAPU KAW KAW

salam
ini bukan siri masak-masak bersama CHEF WAN
lalalala....

jom kita belajar cara masak kari...
bagi yang dah tau dok diam-diam okay...
mula-mula lihat gambar dulu...
supaya timbul rasa ingin memasak yang membuak-buak...



apa perasaan korang?


bahan-bahan:

mestilah ikan kerapu (aku suka kerapu batik)
serbuk kari @ paste kari pun okay gak
santan
buah pelaga
bunga lawang
bunga cengkih
kayu manis
halia (sikit je)
bawang putih
bawang merah
cili kering kisar (kalau suka pedas)
tomato/bendi/kentang (ikut suka korang)
garam
gula (aku suka manis)
ajinomoto (kalau suka)
sedikit minyak untuk menumis


cara memasaknya:

tuang sedikit minyak...tumis bawang putih, bawang merah & halia hingga naik bau(garing). lepas tu ambil serbuk kari bancuh dengan air untuk elak berketul-ketul tambahkan cili kisar (kalau suka pedas) campur sekali bunga lawang, buah pelaga, cengkih & kayu manis...biarkan sehingga garing & nampak cun...

tuang sedikit air... masukkan ikan kerapu... gaulkan sebentar...kemudian masukan santan pekat....kacau sekali sekala supaya tak pecah minyak...kalau gunakan kentang sila masukan awal sedikit supaya cepat empuk. kalau gunakan  bendi @ tomato sila masukan lambat... supaya sayur anda tak lembik...

sebelum padamkan api... letak garam & gula secukup rasa... memasukan garam merupakan proses terakhir sekiranya anda ada masukan kentang, kerana kentang akan menyerap rasa garam tu....tujuan masukan sayuran sekali... supaya tak payah la susah-susah masak menu sayur secara berasingan... kan senang kerja kita... 

tips dapur: untuk mengenal pasti kuah anda sudah secukup rasa atau tidak sila letakan beberapa titis dia atas tapak tangan yang kering. kemudian perhatikan kuah itu sama ada statik tak bergerak @ kelihatan cair & meleleh. kalau statik tak bergerak bererti kuah anda sudah secukup rasa. kalau sebaliknya sila tambahkan garam @ bahan perasa. (tips ini berguna saat korang sume puasa)... kalau hari biasa jilat je la kuah tu.....

p/s: sori la.. aku memasak memang tak de sukat-sukat... nampak cun je dah kira okay... lalala..

6 comments:

zulkbo said...

salam..
baru la nampak pompuan
i lap u..hu hu hu..

XYZ said...

haha
sje2 je...
tarok resepi...

kitatauke said...

terase lapo...

XYZ said...

ohhhhh mengapakah? =)

Anonymous said...

blog masak2 ke nie...
hahaha...
pe pon...
nmpk mcm sedap...

XYZ said...

hahaha...
mane ade msk2...
suke2 je... amatur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...