GENG LENSA HIDUP

15 May 2010

MANGKUK BETOL LAH!!!

salam
korang memasak tak?

penah dengar tak kalau nak gulai sedap masak guna periuk tanah?
kalau nak rasa makanan sedap kacau guna senduk kayu?
kalau nak kek gebu guna mangkuk tembaga?

haaaaaaaaaaaaa...
meh aku nak tunjukan dari sudut sains...
nape orang tua-tua suka bagi PETUA cam tu...

jenis mangkuk yang korang gunakan memberikan hasil yang berbeza apabila korang memukul putih telur. mangkuk tembaga akan mengahasilkan krim putih telur yang berwarna kekuningan & lebih cepat kembang berbanding korang guna magkuk kaca @ besi.

woi!!! apehal plak? ko cakap cam tu MissXYZ?

jika korang gunakan mangkuk tembaga sedikit ion tembaga daripada mangkuk akan masuk ke dalam putih telur. ion tembaga tersebut akan membentuk sebatian kompleks berwarna kekuningan dengan sejenis protein telur yang yang dikenali sebagai konalbumin. konalbumin & kompleks tembaga ini lebih stabil berbanding hanya konalbumin je... so... putih telur yang dipukul dalam mangkuk tembaga akan ternyahasli.

bila udara masuk dalam putih telur tadi... tindak balas mekanikal ternyahasli protein berlaku dalam putih telur tadi. protein tergumpal ternyahasli akan mengeras & menstabilkan buih udara. jika pukulan bukan berlaku dalam mangkuk tembaga... biasanya protein akan dinyahasli sepenuhnya & membeku dalam bentuk gumpalan. tidak akan berlaku pembalikan bentuk gumpalan kepada putih telur itu sendiri.

melalui penggunaan mangkuk tembaga... sejumlah molekul protein bebas untuk menyahasli & membeku. ini kerana molekulnya telah diikat kuat dalam konalbumin-tembaga kompleks. dalam keadaan cam ni juga... tembaga turut bertindak balas dengan sulfur yang mengandungi kumpulan protein lain... bagi menstabilkan protein telur. ini tidak berlaku sekiranya mangkuk dibuat daripada bahan logam lain.... tapi korang jangan risau kalau korang guna mangkuk kaca korang leh tambahkan dengan krim tartar untuk menstabilkan putih telur...

wahhhhhhhh kompleks betol nak masak kek...
beli je la ye... weeeeeeeeee..........

ni bukan mangkuk tembaga...
ni mangkuk tingkat la weiiiiiiiii

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...