Abu Umamah meriwayatkan, seseorang telah menemui Rasulullah S.A.W dan bertanya,
“Bagaimana pendapatmu tentang seseorang yang berperang untuk mendapatkan upah dan pujian? Apakah ia mendapatkan pahala?”
Rasululllah S.A.W menjawab, ” Ia tidak mendapatkan apa-apa.”
Orang tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali, dan Rasululllah S.A.W pun tetap menjawab, ” Ia tidak akan mendapatkan apa-apa. ” Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal, kecuali jika dikerjakan murni keranaNya dan mengharap wajahNya.”
Orang tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali, dan Rasululllah S.A.W pun tetap menjawab, ” Ia tidak akan mendapatkan apa-apa. ” Lalu baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah tidak menerima suatu amal, kecuali jika dikerjakan murni keranaNya dan mengharap wajahNya.”
(HR. Abu Dawud dan Nasai)
salam
entri ni dibuat...
entri ni ditaip...
untuk ingatan pada diri sendiri....
untuk ingatan buat semua juga...
siapa yang sudi...
silalah baca.... =)
menjadi manusia yang ikhlas....
sambil cakap.... nah ambik la "aku ikhlas ni..."
macam tu ke?
menjadi manusia yang ikhlas....
buat replika cek besar-besar.... bagi kat orang...
macam tu ke?
menjadi manusia yang ikhlas...
datang tinggal jejak.... terus pangkah blog tu...
macam tu ke?
menjadi manusia yang ikhlas...
sembahyang wajib tak tinggal... solat sunat memang hobi....
macam tu ke?
menjadi manusia yang ikhlas...
memberi dia diam... kurang cakap... kau tak kenal dia siapa
macam tu ke?
bukan mudah menjadi manusia yang ikhlas... berbuat sesuatu hanya untuk redha Allah... biarpun tak dipuji.... biarpun tak nampak..... mereka yang ikhlas tidak pernah berkecil hati... tidak pernah terasa hati dengan setiap tindak tanduk manusia... tidak rasa sakit dengan tohmahan... kerana yakin dengan Allah yang Maha Melihat.... yakin dengan Allah yang Maha Mengetahui... itu tanda kita ikhlas tinggal di bumi ini.... tanpa mengharap balasan daripada manusia.... mengharap hanya daripadaNYA.... kita tidak mampu menilai hati manusia.... melangkahlah di bumi TUHAN tanpa rasa benci... tanpa rasa iri... tetapkan niat di hati... lakukan apa saja kerana yakin janji ILLAHI... juga tahu suatu masa nanti kita akan kembali padaNYA...
renungi diri... cuba betuli diri jua....
dipuji dicaci hatinya sama saja
p/s: sangat susah mahu jadi yang IKHLAS ohhhhhhhh
4 comments:
tu laa,,susah nk berbuat ikhlas ni..
tp x mustahil..
salam,
Nak ukur keikhlasan seseorang memang susah...walaupun sedikit keikhlasan pada seseorang yg ditunjukkan itu sudah cukup untuk kita terima mereka.
Biarlah sifat ini sentiasa dihati sanubari kita dalam melakukan segala pekerjaan di dunia ini.
Kita jangan terburu memberi komen seseorang atas sifat keikhlasan yg ditunjukkan walaupun mempamer cek besar...ambil yg positif. Mungkin sebagai galakkan pd yg lain mengikut jejak beliau apabila beliau memberi cek besar..Yg beliau memberi sumbangan secara diam y kita tak tahu, hanya Allah swt yg tahu. Yang kita nampak hanya pd cek besar tsb.
nk ikhlas xperlu mnunjuk2 bukan..?? (^_-)
hrumm....tertarik dgn n3 ni...mmg susah nk ikhlas dlm seusatu perkara...huhu...
Post a Comment