GENG LENSA HIDUP

28 August 2010

MENDAPAT PAHALA BERJEMAAH





salam
semoga semua sihat walafiat...

kita selalu sangat sebut solat berjemaah dapat pahala lebih daripada solat sendirian... betul tak? bila pahala lebih mesti le ade caranye... untuk dapat pahala yang lebih tu... bukan sekadar niat jadi makmum je terus dapat pahala lebih ye tak?

kali ni aku fokus solat jemaah kat masjid... kalau yang solat suami isteri tu nak wat cam ne... tak de adegan rapatkan saf... hihi... gitu le gamaknye ye...


PAHALA SOLAT BERJEMAAH
boleh katekan hampir seluruh orang Islam tau kalau solat jemaah dapat ganjaran 27 pahala... ye tak? hehehe pandainye... 


NAK DAPAT KENA LA BETUL CARANYA
wehhh kalau nak dapat hasil yang lumayan mesti le ade kaedahnya... hahaha atok aku kate la... 'kaedah'... tapi ramai yang anggap dengan duduk dibelakang imam dan niat berjemaah je... da terus dapat pahala 27... wahhhh....


SILA PERHATIKAN DENGAN TELITI
nak dapat hasil kena la betul caranya... datang ke masjid sebelum masuk waktu solat... niat dan berdoa masuk ke masjid... sebelum duduk... solat sunat tahiyatul masjid... merebut saf paling hadapan... meluruskan saf... merapatkan saf... sehingga bahu, lutut dan buku lali bersanggit... berdoa bersama imam setelah selesai solat...


FENOMENA KINI
panas derrr rapat-rapat sangat... bila ade kosong saf di bahagian hadapan... mengalu-alukan dan hulurkan tangan kepada orang lain kononnya sopan santun supaya orang tersebut pindah ke saf hadapan...


Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan Abu Hurairah: Andaikata manusia mengetahui apa yang ada di dalam panggilan azan dan memenuhi saf paling depan, kemudian mereka tidak berjaya mendapatkannya (saf paling depan itu) kecuali jika mereka berlumba untuk mendapatkannya, pasti mereka akan berlumba.  (Riwayat bukhari)



kalau kita perhatikan orang-orang tabligh bila solat memang betul-betul rapat safnye... dan pada aku kalau saf depan ade kosong tak payah lah toleh kiri kanan... terus je la kita penuhkan saf depan yang kosong sebab kita tau kelebihannya... betul tak?


Daripada Abu Umamah berkata bahawa Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Baginda bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada di saf pertama." Para sahabat bertanya lagi: "Ya Rasulullah, bagaimana dengan saf kedua." Rasulullah menjawab: "Ya, juga saf kedua." 
(Riwayat Ahmad).


SIKAP KEBANYAKAN JEMAAH KINI
suka mencari tempat yang dekat dengan tiang atau dinding supaya senang nak bersandar... suka cari tempat yang dekat dengan pintu supaya senang nak keluar...  tak mau rapatkan saf dan bersanggit bahu, lutut dan buku lali... tak selesa derr...


perkara yang jemaah kini kurang ambil kisah dan tak berapa nak amalkan... tu la perkara yang menjadikan kesempurnaan dalam solat berjemaah... dan jika perkara tersebut dilakukan akan ada keberkatan dalam solat tersebut... barulah boleh sebut mengenai kelebihan secara saintifik solat berjemaah... kalau bahu, lutut dan buku lali pun tak bersanggit... macam mane nak ade pertukaran cas positif dan negatif di kalangan jemaah?


syaitan pun ambik peluang duduk mencelah... macam mane nak timbul kekhusyukan bila ade syaitan mencelah... kadang-kadang pak imam hanya laungkan rapatkan saf... tapi tak toleh belakang pun nak usyar jemaah dah buat ke arahan tu... betul tak?

alangkah bagus jika perkara tu dititikberatkan?

wallahualam....

8 comments:

Aidi-Safuan said...

huhu.. tak tau la. pernah time solat tuh. rapat la ngan pakcik kat sebelah nih. makin rapat ngan dia. makin jauh plak dier berdiri. pelik betul

zalizalu said...

haha, tu laa.. kadang2 ad orang tak paham.. err, kita nak ngurat dia kot, sebab tu dia makin lari..

ASSOYFINGER67 said...

salam..sikap masyarakat sekarang kepada pemahaman agama adalah sangat tipis...mungkin ini adalah kerana pengaruh permodenan,sifat malu nak jadi alim(org malu nak jadi jahil)dan akibat permakanan yang tak menentu dan sumber rezeki yang tak berapa halal(cth:tido kat tempat keje,curi tulang dan kerja tanpa rasa amanah dan ikhlas)..ini menyumbang pada perangai manusia...lagi satu,,banyak munum susu mama cow dan tak minum susu gantung sebenar..sifat insani akan berkurang dan jadi sifat cowni huhu...baru dapat nie!Fikirkanlah...

Rafi Harumin said...

salam..

lagi satu yang saya perasan, makin luas ruang musollah, makin jauh la juga jarak antara jemaah dalam saf.. Astaghfirullah..

yui said...

masjid skang banyak tp jemaah yang xda... huhu tp insya allah yang tetap mnunaikan solat tu mndapat bahagiannya dari allah kelak.. sama2 kita berusaha menjadi lebih baik..

zulkbo said...

salam..
ermmm..alhamdulillah
perkongsian ini cik adik
moga anda selalu sihat
dan di berkati Allah jua
di bulan penuh rahmat ini

noorafzan.blogspot.com said...

terima kasih atas perkongsian.
tapi tu la.
itulah hakikatnya sekarang.
nak rapatpun tak mahu.
huhu~

zBz said...

zaman sekarang..ble kita rapat, dia pulak duk jauhkn diri..ats alasan xselesa..lagi rapat, tnda kukuh nye ukhwah sesama kita even berlainan bangsa skali pun tp satu kiblat yg sama, sembah DIA yg Maha Esa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...