GENG LENSA HIDUP

13 August 2010

SERBA RINGKAS TENTANG RAMADHAN



salam buat semua....
semoga diberkati dan dirahmati sentiasa...
selalu je dengar orang cakap halalan toyyibah...
berbuih mulut sebut hehehe...

halal tu sume orang tau... ye tak? taukah korang dengan toyyibah? ape tu? toyyibah ni adalah berkhasiat.... ye ke makanan yang kita makan setiap hari tu berkhasiat?

kerana kadang kala makanan yang kita ambil setiap hari tu belum tentu lagi toyyibah... oleh tu kita dikehendaki berpuasa... itulah kelebihan dari sudut sains mengenai puasa... merehatkan perut daripada berkerja untuk beberapa ketika... yup semestinya perut kita letih mencerna makanan yang berlebihan dan takk berkhasiat selama 11 bulan...

berdasarkan kajian... yang paling penting adalah pengambilan sarapan pagi... oleh itu pengambilan sahur merupakan satu ibadat sebagai menggantikan sarapan pagi pada hari-hari biasa... jika kita tak mengamalkan pengambilan sarapan pagi kita adalah berisiko untuk menghidapi obesiti, diabetis dan sakit jantung... selain daripada gastrik...

selain daripada amalan berbuka dengan kurma... juga memberi impak yang sangat positif pada tubuh... kerana kurma merupakan sumber gula ringkas (sukrosa dan glukosa)... selain memiliki pelbagai khasiat yang telah terbukti secara saintifik....

juga telah terbukti dengan membaca al-quran dengan makhraj yang betul akan memberikan impak positif pada tubuh... ya... seperti memperbaiki pernafasan... baik untuk jantung... selain mampu menurunkan tekanan darah... selain tu jugak... baik untuk penghasilan hormon opioids yang akan mempengaruhi tingkah laku manusia... itulah tadarus al-quran... yang selalu kita lakukan di bulan ramadhan... tak kurang juga hebatnya faedah yang diperolehi jika korang hanya mendengar sahaja...

selain mengerjakan solat sunat tarawikh yang nyata memang telah terbukti solat itu memiliki pelbagai hikmah... ye tak? yup mengembalikan cas-cas positif pada tubuh.... mengembalikan organ pada kedudukan asal... selain pelbagai lagi fadhilatnya...

selain daripada menahan lapar dan dahaga yang nyata menjadi tarbiah bagi setiap insan yang menunaikan ibadah puasa... sangat lah banyak fadhilat yang kita boleh perolehi sepanjang bulan ramadhan ni... apabila berpuasa, bertadarus dan bertarawikh... jika semua ni dilakukan secara konsisten... nescaya kita semua akan mendapat ganjarannya... (sebab tu la 3 perkara basic yang selalu disebut kan?)

antara peristiwa yang terjadi pada bulan ramadhan adalah al-quran diturunkan (nuzul quran)... pada 17 ramadhan ketika ketika Rasulullah sedang berkhulwah di gua Hira'... perang Badar juga berlaku pada bulan ramadhan... iaitu pada 17 ramadhan bersamaan hari jumaat tahun kedua hijrah... iaitu tahun pertama disyariatkan berpuasa... di mana tentera Islam telah mendapat kemenangan biarpun hanya 313 orang berbanding tentera kafir seramai 1300 orang...

jika dilakukan dengan jiwa yang mengharap keredhaan Allah S.W.T... nescaya ramadhan mampu memperbaiki jasmani dan rohani setiap muslim.. ni lah serba sedikit kupasan mengenai ramadhan yang kita semua sedang lalui sekarang... 

PERMULAANNYA ADALAH RAHMAT, PERTENGAHANNYA ADALAH KEAMPUNAN DAN AKHIRNYA DIJAUHKAN DARIPADA API NERAKA ITULAH RAMADHAN...

sabda Rasulullah s.a.w:
"barangsiapa yang berpuasa ramadhan dengan beriman dan mengharap keredhaan Allah... nescaya akan diampunkan dosa-dosanya pada masa lalu"
(HR Bukhari Muslim)

2 comments:

terokai seni said...

moga ramadhan ni memberikan taufik dan hidayah Allah kepada kita

nabilah_2908 said...

owh...sesungguhnya n3 ni sngt bermanfaat.. :)


jom ke APA KATA HATI pulak,
KEHEBATAN CINTA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...