GENG LENSA HIDUP

26 August 2013

JIRAN YANG MELAMPAU

Salam dan selamat sejahtera...

Al kisah si A dan si B hidup berjiran... pada suatu pagi si A sedang mencuci kereta... datang si B bertanya

Si B: buat ape tu?
Si A: siram kereta...
Si B: siram kereta?
Si A: ha ah... mane la tau kalau siram har-hari boleh jadi bas ke pulak...
Si B: @%÷£€

Si A ke Si B yang melampau ni... 

24 August 2013

CARA ATASI BAU PETAI

Salam dan selamat sejahtera...

Kali ni aku nak kongsikan petua untuk menghilangkan bau petai... petai memang best tapi bau nya agak kuat... sejak dah kawen ni aku da kurang sikit makan petai sebab husband aku tak suka baunye...

Tapi... anak sulung aku memang suka makan petai... sambal udang petai ataupun sambal bilis petai...

So... kat sini aku nak kongsikan cara untuk hilangkan bau petai yang kuat tu...

Kupas kulit petai dan rendamkan seketika dalam air... kemudian sediakan air kapur... rendamkan petai yang sudah dikupas kulitnya... selama kira-kira 20-30 minit...

InsyaAllah petai anda takde bau yang kurang menyenangkan...

Selamat mencuba!




TIPS ATASI SEMBELIT DENGAN KOS PALING MINIMUM

Salam dan selamat sejahtera semua

sembelit atau perkataan lain... kesukaran ketika membuang air besar...

Cara terbaik untuk atasi sembelit adalah... makan banyak serat... seperti buah-buahan dan sayur-sayuran... kemudian jangan lupa... banyakkan pembilan cecair... terutamanya air putih...

Jika anda agak sukar nak makan buah atau sayuran... cara paling mudah dan murah juga berkesan... adalah dengan mengambil dua gelas air putih setiap kali bangun pagi... dan teruskan kekerapan pengambilan air putih sepanjang hari... in sha Allah... berkesan...

Sekian... selamat mencuba...

KAMERA DULU VS KAMERA SEKARANG

salam dan selamat sejahtera...

ingat lagi tak zaman 80an 90an?

masa tu zaman suka amik gambar berdiri tegak... ala-ala skema... orang-orang yang posing dalam gambar mesti betul-betul kemas dan bersedia... hehehe

zaman dulu-dulu mesti la guna kamera yang ade filem... pastu kena cuci kat kedai gambar... harga sekeping 30sen atau 40sen... 

kalau pose yang kurang menarik mesti rasa menyesal... sebab rugi je filem... ye tak?

sekarang zaman Y2K... 2000 dan ke atas...

kemunculan kamera digital...

muncul la generasi yang suka snap picture dengan macam-macam gaya... terutama 'duck face' hahaha... gaya tak berapa proper pun da boleh snap... sebab kalau tak puas ati je... da boleh delete... dan tak de masalah kerugian filem... 

hmmm... betul-betul pantas peredaran zaman...
daripada kamera
daripada handphone
dan macam-macam lagi

Ape pun selamat hari raya dan selamat ber'posing' raya...




23 August 2013

ADAKAH ANDA BENAR-BENAR YAKIN DENGAN ALLAH?

Salam dan selamat sejahtera...

Peluang menaip entri untuk blog... sangat terhad... al maklum lah... da jadi isteri n mummy ni... bz sokmo...

Setiap hari penuh dengan aktiviti.. bersama insan-insan tersayang...

Topik kali ni...

Adakah anda benar-benar yakin dengan Allah?

Yakin bererti pasti...

Jika anda yakin Allah Maha Mendengar...
Tak perlulah mengadu di facebook...

Jika anda yakin Allah itu Maha Melihat....
Tak de lah nak buat maksiat...

Jika anda yakin Allah itu Maha Memberi Pertolongan...
Kenapa mesti runsing dan susah hati...

Sebagai umat Islam yang paling penting sesudah usaha... yakin dengan sepenuh hati tanpa teragak-agak... yang Allah tu sentiasa ada untuk membantu hambaNya...

Selagi kita semua berada di landasan yang betul...

Mulai hari ini marilah kita berusaha untuk yakin dengan sepenuh hati tanpa ragu dengan setiap janji Allah...

Contohnya...

Bila kita bersedekah... pastikan kita tidak ragu-ragu dengan janji Allah... yang rezeki kita akan berganda... jangan pulak rasa ralat je tiap kali nak sedekah... sebab dalam hati ada rasa bimbang harta milik kita akan berkurangan...

Begitulah... cara kita sejauh mana kita yakin dengan janji Allah...


Sekian semoga hati kita semua terpelihara dan sentiasa rasa yakin terhadap Allah S.W.T


20 August 2013

PASTI KE RESTORAN TU HALAL?

Salam dan selamat sejahtera...

Menyelidik dan memastikan sesebuah tempat makan, produk atau ape sahaja untuk digunakan atau dimakan oleh setiap ahli keluarga merupakan suatu kemestian...

Selain pengiktirafan JAKIM kita juga berhak menyelidik di manakah kilangnya... bagaimana cara memasaknya, apakah ramuannya dan sebagainya... di sini aku ade terjumpa satu page yang agak menarik. Salaupun entri daripada page tersebut tiada update yang terkini...

http://www.jurnalhalal.com

Semoga akan memberi sedikit manfaat...

Sekian...




05 August 2013

SUSU BAYI YANG DITARIK BALIK DARIPADA PASARAN

salam dan selamat sejahtera...

baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan berita susu formula untuk bayi daripada New Zealand ada berlaku pencemaran...

antara company yang dah tarik balik produk mereka daripada pasaran adalah Fonterra... Fonterra ni company yang keluarkan susu Fernleaf... hmm

pastu tak lame kemudian Danone Dumex juga telah menarik balik produk tenusu mereka yang terdiri daripada Dupro, Mamex, Bebelac....

semua produk tersebiut dibimbangi mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan keracunan... aku tak de la pelik sangat sebab sebelum ni juga... produk Dumex pernah diberitakan tercemar dengan radioaktif satu masa dulu... masa tu aku kecik lagi... mak aku cite la kan... memandangkan masa tu aku minum susu Dumex... so mak aku pon tukar la ngan susu jenama lain...

ape pun... sebagai ibu bapa kena lah ambil tau isu begini... hmmm seb baik susu Dugro tak de masalah.... nanti da abes aku rasa nak tukar brand lain la pulak... hehe =)

ni lah pelanggan setia susu Dugro

03 August 2013

HINDARI PENYIBUK DAN PENGHASUT DALAM KEHIDUPAN BERUMAH TANGGA

salam dan selamat sejahtera...

penghasut dan penyibuk... bukan setakat jiran tetangga atau daripada kalangan teman-teman... boleh jadi juga daripada kalangan ahli keluarga...

kerana itu jika menghadapi sebarang masalah dalam hubungan suami isteri... pastikan anda berbincang bersama suami atau isteri terlebih dahulu... dan jika masih berpanjangan juga... panjat doa pada Allah agar diberi petunjuk dan jalan keluar...

perbuatan berkongsi kisah rumah tangga bersama individu lain... hatta ahli keluarga... boleh mengundang pelbagai masalah lagi sebenarnya...

jika anda berkongsi masalah dengan teman-teman atau jiran...
mungkin mereka suka melihat jika anda bertengkar dan bergaduh bersama pasangan anda... mereka akan ada peluang untuk mendekati pasangan anda dan sebagainya lagi...

jika anda mengadu atau bercerita pada ahli keluarga... seperti ayah, ibu, adik, kakak, abang...
kerana kadang kala akan menghasilkan satu sokongan yang TIDAK ADIL... kepada anda ataupun pasangan... tanpa mengetahui punca sebenar... kisah sebenar... dan sebaginya... selain akan menghasilkan sokongan yang TIDAK ADIL... dek kerana ada pertalian darah atau pernah termakan budi... daripada anda atau pasangan... akan menjadikan perkara HAK menjadi kabur disebalik kilauan cahaya...

memang ibu atau ayah akan simpati dengan kegoncangan rumah tangga anaknya... tetapi kadang kala ada sedikit hasutan atau menjadikan syak wasangka semakin menebal... biarpun masih ada dikalangan ibu dann ayah kandung yang bersifat adil...

cuma bimbang... masalah yang dihadapi akan menjadi punca KUASA DUA pulak hehehe

setiap pasangan kena berusaha untuk menghindarkan diri daripada PENGHASUT & PENYIBUK ni... supaya kerukunan rumah tangga dapat dijaga... dan KETEGASAN perlu ada dalam memeliharanya...

SUAMI atau ISTERI...
WAJIB pertahankan pasangan masing-masing jika dikata... walaupun daripada orang yang paling dihormati... selagi TIDAK BERBUKTI...

kadang kala PENGHASUT & PENYIBUK ni PERASAN... bahawa saranan atau IDEA mereka ini sangat membantu... walhal itu bakal menjadikan SYAK dan pelbagai lagi masalah timbul... di antara pasangan...

kerana perkara HALAL yang PALING DIBENCI adalah PENCERAIAN... dan 70 peratus pencerain di Malaysia kerana campur tangan orang ketiga...

AWAS!!!
elakkan berkongsi masalah rumah tangga di Facebook atau page khusus untuk mengadu masalah Rumah Tangga... kerana ia tidak membantu... malah kadang kala menambah rasa sakit hati...

PALING PENTING...
mengadulah pada ALLAH kerana DIA lah yang MAHA MEMBERI PERTOLONGAN, MAHA MENGETAHUI, MAHA ADIL, MAHA BIJAKSANA, MAHA MENDENGAR... dan segala MAHA yang ada... ALLAH juga lah yang memiliki HATI PASANGAN kita....

kejayaan memeliahara kerukunan RUMAH TANGGA... hebat ganjarannya... semoga semua yang membaca lebih berfikir panjang sebelum berkongsi sesuatu masalah dengan mereka yang bakal jadi PENYIBUK & PENGHASUT...

sekian sekadar berkongsi... sebab aku rimas baca perkongsian hal rumah tangga kat dalam FB... hadoiiii... mengadu hidup susah la... baju raya untuk anak tak mampu beli la... tak de duit la... tapi HADAP FACEBOOK ade pulak DUITNYE... nak bayar internet... ohoiiii...


hehehe wallahualam...



HANTAR ANAK KE RUMAH PENGASUH? FIKIR-FIKIR DULU...

salam dan selamat sejahtera...

zaman sekarang ni... ramai ibu-ibu yang berkerjaya... ye tak?

of coz la depa kena hantar anak kat umah pengasuh atau taska... kat sini aku nak share la... ape yang patut difikirkan dan diperhatikan sebelum hantar anak ke rumah pengasuh...

1. pastikan umah pengasuh tak de tangga... nak nak kalau anak kita jenis lasak
2. tak de anak bujang - kalau anak kita budak perempuan
3. persekitaran bersih
4. perhatikan cara pengasuh menjaga anak-anaknya
5. bahasa yang digunakan oleh pengasuh
6. sejauh mana nilai-nilai Islam diamalkan oleh pengasuh

dengan beberapa tips di atas at least kita da cuba memilih pengasuh yang terbaik untuk anak kita... di samping beberapa faktor lain lagi yang mesti kita perhatikan dan fikirkan sebelum menghantar anak ke rumah pengasuh...

kadang-kadang ada jugak pengasuh yang suka bagi budak-budak yang dia jaga tu... makan junk food... stail cam tu pun aku tak berapa berkenan... nak bagi anak dengar kata dan diam... di bagi makan junk food pulak... he3

tq.. sebab sudi luangkan masa membaca entri kali ni... =)


PEGANG TANGAN AWEK! SYOKNYE!

Salam dan selamat sejahtera...

Semoga semuanya sentiasa ceria dan gembira...

Kecoh betul isu video orang sambut raya dengan anjing... macam dahsyat gila... tapi hang pa tak kecoh plak budak-budak sekolah dok pegang2 tangan keluar dating... berlambak kot aku rase... da cam budaya plak... tanpa segan silu leh pegang2 dengan bukan mahram.... 

Tu nak panggil apo plak... isu kecik dibesar besarkan... isu besar buat tak nampak je... orang islam yang dok pegang pegang depan khalayak tu bukan kategori menghina agama islam lagi kot...

Sebab tu masih ok je...

renung-renungkan =)


02 August 2013

TIPS KURUS - MUDAH, MURAH DAN BERKESAN

Salam dan selamat sejahtera....

Bila cite tentang kurus je... ramai la yang berminat... sebab rakyat malaysia ni... ramai yang obses nak jadi kurus....

Tak kira la... modal banyak ke ataupun modal sikit... tak kira la produk tu selamat ke tak... janji kurus...

Hehe

Antara tips untuk kurus yang boleh diamalkan

1. minum banyak air putih (setiap 25kg berat badan memerlukan sekurang-kurangnya 1liter air putih)
2. makan banyak serat (serat membantu melawaskan proses pembuangan tosin dalam bandan @ nama lainnya berak)
3. amalkan senaman sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari
4. kurangkan pengambilan lemak haiwan, garam dan gula
5. sabar dan konsisten dengan perkara di atas
6. berdoa (doalah kalau rasa nak kurus. kan kita boleh berdoa ape-ape pun he3)

nota: tiada jalan mudah untuk kurus. dengan pengambilan sesuatu produk... belum tentu kira dapat kurus atau berat badan berkurangan dalam jangka masa panjang




01 August 2013

KAN DAH TERTIPU DENGAN PRODUK KURUS

salam dan selamat sejahtera...

sekarang ni sesape ade facebook... kemain rancak depa dok jual produk kurus lah... produk ramping lah... macam-macam jenis produk la yang ada...

cuba korang try PM penjual produk tersebut... kebiasaannya... la kan... kalau kita kabo nak beli... dia orag akan bagi nasihat dan pesanan yang macam-macam...

antaranya...

kurangkan makan makanan berlemak
banyakkan minum air
banyakkan senaman
tah macam-macam lagi pantang larang...

sedar atau tak?

pantang larang tu semua antara penyumbang untuk turunkan berat badan? so... berat badan kita ni turun sebab makan produk XYZ tu ke... atau pun sebab jaga pemakanan dan gaya hidup?

tak rasa tertipu ke?

haishhh kalau aku jangan harap le aku nak beli...

aku tak kate la semua produk... tapi kebanyakkan produk memang gitu...

sebenarnya nak kurangkan berat... atau nak dapatkan berat ideal... bukan nye semudah makan itu makan ini... makan produk tu makan produk ni...

kita masih kena bersenam
masih kena banyakkan minum air putih
banyakkan makan serat

haishhh kalau makan produk itu ini da boleh kurus... ramai lah bini menteri-menteri ramping dan langsing... tak payah modal ribu-ribu... dua tiga ratus je... dah boleh kurus...

ape pun bergantung pada keserasian dan kepercayaan... this is my opinion =)

tq very much... sudi luangkan masa membaca entri ni...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...