GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label CDM 25. Show all posts
Showing posts with label CDM 25. Show all posts

19 July 2014

ERA.FM SANGGUP BUAT APA SAJA

Assalammualaikum..

semoga hari ini lebih baik daripada semalam...
pada aku memberi laluan individu yang agak "kurang bermoral" semata-mata nak tambah rating pendengar... itu adalah satu usaha yang negatif...

satu masa dulu ERA.FM dok mengangkat BOBO lelaki yang menggedik-gedik dengan aksi lembut... ya memang lawak... tapi itu satu contoh kurang bagus untuk anak-anak kecil... dan mereka yang masih mentah...

takkan kita nak melahirkan generasi yang suka cari makan dengan aksi yang menggedik-gedik seperti BOBO... sudah tentu kita tak nak kan? so untuk stesen radio popular pada aku tak payah la jemput orang-orang macam ni.... sebab dia akan memberikan contoh kurang baik untuk generasi muda...

terbaru ERA.FM menjemput KIKI...
memang dia dah pernah buat silap dan berkasar... sebegitu rupa... biarpun alasan nya tak sengaja dan macam-macam lagi alasan... pada aku cukup la ditemuramah wartawan... itu dah memadai... 

baran sebegitu rupa sebenarnya dah jadi habit... dan sifat hidung tinggi itu biasanya jika sudah tertanam agak sukar nak dikikis... even si polan beri statement "i tak sengaja sangat sebab i emo masa tu... sebab tu i pukul..."

gua tak rasa orang yang memang jenis humble dan baik... tak semudah itu nak baran kaw kaw kaw... sampai nak bantai orang tua.....

so tak payah la nak dijemput orang-orang yang sebegini rupa... kerana tak sesuai untuk di dengar umum dan dijadikan tontonan umum... sebab akan merosakkan generasi je...

ok la sekian....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...