Kemudahan yang disediakan di MAEPS sepanjang pesta buku.
1) Lebih dari 6000 tempat letak kereta disediakan. Terdapat 2 Zon tempat letak kereta di MAEPS.
Zon 1 - Berhampiran/Sekitar Dewan A, D & C
Zon 2 - Tempat letak kereta Pelawat (Visitors parking)
2) Tram disediakan - Bagi Zon Visitor Parking, Tram percuma disediakan untuk membawa pengunjung terus ke Dewan Pameran.
3) Taman Keriangan Kanak-Kanak.
Ibu bapa boleh memilih buku dengan tenang, dengan menempatkan anak-anak di Taman Keriangan Kanak-Kanak yang disediakan.
4) Laluan Berbumbung yang menghubungkan setiap dewan pameran.
5) Surau untuk lelaki & perempuan disediakan. Untuk Solat Jumaat, terdapat 2 masjid yang berhampiran iaitu Masjid MARDI & Masjid UPM.
6) Tandas dan Bilik Ibu & Anak disediakan. Bilik Ibu & Anak sangat luas dan selesa.
7) Pegawai perubatan & ambulan kecemasan ditempatkan dibilik rawatan yang disediakan. Sebarang masalah kesihatan sepanjang pesta buku berlangsung, bolehlah rujuk pegawai yang bertugas.
8) Anggota Polis akan ditempatkan di kaunter-kaunter bergerak di dalam & luar dewan.
9) Street Mall (Food Truck & Art Activities - Face painting, Coloring Contest, etc). Cafe makanan juga terdapat di kawasan Dewan D.
10) Kaunter Informasi di Street Mall, tempat rujukan untuk pertanyaan dan penunjuk arah.