GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label abdul aziz. Show all posts
Showing posts with label abdul aziz. Show all posts

29 October 2010

LAWAK BETUL KENYATAAN CALON BN DI GALAS... KAH KAH KAH

assalammualaikum dan salam sejahtera...

macam biasa la kan... lepas penamaan calon... semestinya la musim berkempen untuk meraih undi ye tak? maka banyak la cerita kebagusan BN kat dalam TV3.... TV1... (aku tak payah carik lawak lain da nak ketawa... tengok TV3 pon da cukup)

aku dengan mama yah siap gelak-gelak lagi bila calon BN kat GALAS cakap gini eh...

lepas pencalonan... calon BN cakap... "saya selalu terlibat dengan kerja-kerja kebajikan..." dan bla bla bla lagi dia cite... (kempen tok diri sendiri ye?)

calon PAS cool je cakap... "insyaAllah kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi pilihanraya di Galas ni..."

ayat siapa yang lebih INTELEKTUAL? huhuhu

lepas tu berita hari berikutnya...

"kita adakan ceramah berkelompok... secara kecil-kecilan je..." kata calon BN tu bila ditemuramah wartawan

KAH KAH KAH...

memang la berkelompok... dan kecil-kecilan... sebab tak de sape yang nak dengar cite bohong BN derrrr.... adoiyaiii sian aku tengok calon BN kat Galas tuuuu... huhu

pastu kuar pulak cite PUTERI UMNO dari JOHOR datang berkempen kat Galas... sambil buat pemeriksaan gigi dekat kanak-kanak...

pembaca berita kat TV3 tu cakap "pemeriksaan gigi secara percuma kepada kanak-kanak ni bukan umpan sempena pilihanraya..."

bila wartawan interview geng PUTERI UMNO ni... depa cakap... "kita nak dekat dengan mak bapak diaorang ni susah sikit... ramai yang sibuk... jadi kita dekati anak-anak mereka... nanti bila mereka balik umah... anak-anak akan cite kat mak bapak diaorang... ade kakak-kakak PUTERI datang dekat sekolah... nanti automatik mak bapak diaorang ingat UMNO... sekaligus menjadikan BN terus diingati..."

KAH KAH KAH...

tu bukan UMPAN ke?

TV3 makin kuat kelentong bila da dekat nak pilihan raya kecil ni... ohhh

dalam TV3 hari-hari cite kebaikan BN... huhu da macam TVBN plak rasenye... klaka sungguh.... hanya rakyat kelantan je yang mampu menilai... orang luar mungkin ade yang terpedaya tengok kebaikan yang ade kat dalam TV tu.... huhuhu =)

nota: serius!!! setiap patah kata-kata yang keluar daripada mulut orang-orang BN dan konco-konconye bikin aku dan mama yah GELAK BERSAMA....

korang tak mau speaking mat saleh ngan beliau?
speaking arab pon buleh....

25 October 2010

GUA MUSANG MULAI SESAK

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Galas esok, bandar Gua Musang mulai sesak.
Biarpun hujan lebat mula turun siang tadi, kenderaan dari luar tidak putus-putus membanjiri pekan Gua Musang, sejak petang tadi.
Kenderaan dijangka bertambah menjelang pagi esok.
Bukan sahaja penyokong dari luar, malah penyokong tempatan dari seluruh Kelantan juga mula berkampung di sini sejak beberapa hari lalu.
"Petang ni baru jam ni, pagi tadi, tengahari tadi OK lagi.
"Beraya la orang Gua Musang sekali ni," kata Azman Said, seorang penduduk tempatan di sini.
Sementara itu, penyokong PAS dan Pakatan Rakyat diminta berkumpul di perkarangan Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra seawal jam 7 pagi esok bagi memudahkan urusan mengiringi calon PAS ke pusat penamaan.
Pimpinan utama Pakatan Rakyat termasuk calon, Dr Zulkefli Mohamad dijangka tiba jam 8.00 pagi.
Sebelum bergerak ke pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan jajahan Gua Musang, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dijangka mengimamkan solat hajat di masjid berkenaan.
Perarakan mengiringi calon dijangka bermula jam 8.30 pagi sejurus selesai solat hajat.
Dalam pada itu, PAS malam ini mengadakan beberapa program menjelang esok.
Di peti undi Pulai, Tuan Guru Nik Aziz menghadiri  satu majlis makan malam bersama masyarakat Cina.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pula dijadual menyampaikan ceramah di Pasti Terasil.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad pula berceramah di Kampung Baru Gua Musang bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa.
Manakala di Pusat Sivik pula berlangsung forum Bertani Satu Ibadah anjuran kerajaan negeri.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Noordin Che Ngah mengingatkan penyokong parti bertanding supaya mematuhi laluan yang ditetapkan bagi penyokong parti masing-masing.
Penyokong calon BN akan berkumpul di bilik gerakan parti di Bukit Cekati kira-kira 180 meter dari Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, tempat penyokong calon Pakatan Rakyat berkumpul.
sumber: HarakahDaily
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...