GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label anemia semasa hamil. Show all posts
Showing posts with label anemia semasa hamil. Show all posts

17 May 2015

MAKANAN TAMBAH DARAH UNTUK IBU HAMIL

Pernahkah anda dengar tentang anemia semasa hamil? Ibu yang baru hamil dan hamil kali pertama mungkin masih belum mengetahui tentang anemia semasa hamil. Akan tetapi, kepada yang lebih senior atau dengan kata lain sudah mengandung lebih dari sekali biasanya lebih arif dengan perkataan anemia, haemoglobin, zat besi, dan yang seangkatan dengannya..

Anemia ni boleh menyebabkan kelahiran pramatang tau. Ibu hamil yang mengidap anemia sering berasa letih dan lemah. Anemia boleh didefinisikan sebagai satu keadaan yang berlaku apabila sel darah merah iaitu jumlah hemoglobin (HB) di dalam darah berkurangan. Jumlah hemoglobin normal bagi lelaki ialah 13.5-180 gram/dL dan bagi wanita ialah 12-16 gram/dL. Manakala bagi wanita hamil, jumlah hemoglobin adalah berbeza iaitu 10-15 gram/dL. Biasanya jumlah hemoglobin sebelum dan semasa hamil adalah kurang daripada 10, ibu akan berisiko menghidapi anemia.
Kekurangan zat besi, folat dan vitamin B12 menjadi alasan utama berlakunya anemia.


Bayi di dalam kandungan akan menyerap nutrien yang diambil oleh ibunya. Oleh yang demikian, ibu hamil perlu mengambil makanan yang mengandungi zat besi, folat dan vitamin B12 dalam jumlah yang lebih berbanding sebelum hamil untuk mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah. Jika kurang darah, banyak kesan kurang baik. Oleh itu hindari simptom dan tanda penyakit kurang darah lebih awal.

Antara makanan yang dicadangkan untuk pengidap anemia.
1. Daging Merah
Daging merah mengandungi zat besi yang tinggi untuk membantu memerangi anemia semasa hamil. Anda perluu tahu bahawa kandungan zat besi dari sumber haiwan mudah diserap berbanding sumber lain.

2. Brokoli
Sayur hijau ini mengandungi vitamin, zat besi dan folat. Brokoli sangat bagus dimakan ketika hamil kerana ia juga mengandungi antioksidan yang mampu melawan penyakit dan jangkitan

3. Bayam
Bayam merupakan makanan paling baik di kalangan sayuran untuk ibu hamil. Bayam merah atau hijau, menyerap zat besi dan folat untuk memerangi anemia

4. Pisang
Pengambilan 2 biji pisang setiap hari sangat baik untuk wanita hamil. Ini adalah kerana folat yang terkandung di dalam pisang boleh membantu dalam pertumbuhan janin dan penghasilan sel-sel baru

5. Kekacang
Kekacang adalah satu sumber untuk mencegah anemia. Ambillah kekacang sebagai snek menggantikan makanan ringan

6. Hati
Hati ayam dipercayai dapat menambah kepekatan darah. Walaubagaimanapun, pengambilan hati yang terlalu kerap tidak digalakkan kerana ia merupakan organ dalaman yang tidak elok untuk otak

7. Kerang
Kerang juga terkenal dalam mencegah anemia. Masukkan kerang ke dalam menu harian anda dengan cara masakan yang berlainan agar tidak bosan

8. Telur
Bahagian kuning telur mengandungi nutrien termasuk zat besi yang diperlukan pengidap anemia. Mengambil kuning telur dapat mengekalkan jumlah hemoglobin dalam darah

9. Oat
Oat yang boleh melawan anemia semasa hamil memberikan mineral yang diperlukan tubuh badan berserta zat besi. Oat juga mudah dicerna. Ibu hamil sangat sesuai mengambil oat.

10. Buah Delima
Buah delima dapat mempertahankan jumlah sel darah merah, kandungan zat besi yang terdapat dalam buah delima dapat mengurangkan gejala anemia.

11. Madu
Pastikan anda mengambil madu dalam menu harian anda jika anda mengalami anemia. Madu boleh juga menggantikan gula di dalam minuman dan makanan

12. Kurma
Khasiat kurma tidak dapat disangkal lagi. Ini termasuk meningkatkan penghasilan sel darah merah. Kurma yang sedap dan manis ini turut memberi tenaga kepada anda.

13. Kismis
Kismis dapat membantu melawan anemia semasa kehamilan. Buat snek sebagai snek harian dan didklah juga anak-anak makan kismis sejak kecil.

Disamping itu juga, perbanyakkan makan makanan yang kaya dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan zat besi.
kalau boleh elakkan ambil makanan dan minuman yang berkafein kerana boleh mengganggu menyerap zat besi. Kalsium juga boleh mengganggu penyerapan zat besi, oleh itu ibu hamil disarankan ambil kalsium sebelum tidur. Elakkan minum susu sejam sebelum atau selepas ambil apa-apa vitamin, kerana ianya akan mengganggu penyerapan vitamin.

Penting bagi ibu hamil mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan. Oleh itu, ibu-ibu hamil haruslah menjaga diri, menjaga pemakanan bagi mencegah anemia.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...