GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label apa yang tak boleh buat ketika mimpi. Show all posts
Showing posts with label apa yang tak boleh buat ketika mimpi. Show all posts

06 March 2015

8 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MIMPI


Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tak pernah kenali. Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya.

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi. Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur!


1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 setahun.

2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi "lumpuh" dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang 'istimewa'yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.

3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda.

4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih lama daripada lelaki.

5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.

6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi 'memegang watak' dalam mimpinya.

7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.

8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...