GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label ayat al-quran hilang. Show all posts
Showing posts with label ayat al-quran hilang. Show all posts

08 July 2014

TERKINI: AYAT AL-QURAN HILANG




SUMBER SINAR HARIAN




TUMPAT - Warga Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tumpat, di sini, menerima kejutan apabila mendapati beberapa ayat suci hilang daripada al-Quran milik surau di institusi pengajian peringkat menengah itu.

Imam solat terawih di surau MRSM Tumpat, Mohamad Deraman berkata, dua muka surat al-Quran terbabit yang didapati hilang adalah surah Al-Fatihah dan surah Al-Baqarah.

Menurutnya, ketika meneliti al-Quran bersaiz 4x8 inci itu, dia mendapati ayat 1 hingga 7 surah Al-Fatihah hilang manakala pada surah Al-Baqarah pula, ayat 1 hingga 4 didapati hilang.

"Pada surah Al-Fatihah, yang tinggal hanya kalimah ALLAH dan bunga-bunga akhir ayat. Pada surah Al-Baqarah pula, tinggal hanya perkataan ALLAH dan Robbihin, iaitu nama-nama ALLAH.

"Saya harap perkara ini tidak disalah tafsir, sebaliknya diambil sebagai peringatan oleh seluruh umat Islam agar memperbanyakkan amalan membaca al-Quran," katanya.

Kejadian itu turut disedari oleh salah seorang pelajar MRSM Tumpat ketika ingin membaca al-Quran itu pada hari ketiga Ramadan.

Al-Quran berusia lebih 10 tahun itu diserahkan kepada Mohamad yang merupakan bekas imam Masjid As-Somadi, Geting, dekat sini dan disimpan di rumahnya di Kampung Neting.

Kata Mohamad, ini kali kedua dia melihat kejadian ayat al-Quran hilang kerana kejadian sama pernah dilalui ketika belajar di Pondok Pasir Tumboh pada 1998.


* Hari tu aku ade wat entri tentang ni.... so berhati2 la kita semua agar tiadk lalai.... dan jangan menolak atau mengetepikan apa yang tertulis dalam Al-Quran...

01 June 2014

FENOMENA AYAT AL-QURAN HILANG

Assalammualikum

semoga semuanya sihat selalu...
isu ayat al-quran hilang ni dah lama.... berlaku.... cuma kurang pendedahan je... al-maklum la kisah sebegini bisa menjadikan kita-kita insaf sungguh-sungguh atau insaf sejenak sahaja....
apa pun ia tetap menimbulkan keinsafan...

kisah ni juga pernah berlaku masa aku kecik-kecik dulu.... di Malaysia.... potongan ayat al-quran hilang.... surah mengenai HUKUM HUDUD... al-quran yang sekian lama tersimpan apabila dibuka tiada tulisan pada satu muka surat... wahal sebelum ini memang wujud muka surat tersebut... hilang kosong... bukan pudar cetakannya....

apabila muncul isu ni tuan guru harun din ade mengulas.... tapi tak lama lepas isu ni senyap je.... atau sengaja disenyapkan ke.... aku kurang pasti...

hakikatnya isu ni muncul kembali.... ayat al-quran hilang lagi....

yup... kehilangan ayat al-quran pada mulanya akan berlaku.... hilangnya ayat al-quran daripada dada orang islam itu sendiri.... kemudian ayat itu akan diangkat daripada al-quran itu sendiri...

ya... ini terjadi.... apabila apa yang tertulis dalam al-quran mula tak diamalkan lagi.... dan umat islam membiarkan setiap peringtan daripadanya.... dan juga tanda-tanda hampir tibanya hari akhir....

sama ada anda mahu percaya atau tidak??? ia seperti kisah dongeng barangkali pada logik akal... tapi sebagai seorang muslim kita wajib percaya pada perkara ghaib dan hari akhirat...

tepuk dada tanya iman....

semoga kita semua terlindung daripada perkara yang keji dan mungkar.... dan terselamat daripada fitnah akhir zaman....

wallahua'lam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...