GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label bersastera. Show all posts
Showing posts with label bersastera. Show all posts

29 March 2010

UJIAN

salam
lagi auto publish


penat sudah...


ujian bertulis...
ujian lisan...
ujian memandu...


kenapa dengan ujian?


sedar tak kita semua....
segala yang di dunia ni ujian?


yup!!


kau kaya? itu ujian...
mahu kau menolong orang susah?


kau miskin? itu ujian...
adakah kau terus meminta-minta tanpa usaha?


kau cantik? itu ujian....
kau mahu bangga dengan itu atau wujud rasa syukur di situ?


kau hodoh? itu ujian...
kau mahu berpaling dari Tuhan Mu dengan mengatakan itu tidak adil?


kau bijak? itu ujian...
kau bisa melestarikan dunia dengan ilmu pinjaman itu?


kau hebat? itu ujian...
kau bisa lawan kuasa yang Maha Berkuasa?


kau bahagia? itu ujian...
adakah kau akan berputus asa saat datang derita?


akan tiba jua saatnya kau di tinggalkan di ruangan sempit....
di sana ada fitnah yang amat dahsyat...
di atas ditaburi bunga...
kamu semua akan ditanya...
apa kamu lakukan di dunia...
di dunia kamu tabur fitnah merata...
di sana yang bersaksi cuma anggota...
kamu cuma diam tanpa kata...
saat itu ada yang mohon pada Sang Pencipta mahu hidup semula....
mahu janji tidak lupa segala...
mahu tinggal segala dosa...
yang pasti tiada peluang kedua


ah!! itulah janji manusia


aku hanya bermonolog dalam diri. yang selalu leka dengan urusan dunia. kamu mahu kongsi?
silalah baca. jika tidak aku tak apa-apa =)

27 March 2010

APA DAH JADI NI

tiba-tiba rasa sakit
lagi dan lagi

kenapa mesti sakit ni
kenapa aku lemah begini
mana semangat aku pergi
siapa yang bawa lari

mahu saja aku tunggu di sini
ya!!!
melepek saja di jamban ini (hahaha)

bertahan dengan ubatan ini
mahu hilangkan kesakitan ini

sayang pinjamkan kudrat yang kamu ada
biar aku lebih selesa =(

p/s: teringat mase dulu-dulu panggil ma ninja "oh! mama kan ninja"
(anak yang sangat terpengaruh cerita kartun)

26 March 2010

KU SUBURKAN CINTA

ku suburkan cinta
dalam keterbatasan ini
sebening embun pagi
sebening hari
ku kunyah segala sendu
mainan sang nasib
yang berpijar
antara mata dan hati
ku songsang angin merah
yang datang sekali sekala
atau setiap masa
kerana cinta ini kental
tidak mengenal putus asa

ku suburkan cinta
di bumi yang tercinta
ku kalung sejahtera
sepanjang masa

HAH KANTOI SATU!!!

aduh KPN pun boleh menipu
kerana dia sudah ampu
ke hulu ke hilir angkat tilam suatu ketika dulu
hei itu zaman dulu-dulu


hah sekarang dah kena sudu
jangan diam terus bisu


penipuan dibongkar satu persatu
aku tak kesian kat Encik Ahmad Nisfu
aku kesian kat ketua polis yang satu
takut tak sempat reka cerita baru


p/s: senang je nak tau ijazah tu betul ke tak... tgk sama ada advance diploma tu layak utk dia menjadi peguambela dan peguamcara (advocate & solicitor) dlm mahkamah persekutuan malaysia kalau syarat kena ambik CLP dulu mmg sah tak laku. sedangkan ambik law degree part time kat UM pun dia tak panggil LLB tapi Bachelor of Jurisprudence dan masih kene lulus CLP =)

25 March 2010

KU KHABAR DENGAN INDAH

bukan begitu
bukan begini

bukan mahu ceritakan kisah aku lagi

tidak sayang
sudah jatuh baru mahu lihat ke sisi
pandang kanan dan kiri
acapkali jatuh bisa bangun lagi
lekas bangkit terus berdiri

apa kamu buat di dunia ini hai laki-laki
apa kamu buat di dunia ini hai si isteri
apa kamu buat di dunia ini hai menteri-menteri

ini bukan cerita kecewa
hanya rasa dalam jiwa
enaknya kita ketawa
melihat insan-insan kecewa

*ada syaitan dalam jiwa - ayuh lekas ketawa, mari kita gembira, dunia ini kita yang punya

Tuhan
aku ngeri
lihat jenayah sana sini
manusia bagai mahu menongkat bumi
segala harta mahu digali
fitnah merata tanpa henti
yang salah makin dikagumi
mahu saja aku lari
pergi dan terus pergi

aku mesti di sini
menanti saat terhenti
hingga nadi ku mati
tubuh tak bernyawa lagi

Tuhan
tunjukkan aku
mana arah menuju Mu
mana arah kiblat Mu
luruskan lorong ku
agar aku kembali meraih cinta Mu
agar jiwa tidak lemah dan layu

bawa kami semua kembali kepada Mu

p/s: andai tiada lagi puisi mugkin aku telah mati =)

BUANGKAN DAN BAKAR ITU SAHAJA

kau datang lagi
mau cerita itu dan ini
macam sudah tak ada anak bini
anggaplah semua tu tak pernah jadi


kau bawa cerita itu
aku sudah ada yang ini


mau ingat jalan-jalan di pasar seni
nasi ayam, cempedak goreng apa semuanya ni
semua memori di sungai petani
apa yang kau cuba sampaikan ni
sedar la yop...
kau ada anak bini


aku dah lama buang dan bakar rasa itu
tak perlu ungikt satu-satu


kini dia temani aku
jangan kau sibuk nak merapu


p/s: abg luv so much =)

KATALAH ITU DAN INI

ingat masa lalu
kau kata aku yang satu
aku pun angguk setuju
nah sekarang semua palsu

kau tak nampak wujud aku lagi
mahu tanya lagi dan lagi
pergi kau pergi
jangan datang lagi

mahu cari kembali hati ini
yang dulu kau letak di buku lali

sudah pergilah kau bersama si pari-pari
tak perlu datang ke sini lagi

terkenang*

bulan tetap satu kekadang berubah ikut waktu
matahari juga begitu
makin hari makin lesu

p/s: melepaskan sesuatu untuk sesuatu yang baru. adakah itu aku?

23 March 2010

APE HAL PULAK NI?

langkah ini
seakan terhenti-henti
depan kelabu
pedih memilu
masa bukan lagi temanku

masih jua
aku mengharap cahaya
biar pun terus
meredah belukar
pecahan kaca

menusuk tubuh berdarah
sakitnya tiada terkira

getar jari-jemari
bertaut pada harapan ini
aku membilang hari
apa akan datang hari
ku nanti

18 March 2010

SI PEMAKAI KEDOK

suara lagu bercempera
dari segenap ruang penjuru
gemersik menikam nafsu rindu
jejaka sunyi lara terkhayal
dan sebuah kedok tradisi tersangkut
tak terusik di tiang seri

bunyi gendang tingkah meningkah
jejaka bangkit menyusun langkah
hayunan tangan lembut gemalai
meneras tarian lama tersadai
kedok diri lambat melambai
senyum terukir di bibir merekah
peribadi diri menyerlah terpokah
tarian lancang kinja menginja

tiba-tiba
suara lagu menghilang diri
bunyi gendang terputus mati
kedok masih terlekat di wajah
langkah tarian belum sudah!

*ulangan bagi yang tertinggal... apa itu kedok?
topeng lah!

KEDOK

salam
kedok
ape tu?
kedok itu topeng

cuba kamu sebutkan
aku memang tak leh dengar

cukuplah tu...
itu sahaja yang aku nak kongsi
nantikan entri
SI PEMAKAI KEDOK

17 March 2010

MAHU BOHONG LAGI

salam
lagi sekali entri auto publish

mahu bohong lagi
kamu ingat kami tuli
kamu sangka kami kuli
mahu bohong lagi dan lagi

hai SANG PEMERINTAH
kita kini di era globalisasi

segala yang sensasi kami bisa ketahui
kami ada internet di hujung jari
internet di kanan dan kiri
kami bisa dapat info lagi dan lagi

segala bahasa ada di sini
kamu mahu bohong kami lagi?

mahu tutup segala korupsi
mahu tukar topik sana sini
mahu elak semua ketahui
apasal mahu sembunyi-sembunyi

kita kini di era teknologi
jangan teknologi kamu mahu perangi
upah HACKERS sana sini
nanti habis duit kami

kamu naikkan cukai lagi

16 March 2010

KAIS PAGI MAKAN PETANG

salam 
lagi dan lagi entri auto publish
aku harap semua sentiasa sejahtera

kamu mahu kais pagi makan petang?
kamu mahu kais pagi makan pagi?
atau kamu tidak mahu kais?

yakin selagi kamu hidup dan bernafas
rezeki tetap ada
DIA sudah tentukan

oh...
kalau begitu tak perlu kais ye?

hoi!!!
usaha kamu mana?
bagaiman TUHAN mahu berikan rezeki yang lebih?

kehidupan makin sesak
kehidupan makin sempit

hutang sana
hutang sini

mahu marah?
mahu nangis?

pemerintah kamu letak kami di mana?
janji kamu tabur
undi kami berikan

lihat kami mula kesempitan
bila harga barangan kamu naikkan
inflasi semakin kelihatan
minda kami kamu tutupkan
piket kami kamu hentikan

mana pergi laungan DEMOKRASI
mana pergi laungan REFORMASI

kamu laung sajakah?

kamu lihat sajakah SANG PEMERINTAH?

pelabur asing mahu pergi
menarik semula segala pelaburan mereka
atau kamu sudah rancang strategi
mahu hambat KAMI lagi....

 ~ sekadar renungan ~

LARI LARI DAN LARI

salam
lagi entri auto publish

aku sangat suka
buat entri cam ni...
hahaha

pernah kamu lari?
lari??

lari dari segala
masalah
manusia
rasa
dan segala

aku mahu lari
kamu mahu ikut?

hati-hati jika mahu berlari
jangan sampai jatuh
jangan sampai gaduh
kiranya kamu jatuh
lekas bangun

apakata kamu rehat sebentar
bersama KIT KAT

mungkin lebih manis dari LARI dan BERLARI

14 March 2010

HANYA KERANA INSAN YANG BERNAMA PEREMPUAN

Hanya Kerana Insan Yang Bernama Perempuan

Wahai insan...
Inikah hakikat duniawi dan kewujudan
Hanya kerana seorang yang bernama perempuan
Hanya kerana ia insan yang lemah
Bila berlakunya kes rogol yang berleluasa
Kesalahan utama
Pasti perempuan yang dianggap punca
Mulalah membelek kesalahan wanita
Faktor aurat dikatakan punca
Bila melintas seorang wanita
Anak gadis maupun janda
Dengan pakaian seksi menggoda
Para teruna, suami dan duda menjeling asyiknya
Kelu lidah, mata terpesona
Hingga terluah…rezeki nak kata apa!
Tak cukup sekali, nak pandang lagi sepuasnya
Ada yang tak mampu menahan gelodak jiwa
Siulan pun bermula……wi..wit berulangkali
Seolah-olah membenarkan keadaan
Kenapa tidak disapa mesra
Adik…..akak,,,,atau saudari!
Tak elok berpakaian begini
Bukankah menutup aurat itu suatu kewajipan
Tegurlah dengan cara yang hikmah
Kalau kita ikhlas.. jalan Allah swt sentiasa terbuka luas, insyaAllah
Namun hakikat realiti
Ke manakah peranan seorang lelaki
Ada jua yang mengutuk sekadar di hati
Perempuan macam ni!…….boleh jalanlah…tak akan kujadikan isteri
Apakah itu tandanya lelaki sejati
Bukankah Allah swt berpesan nasihat-menasihati
Mencegah kemungkaran adalah suatu tuntutan
Malah adalah suruhan Tuhan
Kalau bukan anda
Lalu nak tunggu siapa?
Perempuan terus dijadikan bahan cerita
Bila berlaku maksiat di mana-mana
Sesekali kita tersentak
Bila kes rogol berlaku juga
Perempuan yang menutup aurat pula menjadi mangsa
Lalu…siapakah yang bersalah?
Perempuan lagi…….
Sebab………keluar rumah seorang diri
Mungkin hanya kerana tiada ilmu pertahanan diri
Untuk menangkis serangan hawa nafsu serakah lelaki
Hakikat yang nyata
Sesungguhnya Allah swt itu Maha Berkuasa
Didatangnya sesuatu musibah tak lain sebagai tanda
Menyuruh umatNya berfikir secara bijaksana
Malangnya hanya sedikit yang mengambil iktibar darinya
Selebihnya lebih hebat mengata
Orang tak pernah salahkan si perogol(lelaki)
Kalau adapun mungkin sebilangan cuma
Perempuan jua yang dikata punca
Sudahlah menjadi mangsa
Dianggap pesalah jua
Itulah mahkamah dunia
Yang disanjung kebanyakan manusia
Belum selesai kes pertama
Sumbang mahram pula dijadikan isu
Kes sumbang… adik abang ayah anak atok dan cucu
Sekali lagi perempuan dijadikan bahan
Menerima segala hinaan
Alasannya hanya kerana perempuan bekerja
Tak menunaikan kewajipan sebagai isteri
Persolannya……. apakah benar?
Bila berlaku jua sumbang mahram
Antara ibu dan anak
Lalu…kerana apa pula?
Mungkin kutukannya malah lebih hebat
Tak sepatutnya seorang ibu berperilaku sedemikian
Tetapi bila ayah yang rogol anak dikatakan pula kerana beralasan
Dimanakah kewarasan akal fikiran
Yang memuliakan manusia berbanding haiwan
Apakah kerana sejarah Nabi Adam dan Hawa
Tipu daya syaitan ke atas Nabi Adam melalui pujuk rayu Hawa
Perempuan yang terus-terusan dijadikan pesalah
Di atas semua bencana di dunia
Lalu apakah tanggungjawab lelaki
Adakah semuanya telah dipenuhi?
Yang diberi kelebihan berbanding wanita
Sebagai pemimpin anugerah dariNya
Berlalu satu,,timbul pula kes yang baru
Perempuan yang bertudung menjadi umpatan
Hanya kerana segelintir yang melakukan maksiat
Kecaman begitu hebat
Di kedai kopi maupun pejabat
Kisah perempuan tak pernah tamat
Sedikit sekali yang menyalahkan lelaki
Perempuan jua yang dituding jari
Padahal maksiat bukannya terjadi seorang diri
Tepuk tangan sebelah takkan berbunyi
Sedih dan pilu silih berganti
Lebih-lebih lagi perempuan bertudung menjadi kecaman
Kepada pakaian dipersalahkan
Hingga terkeluar kata-kata hinaan
Baik buka daripada bertudung
Akidah dah mula terpesong
Itulah dinyatakan pentingnya niat
Kalau tujuan semata untuk kecantikan dan peribadi
Mungkin itulah akibat yang harus dihadapi
Segalanya kehendak yang Esa jua
Sebagai pedoman umat manusia
Yang sering lalai dan alpha
Dalam mengharungi pentas dunia
Sejarah seorang isteri
Sanggup melepaskan segala-galanya
Hanya untuk suami tercinta
Cita-cita dipinggirkan…pekerjaan dilepaskan jua
Tanggungjawab dan kewajipan adalah yang utama
Namun akhirnya kecewa melanda
Dugaan tiba bukan dipinta
Kenyataan diterima dengan redha
Bila suami menduakannya pula
Kata keluar bekerja
Nyatanya makan di luar
Takdir dariNya terbongkar rahsia
Lalu apakah hak isteri
Kebebasan diberi pada si suami
Kerana tandanya hormat dan taat seorang isteri
Lalu untuk apakah pengorbanan semua ini
Salah perempuan lagi
Bila ada yang menyatakan memang dah sifat lelaki
Alasan paling bijak untuk melepas diri
Dosa pahala tolak ke tepi
Hanya kerana memuaskan nafsu dalam diri
Ada jua isteri yang sanggup berpoligami
Semata-mata menghormati kehendak suami
Isteri solehah dijadikan pertaruhan
Sehingga ada suami yang sanggup bermadah
Sayang….sebagai isteri yang solehah
Benarkan abang kahwin lagi
Tak salahkan itukan sunnah Nabi
Semuanya dituruti kerana taat
Kalau kemahuan tidak diturut
Maka jadi alasan suami buat maksiat
Salah siapa…..
Perempuan juga
Hanya kerana menurut tuntutan jiwa
Kehendak dan keinginan suami tercinta
Isteri merelakan segala-galanya
Mengharapkan keadilan dan keredhaanNya
Namun jauh di sudut hati tersentuh jua
Mampukah suami berlaku seadil-adilnya
Sekalipun bukan dari segi kasih sayang dan cinta
Kalau betul nak ikut sunnah
Kenapa pilih gadis atau anak dara
Bukankah isteri Nabi dah diketahui semua
Seorang sahaja gadis yang lain janda
Tujuan Nabi membantu wanita
Tujuan suami pula apa?
Kalau niat suami ikhlas
Hati isteri penuh ikhsan belas
Niat untuk membantu
Isteri pasti bersetuju
Cubalah cari mereka yang bermasalah
Kahwin.. bimbing dan bantulah ia
Jadikan ia muslimah yang mulia
Di sisiNya ganjaran pasti ada
Mungkin kerana situasi yang terjadi
Ibu-ibu yang diceraikan
Samada hidup ataupun mati
Lebih rela menerima gelaran
Sebagai ibu tunggal
Walaupun terpaksa memikul beban
Fitnah sana sini
Diharungi dengan berani
Itulah kasih ibu sejati
Ada pula di kalangan anak gadis
Terpaksa berdepan dengan sindiran sinis
Bila ada yang rela memilih jalan
Untuk mengelak dari pernikahan
Hanya kerana ia seorang perempuan
Dianggap terlalu memilih pasangan
Fitnah pula usah dikata
Hanya keimanan benteng utama
Wahai insan
Mereka yang bernama lelaki atau suami
Kalau anda mengimpikan isteri yang solehah
Apakah anda tak pernah terfikirkan
Wanita jua punya perasaan
Mengidamkan seorang suami yang soleh
Dalam perkahwinan itulah impian
Ianya jua anugerah Tuhan
Harap tidak disia-siakan
Lelaki sebagai suami
Tempat pergantungan hidup si isteri
Rasulullah saw sebagai ikutan contoh dan teladan
Alangkah bahagianya andai ianya dijadikan panduan
Di dunia dan akhirat pasti selamat
Hanya satu….percayalah suami
Pengorbanan ikhlas dari isteri
Bukan untuk dibalas
Cukuplah dihargai sudah memadai


Dipetik dari buku :
"Pelindung Hati Dari Buruan Syaitan" (Ibnu Qayyim). 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...