GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label bihun. Show all posts
Showing posts with label bihun. Show all posts

03 September 2010

MEE REBONDING

salam
ape khabar sume? harap sihat la ye...
kali ni nak berkongsi cite santai je... tak berat pon...

korang mesti biasa makan mi kasar kan?
bihun pun mesti biasa kan?

mi bandung, mi goreng mamak, mi rebus, mi bandung, mi kari, mi hailam, sizzling mi, ohhhhhh macam-macam menu tentang mi...  bihun pun cam tu gak.... bihun ni asal usulnya dari siam... tu yang orang dulu-dulu panggil mi siam... ye tak?

cume aku selalu panggil mi kasar tu mi besar...




Bihun sangat cemburukan mee. Walau duduk di rak bersebelahan di supermarket, mereka tak pernah bertegur sapa. Malah bihun sering mempersendakan mee di depan umum...

"Dasar si kuning gemuk... ingat orang suka sangat kat dialah tu!"

hari-hari berlalu... namun mee buat derk aje dengan segala kerenah dan hinaan bihun. Sehingga satu hari pekerja supermarket mengalih rak mee ke tempat lain. bihun gembira kerana tidak lagi melihat musuh tradisinya.

Hari berikutnya rak baru diletakkan di sebelah bihun, rak spaghetti. Bihun rasa marah dah berteriak; 

"Hoi, si kuning gemuk! jangan fikir ko buat teknik rebonding camtu aku tak kenal ko!!!"

nota: bihun sangkakan spaghetti tu mee yang da buat teknik rebonding ulalala...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...