GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label cara untuk berhenti merokok. Show all posts
Showing posts with label cara untuk berhenti merokok. Show all posts

15 July 2014

10 + 1 CARA UNTUK BERHENTI MEROKOK


Assalammualaikum...

perkogsian daripada seorang teman... JOM CUBA!!!

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudaratan.

1. Melengah
Jika rasa ingin 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

2. No more 'Sebatang je...'
Say no to 'cukuplah sebatang'. Tekadkan niat untuk kata cukuplah hisap rokok walaupun sebatang.Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.

3. Kenali Punca Merokok
Kenali apa punca merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk tidak terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok, kurangkan untuk lepak bersama. Atau selalu melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid. Hehe

4. Bersenam & berdoa
Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.

5. Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). 

6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan (yang telah berhenti merokok atau yang tidak merokok) bahawa anda mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni anda yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri. Sudah pasti beliau akan menyokong 100% keputusan itu.
PERINGATAN: JANGAN SESEKALI HEBAHKAN KEPADA RAKAN-RAKAN YANG MASIH TEGAR MEROKOK!

7. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang anda dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang, anak-anak bertambah sihat, anda semakin awet muda, nafas berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi!

8. Go Online
Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya berhenti merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok untuk bertarung dengan keinginan nak merokok. 

9. Menguyah
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Contohnya kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

10. Guna Alat Bantuan
Banyak yang ada dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila. 
Contoh: NiQuitin, Vivix dari Shaklee

10+1. Labur sedikit masa & wang untuk ke Program Insentif Magnet Kekayaan & Kejayaan (IMKK) anjuran Richworks yang dikelolakan oleh Dr. Azizan Osman. #DAO

Boleh-boleh?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...