GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label dadah musuh negara. Show all posts
Showing posts with label dadah musuh negara. Show all posts

23 January 2015

4 ARTIS SUARA EMAS DAN DADAH


Penahanan vokalis kumpulan Slam, Zamani Ibrahim, 44 atas kesalahan terlibat dengan dadah, menggemparkan Malaysia, khususnya para peminat setia pemilik suara emas ini. Pelbagai reaksi diterima, ada yang mengambil dari sudut positif, tak kurang juga yang mengeji.

Zamani bukan artis pertama yang dijolok dengar gelaran 'bersuara emas' yang terlibat dengan dadah. MLP menyenaraikan beberapa lagi nama hebat, namun tewas di tangan musuh nombor satu negara ini.

Saleem 


Vokalis kumpulan mega 90an, Iklim, ini ditahan pada Julai 2004 atas kesalahan memiliki satu paket plastik yang mengandungi 0.06 gram campuran heroin dan monoacetlymorphine serta satu lagi paket plastik mengandungi 0.06 gram dadah yang serupa.

Saleem dijatuhkan hukuman penjara selama lapan bulan bermula 13 Disember 2004.

Ameng


Episod sedih yang berpanjangan buat vokalis kumpulan Spring ini. Pada Oktober 2005, Ameng mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Besut, Terengganu atas tuduhan menagih dadah jenis methamphetamine di Kampung Batang Gergaji, Besut pada 3 September tahun tersebut.

Pada bulan Disember tahun yang sama, Ameng atas kesalahan yang diakuinya, dia dijatuhi hukuman denda RM3,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret Besut, Terengganu setelah mengaku salah menagih dadah pada awal September 2005.

Sekali lagi Ameng ditahan dan dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas dia didapati bersalah terhadap tuduhan memasukkan ganja ke dalam badannya di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Sentul, Kuala Lumpur.

12 April 2011, Ameng dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 kali sebatan di Mahkamah Sesyen Melaka kerana kesalahan dadah.

Datuk Jamal Abdillah


Antara penyanyi papan atas di negara kita, Jamal turut dihimpit masalah dadah. Jamal pernah ditahan atas kesalahan memiliki dadah jenis syabu pada tahun 2007.

Beliau pernah menjalani program rehabilitasi di Pengasih selama hampir lima tahun.

Radhi


Vokalis kumpulan OAG ini menagku sudah mula mengenali dan bergelumang dengan dadah sejak berusia 15 tahun. Dia kini boleh berbangga dengan kehidupannya kini yang bebas dadah, selepas menjalani proses pemulihan di Pengasih sejak 2011.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...