GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label dah pergi haji tapi tak solat jumaat. Show all posts
Showing posts with label dah pergi haji tapi tak solat jumaat. Show all posts

31 December 2015

DAH PERGI HAJI TAPI TAK SOLAT JUMAAT


Baru saja nak duduk di kerusi kedai makan, tiba-tiba ada orang kata, "Kata dah pergi haji tapi tak solat Jumaat."
Saya menoleh kepada beliau. Ingatkan dia bercakap tentang saya. Rupa-rupanya dia bercakap tentang seorang kenalan.
Oleh kerana saya kenal mereka, maka saya bertanya, "Kenapa dia tak solat Jumaat?"
Barulah saya tahu kenalan tersebut bermusafir dari Kodiang ke Kuala Lumpur.
Saya kata, "Kalau dia bermusafir, boleh jamak dan qasar. Solat Jumaat tak wajib."
Dia jawab, bukan susah sangat pun nak solat Jumaat.
Saya kata, ini bukan soal susah atau senang. Ini soal keringanan yang Allah swt berikan. Islam bukan susah, kita yang menyusahkan.
Kalau hukum kata boleh jamak dan qasar, buat sajalah.
Ini samalah dengan orang kita yang bersungguh-sungguh nak Malaysia Airlines pasang CD baca doa bermusafir sebelum terbang seperti yang dilakukan oleh Royal Brunei Airlines.
Baca sajalah doa bermusafir sendirian sebelum terbang. Sama seperti kita baca doa makan di dalam pesawat. Ada kita baca doa makan ramai-ramai?
Ada kita baca doa ramai-ramai apabila nak tidur di dalam kapalterbang? Ada kita baca doa ramai-ramai apabila kita nak masuk tandas di dalam kapalterbang?
Kalau nak sangat baca doa beramai-ramai sebelum terbang, saya nak tanya sikit. Adakah kita berdoa beramai-ramai sebelum kita bawa kereta? Adakah kita baca doa dan minta semua penumpang angkat tangan sebelum kita start enjin kereta?
Kita suka sangat buat perkara yang akhirnya kelihatan susah dan menjadikan orang lain tidak gembira.
Islam mudah. Apabila hukum tak wajib, tak usah kita nak buat hukum baru. Cuma, kalau kita nak solat Jumaat walaupun bermusafir, silakan.
Semalam, saya solat Jumaat di Masjid Batu Empat, Jalan Changloon apabila balik kampung. Selepas solat Jumaat, saya jamak dan qasar solat Asar.
Buatlah. Cuma usah paksakan apa yang kita buat itu kepada orang lain.

facebook: Norizan bin Sharif
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...