GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label etanol. Show all posts
Showing posts with label etanol. Show all posts

28 October 2010

BAGAIMANA 'ARAK' TU MEROSAKAN? - KAJIAN SAINTIFIK


assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua...
moga sentiasa sihat dan selalu dalam lindunganNya =)
kita tau kan... setiap ape yang telah dilarang dan ditegah oleh Allah S.W.T... tu ade sebabnye... dan kebiasaannya leh dibuktikan dari sudut sains... cam tu gak dengan solat dan setiap perintahNya...
maka terbuktilah sains tu ade kaitan dengan Islam dan Islam tu di dalamnya ade sains... =)
Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maidah : 90)
jom kita usyar bagaimana arak ni di peringkat zarah... arak atau nama popularnya alkohol terdiri daripada unit-unit kecil karbon, hidrogen dan oksigen yang dipanggil ethyl alkohol ataupun ethanol.... Maha Suci Allah... manusia juga mempunyai unsur karbon, oksigen dan hidrogen tapi mengapa seorang manusia tu tidak dipanggil seorang alkohol, walaupun terdiri daripada unsur yang sama? kerana masing-masing mempunya ikatan (bond) yang berbeza... selain tu... manusia juga mempunyai gabungan unsur-unsur lain (bukan hanya karbon,oksigen & hidrogen) dan semestinya... manusia mempunyai roh... ye tak? (benda ghaib la yang tak leh kita sentuh)
arak yang ade jual kat pasaran selalunya mempunyai harga yang berbeza-beza... nape ek? pertama... bergantung kepada tarikh arak tersebut dihasilkan... kebiasaannya... semakin lama arak tersebut diperam.. semakin melambung harganya.. yang kedua... bergantung kepada komposisi peratusan alkohol dalam arak tersebut. secara puratanya... beer mengandungi 4.5% alkohol, wine 11%, champagne 12%, manakala distilled spirits seperti rum, gin, vodka, dan whiskey mengandungi 45-95% alkohol... (gitu la rigkasan komposisi yang aku penah bace)
amalan minum arak secara “tipu-tipu” dan olok-olok seperti merapatkan gelas ke mulut tetapi mengetap bibir sekuat hati supaya cecair tersebut tidak masuk ke dalam mulut adalah perbuatan yang amat membahayakan.  tambahan plak kalau diminum.... ni kerana, saat pertama alkohol diserap masuk kedalam badan adalah ketika titisan cecair tersebut menyentuh permukaan bibir pelaku... dan gulppp... bila seseorang menelan alkohol sama ada sengaja atau tak.. ia mula diserap melalui dinding mulut, esofagus, dinding perut dan paling banyak sekali pada permukaan usus... permukaan yang bersentuhan dengan alkohol seringkali mengalami hakisan....
sila bayangkan bagaimana pergerakan cecair yang dipanggil arak tuu ye... mase bace entri ni... =)
molekul-molekul alkohol tersebut akan mengembara merentasi bukaan dinding kapilari kerana sifat semulajadinya yang “melarut”... sekiranya terdapat anugerah “Paling Terlarut” antara unsur-unsur di bumi... pasti keluarga alkohol bakal menjuarainya kerana kebolehan mereka untuk larut dalam lemak dan air... bersama dengan teman-teman komponen darah yang lain, mereka akan mengalir bersama mengelilingi seluruh badan manusia (circulation), mengintai-intai peluang menyelinap masuk ke dalam sel-sel badan....
haaaaaaaaa... tibalah masa yang ditunggu-tunggu, molekul alkohol berjaya melawan tarikan graviti, meletakkan mereka ditempat yang terpuji lagi tinggi, dalam erti kata lain mereka berjaya sampai di bahagian kepala, lalu berkenalan dengan suatu struktur luar biasa (subhanallah) iaitu..”Pemisah Darah dari Otak”, atau lebih senang dengan panggilan Blood Brain Barrier (BBB)...
ni merupakan fakta yang sangat penting... kebolehan alkohol merentasi Blood Brain Barrier memisahkannya dengan makhluk Allah yang lain... contohnya... jus anggur dan tapai yang mampu menghasilkan arak sekiranya diperam dengan lebih lama... tak termasuk dalam kategori “boleh merentasi Blood Brain Barrier”, seterusnya halal dimakan.
kenape cam tu? kerana apa-apa unsur (bukan semua, terdapat pengecualian) yang boleh merentasi Blood Brain Barrier mampu menjejaskan struktur dalaman otak seperti cerebral cortex, limbic system, cerebellum, hypothalamus serta medulla... kombinasi kerosakan pada bahagian-bahagian otak yang berbeza inilah yang dipanggil “mabuk”.
cerebral cortex yang terjejas akan menyebabkan pusat pemikiran menjadi luar kawal.... Keupayaan deria juga akan berkurangan.. hal ini menerangkan mengapa orang yang mabuk seringkali mengambil tindakan di luar jangkaan yang mengakibatkan kemudaratan diri sendiri dan orang lain seperti terjun bangunan, berguling-guling di jalan raya mahupun terhuyung-hayang tak tentu arah.... kebiasaannya apabila ditanya kembali aktiviti yang dilakukan ketika sedang mabuk... mereka pasti tak mengingatinya kerana ketika itu kerosakan cerebral cortex berlaku.
terjejasnya limbic system pula menyebabkan seseorang terlampau emosi... pemabuk yang marah akan menjadi bertambah tambah tambah tambah marah (aku saje je letak perkataan tambah tu banyak huhu) manakala pemabuk yang gembira akan menjadi terlampau lampau lampau lampau gembira diluar kebiasaan fitrah manusia.... kan ade kadang-kadang tu pemabuk senyum-senyum sendiri... murung yang teramat dan kadang-kadang “tiada ekspresi”.
cerebellum pula pada asalnya bertugas mengawal pergerakan-pergerakan badan yang memerlukan fokus dan teliti... contohnya seperti menulis dan melukis.... terjejasnya cerebellum seseorang akan menyebabkan pergerakan menjadi tidak tepat.... sekiranya anda terserempak dengan pemabuk... cubalah anda suruh mereka meletakkan jari telunjuk di hidung mereka sendiri... kompem mereka tak mampu melakukannya... kerana perlakuan tersebut memerlukan konsentrasi dan ketelitian yang tinggi....
medulla pula mengawal aktiviti luar kawal seperti pernafasan, degupan jantung dan kerdipan mata... terdapat risiko pernafasan akan berhenti secara tiba-tiba... degupan jantung terlampau cepat atau terlampau lambat berkerja.. selalunya dipanggil sebagai “jantung yang bercuti selepas berparti” (Holiday Heart).. boleh jadi mata pemabuk akan berkedip tidak henti-henti ataupun langsung tidak berkedip
selain daripada menjejaskan pusat kawalan otak, bahagian-bahagian badan lain yang akan terjejas adalah terlampau banyak sehingga tak mampu disenaraikan.... antaranya kanser mulut, lidah, dan esofagus... kanser hati, cirrhosis, dan hepatitis... penyakit jantung, darah tinggi dan strok. bagi wanita yang mengandung, kemungkinan besar akan mengalami penyakit “Fetal Alcohol Syndrome” antara ciri-ciri bayi dengan Fetal Alcohol Syndrome adalah kepala dan otak yang kecil, terlampau aktif, koordinasi yang lemah dan kurang akal...(mentally retarded)
tu la di antara sebab kenapa Allah melarang hambaNya minum arak... 
semoga dengan perkongsian ni dapat menyedarkan masyarakat mengenai betapa tak berpekdahnye arak ni.... dan lebih ramai yang sudi menjahui "air kencing setan" ni =)
nota: untuk lebih mudah sila rujuk gambar dan penerangan mengenai struktur yang ade dalam otak ni kat dalam mane-mane buku fundamental of biology atau pun buku yang ade menceritakan mengenai sistem saraf otak... =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...