GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label gagal. Show all posts
Showing posts with label gagal. Show all posts

06 November 2010

ANTARA SEBAB KENAPA ANDA GAGAL KETIKA TEMUDUGA

A- Penemuduga
B- Orang yang ditemuduga 

SITUASI 1 
A : Ada boyfriend?
B : Ada . 

A : Dia bekerja dalam negara ke?
B : Oh tidak. Dia bekerja di luar negara. 

A : Maaf, syarikat kami tidak boleh terima kamu bekerja di sini.
B : Mengapa ?? (nada terkejut) 

A : Emm… kamu mesti tidak akan lama bekerja di sini dan yang paling penting syarikat tidak akan mampu membayar bil panggilan antarabangsa kamu . 

SITUASI 2 
A : Kamu ada teman wanita?
B : Tiada. 

A : Tak cuba untuk dapatkan seorang ke?
B : Pernah mencuba tapi tak berjaya. 

A : Pernahkah kamu terfikir untuk mendapatkan kerja terlebih dahulu dan kemudian barulah mencari teman wanita. 
B : Saya mementingkan kerjaya dan buat masa sekarang saya tidak mahu memikirkan perkara (cinta) tersebut. Itu urusan peribadi. 

A : Nampaknya saya tidak dapat menggaji kamu.
B : Tapi kenapa encik? 

A : Kamu lemah kemahiran berkomunikasi dan tiada keyakinan diri, itu saja. 

SITUASI 3 
A : Kamu nampak cantik dan bergaya. Tentu kamu sudah mempunyai teman lelaki kan??
B : (Tersenyum bangga). Emm ya saya. 

A : Sudah tentu dia seorang yang kaya (sambil mengurut janggut).
B : Tuan memang bijak. Dia antara yang terkaya dalam negara ini dan memiliki syarikat besar. 

A : Oo begitu rupanya. Cik maaflah saya tidak dapat menerima kamu bekerja di sini kerana teman lelaki kamu sendiri pun tidak menerima kamu bekerja di syarikatnya. Ini kan pula saya.
B: Tapi..tiada jawatan yang sesuai dengan saya di syarikatnya. 

A : Jadi apa jawatan yang sesuai dengan kamu?
B : Setiausaha. 

A : Maaf sekali lagi. Kamu tidak layak bekerja di sini kerana kecantikan kamu akan menjejaskan semangat kerja pengurus kami.
B : Tapi saya bukannya cantik sangat pun encik. 

A : Haa…lagi bermasalah sebabnya pengurus saya pasti tidak berminat dengan kamu
B : Gulp… 

SITUASI 4 
A : Ada girlfriend?
B : Ada.

A : Cantik tak dia?
B : Biasa je.

A : Hmm…maaflah kamu tidak layak bekerja di sini.
B : Tapi kenapa encik ?

A : Syarikat kami terlibat dalam perniagaan berkaitan seni dan memerlukan seseorang yang berseni. Tetapi kamu langsung tidak mempunyai ciri-ci ri tersebut. Teman wanita pun biasa je.
B : Haa…(melopong)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...