GENG LENSA HIDUP

Showing posts with label gaya idop sehat. Show all posts
Showing posts with label gaya idop sehat. Show all posts

10 May 2010

KISAH ANTARA TOKOFEROL DAN TIAMIN ROMANTIK HABIS...

salam semua
aku nak kongsikan kisah
TOKOFEROL & TIAMIN
ohhhhhh....
itu hanya nama saintifik bagi vitamin je...
hehehe

jom aku kongsikan info tersebut...

vitamin A (retinol)
haa.... kita leh makan hati, susu, tomato & lobak merah untuk dapatkan sumber vitamin A. vitamin A ni berperanan untuk kesihatan tisu epitelium termasuk kulit. juga untuk atasi rabun malam & membantu pertumbuhan... jika korang kekurangan vitamin A. korang mugkin boleh mengalami gejala rabun malam,xeroftalmia & pertumbuhan terbantut.

vitamin B1 (tiamin)
meh aku habaq mai... korang leh dapatkan sumber bagi vitamin B1 ni daripada hati, yis, susu, bijirin yang tak dihancurkan & telur. vitamin ni penting untuk respirasi sel, pertumbuhan & memelihara sistem saraf. kakau korang kekurangan vitamin ni... korang mungkin akan megalami penyakit beri-beri & juga gangguan sistem saraf.

vitamin B2 (riboflavin)
sumber untuk perolehi vitamin ni same je ngan vitamin B1. peranannya juga sama... cuma gejala kekurangan vitamin ni je lain.... gejalanya adalah kulit meneglupas di hidung, telinga & mulut.

vitamin B3 (niasin @ asid nikotinik)
snak dapatkan vitamin ni... kena la makan makanan cam yang aku senarai kat atas tu... sangat penting untuk respirasi sel. juga memelihara sistem saraf,kulit & usus. andai kita kekurangannya... kita mugkin akan terkena penyakit pelagra & cirit-birit.

vitamin B5 (asid pantotenik)
fuhhh.. semakin malas menaip... lalala... boleh didapati pada daging, telur, bijirin, yis & hati. sangat perlu untuk respirasi sel. memelihara sistem saraf & pembentukan antibodi. jika korang kekurangan vitamin ni kemungkinan pertumbuhan akan terbantut. juga mengalami gangguan sistem saraf & jangkitan penyakit.

vitamin B6 (piridoksin)
boleh didapati daripada daging, hati telur & keju.. sangat diperlukan untuk penghasilan asid amino. jika korang kekurangan vitamin ni.. korang mungkin mengalami masalah anemia & cirit birit

vitamin B12 (kobalamin)
nak dapatkan vitamin ni kena la makan daging, hati, ikan, telur & keju. diperlukan untuk pembentukan sel darah merah. jika kekurangan mugkin korang leh mengalami penyakit anemia.

vitamin C (asid askorbik)
boleh diperolehi daripada buah-buahan & sayuran segar.... buah terutama nya yang masam... kompem ade vitamin C okeh. dapat memelihara kesihatan salur darah... coz vitamin ni bersifat anti oksida. kekurangan vitamin C leh sebabkan penyakit skurvi.

vitamin D (kalsiferol)
boleh didapati daripada susu, hati, telur, mentega @ hang pi berjemur kat bawah cahaya matahari pagi... dari kol 8 sampai 9 lebih... juz estimation time je... ha... nanti kulit korang leh sentesis cahaya matahari tu untuk tukar jadi vitamin D. kepentingannya adalah untuk bantu penyerapan kalsium & fosforus untuk membina tulang & gigi yang kuat. jika kita kekurangannya kemungkinan boleh menghidapi penyakit riket & gigi mudah rosak.

vitamin E (tokoferol)
boleh diperolehi daripada gandum, sawi & kubis. kemungkinan boleh cegah kemandulan... aku cakap mungkin je ye... & sebagai anti oksida. hahaha kekurangan ni boleh sebabkan kulit berkedut... lalala... tak la...  mungkin kulit cepat berkedut....

vitamin K (filokuinon)
haa... makan kubis, sayuran hijau, tomato & hati... actually... sayuran yang kaler putih biasanya ade vitamin K. sangat penting untuk pembekuan darah. kalau kurang vitamin ni... darah agak lambat membeku & mungkin mengalami masalah anemia.

vitamin A,C,E adalah anti oksida so... leh bantu mencegah KANSER... dan melambatkan proses penuaan... ye la... orang pempuan selalu risau nampak tua... so aku bagi tau la ni...

pendek kata... makan je semua pape yang HALAL & ada kat malaysia ni... semua nya da manfaat untuk tubuh... makan lebih 40 jenis makanan sehari... untuk panjang umur... 40 jenis tu termasuk la... jintan manis, jitan putih, bawang putih, halia, cili, garam, gula, dan bla bla bla... 

menjengah BLOG:
aku nak ajak korang semua singgah blog BUJANG SUSAH sebab blog ni best . aku memang suka lepak kat blog BS. antara tajuk entri terbaru beliau yang buat aku ketawa adalah KELING DAPAT BASIKAL.TURUN BUKIT PUN DIKAYUHNYA...!!!. aku rase korang sume mesti tau pasal blog ni kan. beliau merupakan salah seorang follower aku. selain tu beliau selalu singgah & komen kat blog aku. letak name siapa tah kat shoutmix. ape pun aku ucapkan terima kasih kat BS. aku mark beliau sebagai otai blogger... yang follower dah nak dekat 2000 orang... blog beliau ade macam-macam cite. kisah agama, politik, & lain-lain... tapi beliau lebih cenderung pada POLITIK HIJAU... okay cukup la tu ye... nantikan blog siapa plak jadi pilihan lepas ni... =)

08 May 2010

GILA KAU? NAK MATI ESOK KE?

salam...
moga semua selamat hari-hari...
hari ni aku mau sentuh topik psikologi...

psikologi: merupakan ilmu sains yang mengkaji jiwa atau fikiran manusia. segala rupa kelakuan manusia. ilmu jiwa. 

itulah yang aku dapati daripada kamus dewan...

korang semua sila senyum semasa baca entri ni... mengenali, memahami jiwa manusia... emosi manusia... senang ke? itu bergantung pada setiap individu... yang pasti hanya dengan psikologi banyak masalah dapat diselesaikan. tak kira untuk mereka yang sakit, mereka yang gugup, mereka yang berdepan dengan musuh...
ada betul ka? betul la... huhuhu... =)

baginda Rasulullah juga mengamalkan kaedah ini... membantu pesakit dengan cara menguatkan semangat pesakit. begini kisahnya...

suatu ketika Nabi Muhammad SAW datang mmenjenguk orang yang sakit. lalu baginda bertanya tentang penyakitnya dan bagaimana asal mulanya. kemudian baginda bertanya apakah yang diinginkan oleh pesakit. seterusnya baginda meletakkan tangan pada dahi pesakit & kadang-kadang pada dada pesakit seraya berdoa untuk kesembuhan pesakit. baginda juga sering berkata kepada pesakit:

jangan khuatir, tidak apa-apa. engkau akan sembuh insyaallah... 
(Nabi Allah mestilah cakap arab okay.... ni versi alih bahasa)

dengan kata-kata ini akan menguatkan jiwa pesakit untuk cepat sembuh bukan? kata-kata & dorongan pada minda pesakit... lagi kerap diucapkan... akan meninggalkan kesan yang lebih positif...

kerana itu ada pengamal perubatan barat yang melakukan kajian bahawa pesakit kanser boleh sembuh hanya dengan peranan psikologi.... menerapkan kata-kata positif dalam diri... ketenangan pada emosi... sesuatu penyakit dapat disembuhkan insyaallah...

kenapa aku katakan begitu?

apabila hanya dorongan positif diterapkan... emosi akan jadi lebih tenang... apabila emosi tenang sistem pengaliran darah akan berjalan dengan baik. jantung anda akan berdegup dan mengepam darah tidak terlalu pantas.... bukan kah kanser terjadi apabila berlaku pembahagian sel secara tidak normal? apabila emosi kurang stabil... proses pembahagian sel itu akan terjadi lebih pantas... selain faktor pengambilan makanan...
oleh itu penjagaan emosi bagi pesakit adalah sangat penting... dan ini adalah jalan terbaik... daripada pengambilan ubatan sintetik (pil-pil hospital)

aku contohkan di sini... jika anda dipatuk ULAR... dan anda jadi panik... degupan jantung akan jadi lebih pantas... peredaran darah akan jadi lebih cepat... lantas bisa tersebut lebih mudah untuk merebak ke seluruh tubuh... nampak tak? cuba anda lebih tenang dan lakukan langkah-langkah yang sepatutnya sebelum pergi ke hospital... insyaallah masalah akan dapat diatasi... tu pun kalau panjang umur la... hihihi...

selain itu saat kita berhadapan dengan sesiapa pun. orang hebat. kanak-kanak. orang tua. psikologi sangat penting. aku sendiri pernah mengalami situasi di mana aku dimomokan yang pelajar CINA hebat bermain catur. pada tahun 2002 aku di tingkatan 4. aku menyertai pertandingan catur peringkat negeri. pada pusingan pertama aku terpaksa berdepan dengan pemain CINA. gelabah tak? kami duduk di dalam satu dewan. di kiri aku ada sebuah jam randik. di sebelah kanan aku ada sekeping kertas. di mana aku perlu catatkan setiap pergerakan di atas papan catur untuk disemak oleh pengadil.

muka budak CINA tu serius gila... aku ni mestilah suka senyum dan sengih-sengih... hahaha... kami bersalaman sebelum mulakan permainan. aku mulakan dulu... buah catur aku kaler putih... aku masih lagi senyum... aku berikan tumpuan lebih pada papan catur... tak mau tatap muka garang budak tu... nanti tak leh concern... hahaha... aku umpan budak CINA tu sampai makan aku punya QUEEN... budak tu senyum puas... aku pun sengih & senyum... hehe... aku tau budak tu over confident untuk checkmate aku. aku gerak tiga langkah berselang seli dengan budak tu... aku dapat CHECKMATE dia hanya menggunakan PAWN, CASTLE & KING. aku puas gila... muka budak tu sangat frust... 

lihat... apa pun situasi pengendalian emosi sangat penting. psikologi memang penting dalam kehidupan... supaya kita mampu berdepan dengan semua jenis manusia. dan membina keyakinan diri... untuk kebaikan sendiri & orang lain.

jangan plak korang gi ziarah orang sakit ko cakap cam ni... eh... aku tengok ko ni macam ade tanda-tanda nak mati je... esok atau lusa meninggal la ni... gila ko... kompem korang kena maki... tak depan-depan dia maki dalam hati. diamkan je sekalipun korang dah nampak tanda-tandanya... 

APA PUN SEGALANYA DATANG DARIPADA DIA...
MINTALAH PADA DIA... INI HANYALAH TEORI MANUSIA...
1, 2, 3... smile...

07 May 2010

RASIONAL MENGAPA GEL MANDIAN LEBIH BAIK DARIPADA SABUN MANDI

salam
hai semua....
hari ni nak kongsikan 
kenapa GEL MANDIAN lebih baik dari SABUN MANDI

korang tau kenapa?
sebab GEL MANDIAN tu best...
LEMBUT di tangan WANGI di badan...
hahaha...

ohhh... tu bukan alasannya ye...
penggunaan GEL MANDIAN lebih baik daripada SABUN kerana boleh mengurangkan risiko terkena jangkitan penyakit kulit...

aik? apasal cakap cam tu plak?
yelah... kalau kita gunakan sabun dan berkongsi dengan orang lain... nanti dibuatnye orang tu ade masalah kulit dah kita jangkit same ye dak? kan sabun kita akan gosok kat badan... pas tu letak balik... nanti orang lain guna pulak... dan seterusnya... lainlah kalau  korang je sorang yang guna sabun tu.... so tak de la masalah...

kalau kita gunakan gel mandian... kita hanya ambil sedikit dan gosok pada badan.... so tak de risiko untuk terkena jangkitan masalah kulit... ada betol ka?

pape pun penyakit semua dari DIA... kita cuma amalkan langkah pencegahan je...


KENALI TELUR ANDA!!!


AMARAN: BUKAN ENTRI LUCAH


salam
semalam aku ade post entri telur...
kebaikan yang aku tak sentuh secara mendalam...
yup kali ni adalah entri yang pada aku cukup sempurna.. 
untuk menceritakan perihal telur ayam...

kita goreng, kita rebus dan ada yang makan telur ayam mentah. telur ayam adalah sumber protein berkualiti dan mempunyai hampir semua vitamin dan garam galian yang diperlukan oleh badan manusia. ia merupakan sumber protein yang paling murah. berbanding dengan ikan dan daging, hampir 93 peratus protein daripada telur diterima oleh badan.memilih telur yang baik akan memastikan telur yang berkualiti dan tahan lama untuk disimpan. 

telur yang segar mempunyai kulit yang berkilat dan jika direndam akan tenggelam di dalam air. telur perlu datang dengan bekas simpanan yang bersih dan tahan. kulit telur juga perlu dibersihkan dari sebarang kotoran seperti bulu ayam yang melekat dan najis yang mungkin terpalit. telur perlu disimpan di dalam peti sejuk. ini untuk memastikan telur tahan disimpan lama. pastikan tarikh luput telur pada bungkusannya diperiksa. pilih tarikh luput yang paling lama atau pada anggaran masa penggunaan. simpan telur di dalam bekasnya atau tempat khas untuk telur. pastikan ia tidak bercampur dengan bahan-bahan yang berbau kerana bau akan diserap oleh telur melalui kulitnya. cara yang betul menyimpan telur adalah dengan hujung tajam ke bawah. 

untuk memudahkan kulit telur dikupas selepas direbus, campurkan sedikit garam sewaktu merebus. telur yang telah direbus apabila diputarkan akan berpusing dengan elok dan tetap. manakala telur mentah akan berpusing dengan tidak sekata. bagi kawasan yang diisytiharkan kawasan jangkitan virus H5N1, ambil langkah merebus telur sehingga masak. jangan makan telur mentah atau telur separuh masak sehingga kawasan itu diisytiharkan selamat. pengendalian telur adalah penting. pastikan kulit telur dicuci sebelum penyimpanan dan juga sewaktu sebelum penggunaan. tangan juga perlu dicuci selepas pengendalian telur. ini untuk menjamin kulit telur bebas dari bakteria. 

kini terdapat pelbagai jenis keluaran telur ayam yang bermutu. ayam-ayam yang menghasilkan telur ini diberikan makanan khusus. anda boleh lihat telur-telur keluaran dengan omega 3, caratonoid dan ada dengan tambahan selenium. telur ini didapati lebih besar saiznya, bermutu, sedap dan tahan lebih lama. khasiat tambahan juga dapat membantu dari segi kesihatan. omega 3 dapat membantu dalam mengurangkan serangan sakit jantung dan turut meningkatkan perkembangan otak. selenium pula adalah sejenis garam galian dan anti oksida dan ia membantu dari segi sistem pertahanan badan. aratonoids pula adalah phytonutrien yang melengkapkan pengambilan khasiat permakanan. xanthrophylls adalah caratonoid yang terkandung dalam telur. ia membantu dalam melindung sel-sel tubuh manusia daripada mamahan usia dan kesan alam keatasnya. 

telur adalah antara sumber protein yang baik. menurut kajian satu kajian, pengambilan telur ayam yang bermutu sehari sekali baik untuk kesihatan badan. sebiji telur mempunyai 75 kalori dan 5 gram lemak. namun begitu, kepelbagaian itu penting. terdapat pelbagai jenis protein yang diperlukan oleh badan dalam membesar dan membaiki tubuh manusia. makan telur adalah mengambil sebahagian daripadanya. pengambilan protein dari tumbuhan seperti kacang soya dan spirulina dapat melengkapkan jenis-jenis protein yang diperlukan oleh badan manusia. 

p/s: H5N1 = bird flu @ selsema burung...

06 May 2010

WEH!!! TELOR MANE??

salam
weh!!! telor mane??
cisss.... entri macam aneh-aneh je ye...

aku nak kongsikan kebagusan & khasiat telur...
menurut sumber perubatan ISLAM
dalam banyak-banyak telur... TELUR AYAM adalah yang terbaik...

kerana sedikit mengandungi kelembapan...

banyak sekali manfaat telur. jika dititiskan pada mata yang bengkak memerah & panas akan segera kurang rasa sakitnya. selain itu jika dilumurkan pada wajah ia boleh mencegah sunburn... alaaaa kulit terbakar kena cahaya matahari...

ada 3 kelebihan telur jika kita amalkan dalam diet seharian:
1) cepat berubah menjadi darah
2) sangat sedikit menjadi unsur yang terbuang dalam tubuh
3) darah yang dibentuknya sesuai dengan jenis darah yang diproduksi jantung

sebenarnya yang terbaik adalah telur ayam kampung.. kerana ayam yang menghasilkan telur tiada diberi sebarang suntikan....

selain itu makan telur jangan terlalu berlebihan.... sederhana okay  =)

04 May 2010

KEHARUMAN YANG MENGGODA

salam
entri kesihatan...
entri kesedapan...
DAUN PUDINA
umah aku ada dua pasu... DAUN PUDINA
baunya sangat HARUM

korang tau tak DAUN PUDINA ni BEST
aku biasa makan bersama TOM YAM
kalau kat kedai selalu serve cam tu...

teh 'o' PUDINA pun sedap... cubalah
cuma letakkan DAUN PUDINA dalam bancuhan teh anda
letak dalam LAKSA pun best... 
encik EMAN penah makan

kat sini ada sedikit INFO mengenai DAUN PUDINA

daun pudina merupakan herba yang biasanya digunakan untuk memberi kesegaran nafas , mencairkan kahak, asma, selsema, anti bakteria dan anti septik. kebanyakan digunakan untuk ubat gigi, gula-gula, gula-gula getah, ubat batuk, ubat kumur dan sesetengah produk selsema. untuk perubatan tradisional, minyak rebusan daun pudina amat baik untuk masalah bengkak-bengkak sendi, masalah angin, luka, demam selsema, ekzima dan sebagainya


p/s: nak tau? cubalah sendiri =)

01 May 2010

DIABETIS ATAU KENCING MANIS

salam
kepada semua pembaca...
sejak dua menjak ni entri aku banyak berkisar kisah penyakit

kali ni aku nak bercerita mengenai diabetis atau kencing manis...
antara penyakit yang popular di malaysia
betul tak?

kencing manis terjadi apabila pankreas gagal merembeskan hormon insulin dengan jumlah yang secukupnya. di mana letaknya pankreas? yup... pankreas terletak di bawah perut.

apakah peranan insulin?
insulin berperanan untuk menukarkan KARBOHIDRAT kepada GLUKOS sebelum diserap dalam darah dan membantu memasuki sel badan untuk ditukar menjadi TENAGA.

mereka yang menghidap kencing manis... KANJI yang dimakan tidak dapat ditukarkan sepenuhnya kepada GLUKOS. maka kanji tersebut akan kekal dalam darah dan tidak dapat diserap ke dalam sel badan. maka paras gula menjadi semakin tinggi... so jadilah KENCING MANIS...

anda semua mesti tahu sekiranya insulin tiada. sel-sel badan tidak dapat menyerap glukosa. ini akan menyebabkan badan kekurangan tenaga.

siapa pulak yang berisiko menghidap kencing manis?
sesiapa pun boleh menghidapi penyakit ini. tetapi mereka yang memiliki keturunan menghidap kencing manis lebih berisiko. dan juga mereka yang gemuk dan memiliki berat badan berlebihan.

cara mengatasi?
sebagai umat ISLAM berpuasa ISNIN dan KHAMIS dan juga puasa sunat lain, adalah jalan yang terbaik. selain pengambilan suntikan INSULIN. juga mengawal pengambilan gula.

mengapa kena suntik INSULIN?
oh... HORMON INSULIN akan dimusnahkan di dalam perut jika dimakan. oleh itu hanya dalam bentuk suntikan saja boleh diambil.

ikut nasihat doktor. doktor memberi saranan sama ada anda perlu makan pil atau merima suntikan INSULIN.


di atas adalah gambar pankreas... 
yang kaler krim tu... sedikit memanjang

p/s: jaga pemakanan anda untuk kelihatan muda, nampak muda, jadi muda huhuhu =)

KAITAN DARAH TINGGI, SERANGAN JANTUNG & STROK

salam
pembaca yang budiman....
masalah tekanan darah tinggi...
selalu kita lihat terjadi di kalangan penduduk malaysia

yang biasanya berpunca daripada:
1. cara pemakanan
2. tekanan

korang tau tak?
pengambilan lemak & garam biasa yang berlebihan boleh mengakibatkan tekanan darah tinggi, serangan jantung dan strok.

macam mana aku boleh cakap cam tu ek?

tekanan darah seseorang akan meningkat bila lumen salur darah disekat oleh bahan lemak, kolestrol dan kalsium. jika lumen yang kecil tersekat oleh seketul darah beku yang kecil. maka pengaliran darah akan tersekat.

jika pengaliran darah ini tersekat di bahagian jantung....
maka serangan jantung akan terjadi atau nama lain heart attack

jika pengaliran darah ini tersekat di bahagian otak...
maka strok akan terjadi....

kerana itu darah tinggi boleh menyebabkan penyakit berangkai yang lain...

oleh itu awasi pemakanan anda dan tangani stress dengan betul....
kerana dirimu begitu berharga...
(suara mesti cam MAYA KARIN iklan LOREAL)

sekadar hiasan ~

30 April 2010

ASAL USUL KARBOHAIDRAT

salam
oh my readers...
ngeeeeeeeeeee
apa khabar?

hari ni aku mahu kongsikan sedikit info....

KARBOHIDRAT = (CH2O)n
mengandungi unsur KARBON, HIDROGEN & OKSIGEN

KARBO = KARBON
HIDRAT = AIR (H2O)

formula bagi air adalah dua molekul HIDROGEN dan satu molekul OKSIGEN

KARBOHIDRAT terdiri daripada:
monosakarida
disakarida & oligosakarida
polisakarida

kerana itu muncul perkataan KARBOHIDRAT

p/s: nanti aku akan ceritakan nama saintifik bagi semua vitamin yang ada =)

AWASI PENGGUNAAN KANTA LEKAP

salam
apa khabar semua?

aku nak kongsikan sikit cerita mengenai kanta lekap....

kanta lekap @ contact lens

nampak mudah dan ringkas...
tapi awas berhati-hati saat korang menggunakannya...

pastikan kanta lekap anda dicabut saat mahu mandi manda di laut.... jika terkena air masin ia boleh menyebabkan buta...

ganti kanta lekap anda dalam tempoh 8jam....

awas sekiranya anda kemalangan dan koma kanta lekap tidak dapat ditanggalkan... anda berisiko untuk hilang penglihatan.

gunakan jari yang bersih saat menukar kanta lekap...

jika terjadi sebarang jangkitan silalah berjumpa doktor dengan kadar segera...

left contact lens

right contact lens

inside the box

27 April 2010

VITAMIN X ADE KE?

salam...
ko  ni MissXYZ mengarut betul...
aku betul-betul nak tanya ni ade vitamin x tak?
hahaha....

jawapannya....
tak de lah....

vitamin tu ape?
sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti kecil untuk memelihara kesihatan kita

ko tau vitamin ape yang larut lemak?
jawapannya vitamin A, D, E, K

ko tau vitamin ape pulak larut air?
vitamin B dan C

vitamin ape pulak yang boleh bertindak sebagai antioksida?
vitamin A, C, E

jarang betul dengar name vitamin K... nak dapat cam ne?
oh... vitamin K korang leh dapatkan daripada sayuran yang berwarna putih macam kobis dan lobak putih. vitamin K baik untuk menyembuhkan luka dalam perut.


p/s: berkongsi sedikit info perihal vitamin... berdasarkan ape yang aku pernah belajar suatu masa dulu... nanti aku akan ceritakan macam mana strok dan darah tinggi terjadi... orait chow!!!!

28 March 2010

TOLONG LAH JANGAN KEREK

salam
auto publish

pernah tak korang berurusan kat mane-mane jabatan kerajaan?
atau kat mane-mane tempat yang ade kaunter urusan...
lepas tu mase dekat kaunter ade penjaga kaunter yang kerek?

muka kelat
senyum ketat
nasib dia cakap tak pelat =)

mereka tau tak kerja mereka ape?
berhadapan dengan orang ramai kan?

apahal mau kerek?

orang awam: assalammualaikum... kak prof. rahman ade?
staff: sambil menjawab dengan muka kelat; pegi tengok sendiri akak banyak kerja
orang awam: kan kat pintu tu ade tulis no entry nanti saya masuk kene marah pulak..
staff: kejap akak tengok (muncung pun dah panjang sedepa)

*boleh dia marah-marah? kalau big boss tahan gak... big boss pun tak de nak naik hangin tak tentu pasal....
kalau kamu bukan bekerja dengan orang ramai tak pe lah...
kerja ngan mesin ke..
ngan pokok ke...
nak marah tak tentu pasal
semoga akan datang sesiapa yang bekerja dan berhadapan dengan orang ramai akan lebih mesra...
dan sentiasa mengukir senyuman =)

haaaaaa.... cam ni kan bagusssssssssss =)

26 March 2010

MATA MENJULING


mata menjeling
mata memikat
matalah puncanya

cewah!!!
menyanyi pulak

salam
kepada semua pembaca blog aku

gambar mata kat atas tu apa sebenarnye aku nak cite ni???
oh!!!
kaitan mata dan otak
kamu sedar atau tidak???

pernah jumpa orang yang rabun??
cakap pasal power cermin mata???
pernah tak???
tau ke tak power cermin mata tu ape???
sila pergi kedai optik untuk bertanya

semua yang memakai cermin mata mesti tahu dan patut tahu hal ni

------------------------------------------------------------------------

buat si pemakai cermin mata
aku mau tanya
power untuk mata kiri dan kanan korang sama ke tak??

kebiasaannya tak sama untuk mata kiri dan kanan
kebanyakkannya tak sama untuk mata kiri dan kanan

-----------------------------------------------------------------------

tahukah korang yang mata dan otak bersilang fungsi
otak kanan ada kaitan dengan mata kiri
otak kiri ada kaitan dengan mata kanan

-----------------------------------------------------------------------

hemisphere kanan (otak kanan)

mengendali tubuh bahagian kiri
berhubung dengan kemampuan non verbal:
seperti muzik
ekspresi emosi
pengenalan pola dan gambar
kemampuan untuk mengenal ruang
memproses informasi secara global



hemisphere kiri (otak kiri)

mengendali tubuh bahagian kanan
berhubung dengan tugas-tugas mengikut kemampuan verbal
seperti bercakap, membaca, berfikir 
memproses informasi secara sekuen

-----------------------------------------------------------------------

oleh itu, sesiapa yang lebih banyak menggunakan otak kiri kadar rabun untuk mata kanan lebih tinggi dan sesiapa yang menggunakan otak kanan kadar rabun untuk mata kiri adalah lebih tinggi
ini terjadi kerana fungsi mata dan otak bersilang

beza power cermin mata tak lah terlalu jauh untuk mata kiri dan kanan
jarang sangat kejadian power mata kiri dan kanan tinggi kadar perbezaannya

yup!!!
tapi aku pernah jumpa kejadian macam tu =)



p/s: kepada yang tak rabun tu bukan bererti korang tak guna otak...
maksudnya korang memang rajin jaga mata =)
tu yang tak rabun
beruntunglah bagi mereka yang masih tak rabun-rabun =)

23 March 2010

BLACK MAGIC OH SIHIR

salam
lagi entri auto publish
aku nak sembang pasal black magic ataupun sihir

mesti korang dah terbayang yang naik penyapu pas tu leh terbang kan? kan?






ish... tu omputih punya imaginasi
yang pastinya sihir ada kaitan dengan syaitan
meminta bantuan daripada mereka 
memuja mereka
lantas pengamalnya masuk dalam kategori syirik
betul ke tak ni?

dengan izin ALLAH semua yang dipuja menjadi
daripada itulah datangnya sihir

-----------------------------------------------------------------------------
erm...
tanda-tanda orang yang kena sihir?
apekah?
berdasarkan pengalaman aku dan penceritaan atuk-atuk aku dan orang tua
ditambah dengan membaca buku siri rawatan penyakit
hasil tulisan saudara AMRAN KASIMIN dan DATO' DR. HARON DIN

*jadi malas untuk beribadah*
*pernah mimpi makhluk pelik, lembaga hitam atau papelah yang agak aneh*
*agak bingung dan pasif untuk lakukan aktiviti harian - blurrr*
*akan rasa lebih teruk pada waktu maghrib dan tengah malam*
*menghidu bau pelik*
dan selebihnya cari sendiri

----------------------------------------------------------------------------

selain sihir ada juga saka
yang boleh diwarisi

seeloknya mereka yang berhadapan dengan masalah ini
hendaklah segera berubat
bimbang akan menjejaskan kesihatan
mungkin akan gila, mati dan sebagainya
tetapi perlu ingat semua yang terjadi ini dengan izin ALLAH

---------------------------------------------------------------------------------

beberapa pendinding yang mudah untuk diamalkan
INSYAALLAH
dengan izinNYA
anda akan terlindung daripada perbuatan sihir

1) amalan zikrullah
2) dua ayat terakhir surah al-baqarah (amana rasul)
3) 3 Qul
4) ayat seribu dinar
5) ayat kursi
6) sentiasa mohon perlindungan daripada ALLAH dari perbuatan sihir

p/s: ayat seribu dinar mudah untuk diamalkan dan sekiranya dibacakan pada mereka yang terkena gangguan. pesakit akan jadi lemah dan kurang melawan. selain azan pada pesakit

----------------------------------------------------------------------------------

pesanan

jangan terlalu mudah mengatakan "eh, dia tu kena buatan orang la..."

kenapa aku cakap begitu?

selalu sangat situasi macam ni jadi dalam masyarakat kita
betul tak?

walhal penyakit itu kadang kala kanser atau penyakit kronik lain

-----------------------------------------------------------------------
contohnya:

melihat perut seseorang buncit dan beliau merasa kesakitan.
pastikan anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut
jangan terus menuduh beliau terkena busung
dan membawa pergi berjumpa tok dukun atau mana-mana pengamal ilmu tradisional
kadangkala pesakit tersebut mungkin mengalami kanser hati.
yup!
mereka yang terkena kanser hati. perut akan membesar
kerana toksin dalam tubuh tidak dapat dihapuskan
ingat hati fungsinya adalah untuk menyah toksin =)

----------------------------------------------------------------------

contoh lain:

batuk berdarah
awas jangan terus menyangka anda terkena santau
sila rujuk kepada doktor dan pakar dahulu
kemungkinan anda terkena bakteria TIBI (Tubercle Bacili)
yup!
simptomnya adalah batuk berdarah
batuk yang berpanjangan
dan lain-lain
penyakit ini boleh membawa maut
pemeriksaan segera boleh menyelamatkan nyawa =)

-------------------------------------------------------------------------

sedikt ingatan
mereka yang merawat pesakit dengan menggunakan api atau ade bakar-bakar kemenyan
pengamal perubatan itu ada bersekongkol dengan jin dan syaitan
ini diberitahu oleh arwah atuk aku kerana syaitan dijadikan daripada api

p/s: atuk-atuk aku rajin ajar aku macam-macam hal agama, tapi aku ni tetap gegar kepala jugak!!!
cis!! takguna punya cucu =)

semoga bermanfaat
wallahualam =)

13 March 2010

LUBANG HIDUNG

Salam

Saja nak sampaikan sikit sesuatu tentang hidung kita, mungkin ada yang dah tahu.Tidak kiralah berapa besar lubang hidung kita atau macamana bentuknya kenalah kita ambil tahu sedikit.Bunga akan berkembang segar jika disirami air. Dan hidung akan berkembang megah bila dipuji ye tak. Bila kita nangis kekadang hidung pun tumpang nangis kadang-kadang air hidung lebih banyak dari air mata-malah ada orang jatuh cinta kerana terpesona dengan hidung seseorang. 

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh syaitan. Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur. Ketika itu syaitan akan berkumpul didalamnya. Tidak diketahui dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang hidung tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.  Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita. Macam-macam dia bikin. Oleh itu bersihkanlah. 

Cara nak bersihkannya:

Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil. Bersihkanlah perlahan-lahan. Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal. Boleh jadi lubang hidung akan menjadi luas (macam serombong kapal) 

Nak bubuh sabun pun boleh tetapi jangan le banyak sangat nanti berbuih pulak lubang hidung tu. Boleh lemas tu kan susah, setakat ni tak ada seorang pun yang sanggup buat CPR melalui lubang hidung. Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian allah dan dapat menghidu bau syurga.(ini bergantung kpd amalan masing-masing)  

Akhir kata. "Walaupun dirimu tidak kukenal! Tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku." 

25 February 2010

YANG MANA SATU LEBIH BAGUS

salam...
entri kali ni menyentuh mengenai apa???
yup...
keberkesanan pengambilan ubat...
keberkesanan pengambilan makanan tambahan
seperti multivitamin dan sebagainya...
bila kita sentuh mengenai ubat...
apa kamu semua fikirkan???
dalam bentuk tablet???
cecair???
gas???

mana satu lebih cepat bertindak balas???

semestinya dalam bentuk cecair dan gas...
pengambilan makanan tambahan dalam bentuk cecair adalah lebih baik berbanding tablet.....
pengambilan ubat dalam bentuk cecair adalah lebih baik...
kenapa ye....
cuba kamu lihat antara cecair dan tablet mana satu lebih mudah meresap???
semestinya cecair bukan???
sudah tentu lebih cepat mendatangkan tindak balas dengan tubuh manusia...

buktinya....
apabila seorang pesakit mula bertindak balas dengan ganas.... huhuhu
doktor akan berikan suntikan ubat penenang pada pesakit itu...
ya...
suntikan dalam bentuk cecair...

healer untuk pesakit asma dalam bentuk cecair...
dan disedut dalam bentuk gas oleh pesakit...
kemudian mereka akan lega....

cecair lebih mudah meresap di dalam sel tubuh manusia
dan memberikan kesan yang lebih pantas

mesti lihat...
sekiranya anda mahu membeli produk makanan tambahan di pasaran
sila pertimbangkan....
jenis produk
cecair atau tablet...

semoga lebih berinformasi =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...